Tampilkan postingan dengan label 1Malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 1Malaysia. Tampilkan semua postingan

BAUCAR BUKU 1MALAYSIA DILELONG DI MUDAH

on 23 Januari 2012

BAUCAR BUKU 1MALAYSIA DILELONG DI MUDAH.MY

Assalamualaikum & salam sejahtera

PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet. 
Jom terjah di website Mudah.com. Ini adalah salah satu iklan baucar buku 1Malaysia yang dipaparkan di website mudah.my. Siapakah pemiliknya?


P/s: Kalau nak dapat duit cepat pun tak payah la nak jual baucar tu. Kerajaan dah bagi percuma untuk beli buku. Gunakanlah ia sebaiknya. Bukan dengan cara di atas.

Wassalam~




 
Derma [LIKE] Anda!


LAGI KES PELAJAR UGUT NAJIB | UGUTAN LUCAH !

on 20 Januari 2012

LAGI KES PELAJAR IPTS UGUT PERDANA MENTERI DENGAN UGUTAN LUCAH !

Assalamualaikum & salam sejahtera

Datuk Seri Najib Razak Diugut Lagi !!

ALOR SETAR — Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis semalam, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.

Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.

"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu,” katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.
"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan,” kata Ahmad.

Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.

"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu,” katanya.

Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.

"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

— BERNAMA
Wassalam~




 
Derma [LIKE] Anda!


Borang Online Bantuan Tunai RM500 LHDN

on 10 Desember 2011

Download Borang Online Bantuan Tunai RM500 LHDN


Muat turun borang di sini:




Syarat Kelayakan Bantuan RM500
  • Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah
  • Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.
  • Ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga itu turut merangkumi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.
  • Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk membuat permohonan

Tempoh permohonan boleh dibuat ialah selama sebulan bermula 10 Disember 2011.

*Borang permohonan bantuan RM500 yang sudah siap diisi perlulah dihantar di mana-mana pejabat LHDN yang terdekat dengan anda. Jawapan permohonan akan diumumkan kemudian.


Wassalam~


Sumber: abgteror.com
-
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved