LAGI KES PELAJAR UGUT NAJIB | UGUTAN LUCAH !

on 20 Januari 2012

LAGI KES PELAJAR IPTS UGUT PERDANA MENTERI DENGAN UGUTAN LUCAH !

Assalamualaikum & salam sejahtera

Datuk Seri Najib Razak Diugut Lagi !!

ALOR SETAR — Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis semalam, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.

Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.

"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu,” katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.
"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan,” kata Ahmad.

Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.

"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu,” katanya.

Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.

"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

— BERNAMA
Wassalam~




 
Derma [LIKE] Anda!


Ranking: 5

{ 6 Comments... read them below or add one }

Mira Maisara mengatakan...

tak semua benda kita boleh share dgn public...kan?


20 Januari 2012 pukul 12.28
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

kena hati-hati la.. skrng ni kawalan kerajaan dah ketat.. 24 jam ada pihak yg dipertanggung jawabkan untuk memantau apa yang berlaku dlm internet.. huhu


20 Januari 2012 pukul 12.31
Dkna Abza mengatakan...

ermmm...janganlah nak tunjuk belang yang tak nampak, dah kita nie student berperangailah seperti siswazah... dah dapat kerja elok, nak berpolitik ke nak apa buat lah..

biar ilmu itu setanding dengan perbuatan kita :)


20 Januari 2012 pukul 16.51
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

entah la apa yng dia fikir tu.. berani pula tu.. post dalam page facebook datuk najib.. kan dah kena..


20 Januari 2012 pukul 18.47
QasehSuci mengatakan...

Macam perangai sekarang nie...

CKK..jom join giveaway yg Qaseh buat...untung leh terpilih....


22 Januari 2012 pukul 10.13
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

ok2.. su join.. masih terbuka ka penyertaan.. hehe


22 Januari 2012 pukul 11.58

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved