Tampilkan postingan dengan label datuk najib. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label datuk najib. Tampilkan semua postingan

TARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN MEI 2012

on 08 Februari 2012


Assalamualaikum & salam sejahtera

Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 | 2012

Tarikh pembubaran parlimen Malaysia dijangka akan berlaku pada bulan Mei atau Jun 2012 bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan 60 hari selepas tarikh pembubaran parlimen. Begitulah apa yang dikatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tentang jangkaan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 akan berlaku. 

Keputusan tarikh pembubaran parlimen tersebut adalah bergantung pada tempoh yang diambil oleh Jawatankuasa Khas Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya (PSC) untuk mengemukakan semua cadangan penambahbaikkan ke dalam Dewan Rakyat untuk dilaksanakan kelak.

Oleh yang demikian, Abdul Aziz berkata, beliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar memberikan tempoh beberapa bulan kepada Ahli Panel SPR berbincang dan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya seperti dicadangkan oleh PSC.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: Bharian

DATIN ROSMAH BELANJA RM 325 000 DI AUSTRALIA?

on 26 Januari 2012

PEREKA BERBANGSA AUSTRALIA MENOLAK DAKWAAN ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATIN SERI ROSMAH MANSOR BERBELANJA BOROS SEMASA MELAWAT DI AUSTRALIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

Datin Seri Rosmah Mansor Boros?

Pereka Australia, Carl Kapp pada Rabu membuat penjelasan mengenai dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325, 000) di Sydney semasa lawatannya ke sana baru-baru ini dengan 'kumpulan yang agak besar'.


MENARIK HARI INI:

Kapp menerusi kenyataannya menjelaskan, pembelian yang dibuat oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu dibuat bersama kumpulannya termasuk mereka yang terlibat dengan Festival Fesyen Islamik di mana beliau menjadi penaungnya.

"Saya ingin menjelaskan mengenai kenyataan saya berhubung kunjungan klien saya ini, saya tidak pernah nyatakan jumlah sebenar yang dibelanjakan di kedai saya.

"Pihak Datin Seri Rosmah datang ke kedai kami dalam kumpulan yang besar dan semasa kunjungannya, pihak beliau termasuk kenalannyan, pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islamik telah membuat pembelian berasingan dan pelbagai.

"Saya percaya Datin Seri Rosmah adalah penaung kepada festival fesyen itu," katanya menerusi kenyataan kepada Malaysiakini.

Rosmah sebelum ini telah menafikan dakwaan bahawa beliau seorang yang boros malah menyifatkan menjadi mangsa kepada kepada tuduhan liar pihak-pihak tertentu.

Dalam pada itu Kapp turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah diterbangkan ke Malaysia semata-mata untuk kepentingan Rosmah.

"Perkara ini juga tidak tepat. Lawatan ke beberapa bahagian di Asia termasuk Malaysia dibuat bagi tujuan pemasaran serta untuk mencari material bagi produk terbaru kami. Ia termasuk dalam jadual kerja saya dan ia adalah urusan perniagaan yang biasa.

"Pada pandangan kami adalah tidak adil sebuah artikel memberi gambaran bahawa Carl Kapp sebagai sebuah syarikat yang tidak berhemah malah sedia mendedahkan maklumat peribadi mengenai klien kami," katanya.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: MStar

LAGI KES PELAJAR UGUT NAJIB | UGUTAN LUCAH !

on 20 Januari 2012

LAGI KES PELAJAR IPTS UGUT PERDANA MENTERI DENGAN UGUTAN LUCAH !

Assalamualaikum & salam sejahtera

Datuk Seri Najib Razak Diugut Lagi !!

ALOR SETAR — Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis semalam, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.

Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.

"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu,” katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.
"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan,” kata Ahmad.

Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.

"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu,” katanya.

Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.

"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

— BERNAMA
Wassalam~




 
Derma [LIKE] Anda!


 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved