Polis Mencederakan Mahasiswa UPSI Satu Fitnah !

on 01 Januari 2012

Polis nafi guna kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram di UPSI 1hb Januari 2012

 

Assalamualaikum & salam sejahtera 

Polis FRU tidak masuk campur

Artikel yang dipetik dari Akhbar Berita Harian (1 Jan 2012)

TANJUNG MALIM: Polis menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan satu fitnah.
"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.
"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri dan bukan dipukul polis seperti didakwa.

Mohd Shukri berkata, pada awalnya, polis cuba menasihati kumpulan itu dan memberi masa selama 30 minit untuk bersurai, namun mereka tidak menghiraukannya malah bertindak lebih agresif.

"Mereka kemudian mara dan berbaring di atas jalan raya, mengganggu lalu lintas... polis terpaksa bertindak demi keselamatan awam menghalang perlakuan berkenaan, namun ia masih dilakukan dengan berhemah.
"Mereka terus lari lalu merempuh pula klinik berdekatan sehingga berlaku kerosakan pada premis itu dan kemudian polis menahan 17 penuntut pada masa tersebut," katanya.

Beliau berkata, tiga laporan polis diterima hari ini, iaitu satu laporan daripada seorang penuntut perhimpunan berkenaan yang melihat rakannya dipukul polis, manakala seorang lagi membuat laporan mengenai kecederaannya akibat rempuhan di klinik dan satu daripada pekerja klinik berkenaan yang dirempuh.

Katanya, perhimpunan itu adalah haram kerana tidak mempunyai permit manakala SMM adalah sebuah persatuan yang tidak berdaftar.

Mohd Shukri juga meminta semua penuntut agar tidak terbabit dengan sebarang aktiviti perhimpunan haram serta tidak sewenang-wenangnya memfitnah PDRM tanpa usul periksa kerana pihaknya akan bertindak tegas demi menjaga ketenteraman awam.

Semua 17 penuntut yang ditahan berusia antara 19 dan 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 186, 145 dan 147 Kanun Keseksaan serta Seksyen 27(5) Akta Polis, namun dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi setelah diambil keterangan.

Awal pagi tadi, kira-kira 70 penuntut beberapa universiti berhimpun secara haram di pekarangan UPSI selepas sambutan Ambang Tahun Baru bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI Adam Adli, yang menurunkan bendera tertera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Ibu Pejabat UMNO sewaktu demonstrasi 17 Disember lalu, tidak dikenakan tindakan tata tertib oleh pentadbiran universiti berkenaan. - BERNAMA


P/s: Moga dengan penjelasan dari pihak Polis ini akan menjawab kekeliruan yang berlaku semasa kejadian perhimpunan haram mahasiswa UPSI malam tadi. Sekiranya ada terdapat kenyataan yang dikeluarkan dari blog ini berunsur fitnah, saya ingin meminta maaf. Terima kasih.

Wassalam~
Ranking: 5

{ 23 Comments... read them below or add one }

iz13 mengatakan...

ha3..jira dorang mencederakan diri sendiri la neh...ha3...sanggup ae???


1 Januari 2012 pukul 21.26
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

xtau la bro.. sbb sy sendiri xda kat tempat tu.. nak komen lebih2 pun xleh.. nnti jadi fitnah pulak.. dosa memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh... Hmm..


1 Januari 2012 pukul 21.33
Anonim mengatakan...

rempuhan takkan tulang rusuk patah sampai koma, krete kenari die kene pecahkan cermin.... diorang takkan bodoh nak rempuh klinik tu... nie mesti polis lindung polis nie....


1 Januari 2012 pukul 21.38
Anonim mengatakan...

Kalau dah bertindak ganas sehingga mengancam ketenteraman awam xkan lah polis nk berdiam diri.Kalau awak semua ditempat polis pn saya rasa awak akan buat perkara yg sama.


1 Januari 2012 pukul 21.42
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

kenyataan pasal patah tulang rusuk tu x pasti lagi kesahisannya.. xada pun laporan rasmi dikeluarkan.. mungkin itu hanya khabar angin kot... Cuba korang baca di sini...

http://mynewshub.my/2012/01/01/pelajar-upsi-sendiri-mengaku-adam-adli-dan-geng-ganas/


1 Januari 2012 pukul 21.42
Anonim mengatakan...

siswa kurang bijak mencari tempat meluahkan perasaan...


1 Januari 2012 pukul 21.42
Anonim mengatakan...

Bodoh punyer bangang la tul la. Kalo nk kata Polis baik pun, ko tanya la saksi berkecuali. ni ko g tanya polis jugak. konpem la polis kata dia x buat. bangang bangang.


1 Januari 2012 pukul 21.49
Anonim mengatakan...

pencacai umngok..


1 Januari 2012 pukul 21.50
Anonim mengatakan...

Apesal kluar statement macam ni? tetiba2 dpt surat dr Polis RajaDi Malaysia ke?
Dalam youtube, dlm facebook dah berlambak video, check ajelah sendiri. Tak payah susah susah layan Berita Hairan


1 Januari 2012 pukul 21.52
Tariq Ziyad mengatakan...

Standard pencacai UMNO.
dulu Anwar pun dia kata Tumbuk diri sendiri.
standard otak kat lutut. ker takder otak langsung.


1 Januari 2012 pukul 21.56
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

aku x kata pun aku setuju dgn kenyataan akbar brita harian tu.. aku nk share kat korang supaya boleh bagi pendapat je. yg korang nk kata aku pencacai UMNO buat pe. adehhh..


1 Januari 2012 pukul 22.05
Anonim mengatakan...

mase demo bersih dulu pun polis cakap tak guna kekerasan. tapi bersepah video sbagai bukti polis guna kekerasan. nak tgu kenyataan rasmi keluar dari surat khabar or berita? boleh bercaya ke? mase demo bersih dlu dalam paper cakap 6k je yg join and ada tnjuk gambar lelaki pegang pisau. padahal hampir 200k yg join. and gambar lelaki pegang pisau tu sebenarnya pggng bendera. diorang edit bagi demo bersih tu buruk. so korang fikir la sendiri


1 Januari 2012 pukul 22.06
Anonim mengatakan...

org suh blaja suma nak jd hero...anak cina suma sibuk blaja korang sibuk berpiket,bagusss..


1 Januari 2012 pukul 22.10
Anonim mengatakan...

tuduh polis mcm2 lg bangang..lps tu kaitkan dgn umno..lg bangang..pikir logik la..ckp polis x nak dgr,lps tu suruh polis dgr ckp korang..nyusahkan aku dgn jiran2 kat situ plk kumpul ramai2..kalau korang mengajar nnt,korang bg arahan kt anak murid,lps tu murid korang x layan cakap korang..apa korang akan buat? berhenti ngajar dan keluar kelas? korang keluar je konfem murid2 lg menggila dlm kelas..mcm tu la kalau polis xda time tu..ntah apa2 akan jd kalau x dipantau!!


1 Januari 2012 pukul 22.13
Anonim mengatakan...

cina gelak je tgk melayu mcm ni..depa dok pulun bersatu,melayu dok pulun gaduh sama melayu..budak U cina pulun belajar,budak U melayu pulun berdemo, berdating, bergaduh..


1 Januari 2012 pukul 22.17
Anonim mengatakan...

sbb orang cina jaga kaum dia. polilik diorang menjaga and mguntung kan bngse sndri. so anak2 diorg takyah nak fikir pasal politik. melayu ni keje nak menjatuhkan bangse sndri je. kalau takde orang bangkit sape lagi? nak tgu kau? sampai bila2 la melayu and islam kat malaysia ni ditindas. kau nak cakap tu fikir la.


1 Januari 2012 pukul 22.21
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

tu la pasal.. dalam video tu aku tengok polis dah bagi peluang student tu bercakap. pastu siap bagi amaran lagi. tp student tu xnak dengar & mula bertindak ganas. pastu mcm mana pintu klinik tu boleh pecah. ganasnya!!

Jom baca sini plak...

http://www.2dayblogger.com/blog/2012/01/01/video-demo-upsi-2012-dan-mahasiswa-cedera/


1 Januari 2012 pukul 22.23
Anonim mengatakan...

Nak baring, pergi la baring atas katil. Atas jalan buat apa. Dah suruh bersurai x nak bersurai. standard otak kat lutut. ker takder otak langsung.


1 Januari 2012 pukul 22.26
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

kluar topik jap.. mlm tdi ustz Azhar Idrus buat ceramah kan.. best gak..

Jom layan: http://www.youtube.com/watch?v=CALS54RaELY&feature=share...

relax2.. semua tu dunia je!! Akhirat tu penting...


1 Januari 2012 pukul 22.41
Anonim mengatakan...

Melayu dgn Melayu bergaduh...bangsa lain tepuk tangan,,,
-"Perhimpunan aper la buat tgh pagi tue..bukan ker bagus kat duk kat sejadah... berjemaah solat hajat kan lebih baik....aku kalu org dtg umah aku tgh pagi tue duk jerit dpn pagar umah ..aku pun marah......


1 Januari 2012 pukul 23.04
Anonim mengatakan...

Anak murid berdemo kat sekolah, cikgu suruh bersurai dgn baik. Anak murid tak dgr cakap. Bila cikgu ambil tindakan, cikgu pulak nak kene tumbuk. Lepas tu salahkan cikgu yang ambil tindakan. Jahat betul cikgu tu ye....


1 Januari 2012 pukul 23.05
Anonim mengatakan...

masalah skg kita tgk dlm byk2 perhimpunan atau gathering,belah UMNO n pembangkang.senang2 je label mana yg haram n mana yg aman.yg aman sure tak kena tembak ngan water canon,tak kena pukul/sepak terajang ngan polis and takde tolak ansur.SOP pun tak follow.padahal bila umno buat perhimpunan takpe lak.siap bawak kanak2 lagi pun takpe.bila pembangkang buat,cakap mcm2.pergunakan kanak2 utk politik laa.bila student nk terbabit dlm politik,korang bangkang suruh belajar dulu.padahal berapa ramai pemuda umno yg dari dikalangan pelajar yg ada skg,korang tak melenting lak.semua pasal dpt kemewahan aktiviti dari duit rakyat.


2 Januari 2012 pukul 12.02
Anonim mengatakan...

Dah adat.. semua nak tuding orang.. Yg bising tengah2 malam tu cuba la tanya mak bapak korang jujur2.. kalau org dtg bising2 ngah malam apa kitanak buat? hidang air jamu drg makan ke? hadei...pastu petik sana petik sini .tuduh itu dalang.. diri sendiri pon xbetul lg.


5 Januari 2012 pukul 12.17

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved