Tampilkan postingan dengan label AUKU. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label AUKU. Tampilkan semua postingan

AZIZ BARI MINTA AUKU DIHAPUSKAN BUKANNYA DIKAJI

on 27 Januari 2012

AZIZ BARI MINTA AUKU DIHAPUSKAN BUKANNYA DIKAJI | BAGI PELAJAR BERPOLITIK | JANGAN HALANG PELAJAR BERPOLITIK

Assalamualaikum & salam sejahtera

MANSUHKAN AUKU, TAK PERLU DIKAJI !

PETALING JAYA: Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) perlu dimansuhkan sahaja dan bukannya dikaji lagi mengenai keberkesanannya, kata pakar undang-undang dan perlembangaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dipetik dalam HarakahDaily, beliau mengatakan undang-undang sedia ada di negara ini sudah merangkumi semua perkara sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan, sama ada mahasiswa atau mereka yang berada di luar.

“Universiti sekarang perlu fokus kepada sebuah pusat akedemik bukannya mencampuri urusan lain, jika sebuah pusat pendidikan lebih tertumpu kepada apa yang berlaku sekarang saya pasti tahap pendidikan negara ini tidak dapat menandingi universiti di negara-negara luar.


MENARIK HARI INI:
  • VIDEO MESTI TONTON. FLASHMOB TERBAIK !


"Kita tidak perlu buang masa untuk mengkaji semula AUKU, kenapa perlu satu pembaziran yang besar dalam kita membuat kajian untuk sebuah pindaan. Tidakkah kita boleh memansuhkannya terus," katanya.

Beliau berkata demikian apabila menjadi salah seorang panel pada Program Wacana Sinar Harian Ke-10 bertajuk Masih Relevankah AUKU di Kompleks Karangkraf di Shah Alam, Khamis.

Aziz berkata, Malaysia telah cukup dengan segala undang-undang dan juga akta, maka tidak perlu takut sekiranya berlaku apa-apa perkara diluar jangkaan.

"Kalau AUKU dimansuhkan sekali pun, kita akan melihat terdapat dua perkara akan berlaku yang mana individu yang menyokong pemerintah tidak akan dikenakan tindakan tetapi sebaliknya akan berlaku kepada pihak yang menentang.

"Inilah masalahnya, siapa yang mengadakan perhimpunan, pemerintah sudah pasti boleh memilih siapa yang perlu dikenakan tindakan," katanya.

Menurut Aziz, mhasiswa sudah cukup matang sekarang dan mereka tahu apa yang dilakukannya, maka kebebasan perlu diberikan kepada mereka dan tidak akan rosak sebuah pendidikan negara jika AUKU dimansuhkan.

"Pendidikan negara akan rosak dan tercemar jika wujudnya campur tangan pihak luar terutamanya mereka yang mempunyai kepentingan dalam pentadbiran negara yang menentukan sepenuhnya perjalanan akedemik mahupun keputusan dan juga perlantikan seseorang pegawai peringkat tertinggi,” katanya.
Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


Polis Mencederakan Mahasiswa UPSI Satu Fitnah !

on 01 Januari 2012

Polis nafi guna kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram di UPSI 1hb Januari 2012

 

Assalamualaikum & salam sejahtera 

Polis FRU tidak masuk campur

Artikel yang dipetik dari Akhbar Berita Harian (1 Jan 2012)

TANJUNG MALIM: Polis menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan satu fitnah.
"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.
"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri dan bukan dipukul polis seperti didakwa.

Mohd Shukri berkata, pada awalnya, polis cuba menasihati kumpulan itu dan memberi masa selama 30 minit untuk bersurai, namun mereka tidak menghiraukannya malah bertindak lebih agresif.

"Mereka kemudian mara dan berbaring di atas jalan raya, mengganggu lalu lintas... polis terpaksa bertindak demi keselamatan awam menghalang perlakuan berkenaan, namun ia masih dilakukan dengan berhemah.
"Mereka terus lari lalu merempuh pula klinik berdekatan sehingga berlaku kerosakan pada premis itu dan kemudian polis menahan 17 penuntut pada masa tersebut," katanya.

Beliau berkata, tiga laporan polis diterima hari ini, iaitu satu laporan daripada seorang penuntut perhimpunan berkenaan yang melihat rakannya dipukul polis, manakala seorang lagi membuat laporan mengenai kecederaannya akibat rempuhan di klinik dan satu daripada pekerja klinik berkenaan yang dirempuh.

Katanya, perhimpunan itu adalah haram kerana tidak mempunyai permit manakala SMM adalah sebuah persatuan yang tidak berdaftar.

Mohd Shukri juga meminta semua penuntut agar tidak terbabit dengan sebarang aktiviti perhimpunan haram serta tidak sewenang-wenangnya memfitnah PDRM tanpa usul periksa kerana pihaknya akan bertindak tegas demi menjaga ketenteraman awam.

Semua 17 penuntut yang ditahan berusia antara 19 dan 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 186, 145 dan 147 Kanun Keseksaan serta Seksyen 27(5) Akta Polis, namun dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi setelah diambil keterangan.

Awal pagi tadi, kira-kira 70 penuntut beberapa universiti berhimpun secara haram di pekarangan UPSI selepas sambutan Ambang Tahun Baru bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI Adam Adli, yang menurunkan bendera tertera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Ibu Pejabat UMNO sewaktu demonstrasi 17 Disember lalu, tidak dikenakan tindakan tata tertib oleh pentadbiran universiti berkenaan. - BERNAMA


P/s: Moga dengan penjelasan dari pihak Polis ini akan menjawab kekeliruan yang berlaku semasa kejadian perhimpunan haram mahasiswa UPSI malam tadi. Sekiranya ada terdapat kenyataan yang dikeluarkan dari blog ini berunsur fitnah, saya ingin meminta maaf. Terima kasih.

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved