Tidak pernah dikhabarkan mengandung, tiba-tiba saja pelakon Sharifah Shahora mengumumkan dia baru saja menimang cahaya mata ke-2 hari ini.
Apa yang pasti, Sharifah Shahora yang mudah disapa dengan nama Shora memberitahu bayi perempuan itu bukanlah anak kandungnya tetapi anak angkat ke-2 baginya bersama suami, Raja Mukhriz.
"Nama bayi tersebut adalah Puteri Fiezreen. Dia anak angkat kami ke-2.
Kami baru saja menerimanya daripada pasangan yang datang dari keluarga yang susah. Kami tidak mengenali keluarga tersebut tetapi memberikan anak itu. Kami kenal mereka menerusi kenalan saya yang juga seorang jururawat.
"Sebulan sebelum melahirkan anak tersebut, pasangan ini telah mengambil keputusan bagi memberikannya kepada sesiapa saja yang berminat," katanya.
Selepas menerima kiriman SMS itu tersebut, Shora bersetuju untuk menjaga bayi berkenaan sepertimana dia menjaga anak sulungnya bernama Puteri Fiedra, 4, yang juga seorang lagi anak angkatnya.
"Sementara menunggu saya mengandung anak sendiri, apa salahnya saya menjaga anak ini seperti anak saya. Lagi pun, anak sulung saya sudah besar dan sangat menginginkan adik. Sepatutnya, saya mula menjaga bayi ini pada 19 September depan, tetapi saya gembira dia hadir dalam keluarga saya awal. Bayi ini baru saja berusia 5 hari dan kulitnya masih merah lagi.
"Menurut ibu bapa kepada anak ini, mereka rasa baik berikannya kepada saya kerana sedikit sebanyak mereka boleh tahu perkembangan anak mereka menerusi cerita serta perkembangan terbaru saya di media tempatan," jelasnya.
Shora dan Raja Mukhriz mendirikan rumah tangga 26 Oktober 2008.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar