Tampilkan postingan dengan label minta maaf. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label minta maaf. Tampilkan semua postingan

LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM MENGERJAKAN UMRAH

on 07 Februari 2012

LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM MENGERJAKAN UMRAH | VIDEO YOUTUBE

Assalamualaikum & salam sejahtera

AZWAN ALI PERGI UMRAH 2012
Baru-baru ini hangat diperkatakan di dunia maya tentang isu panas yang melanda artis, pelakon dan pengacara popular yang sinonim dengan ungkapan 'Ada aku kesah' dan 'Amboi.. amboi.. amboi'. Macam-macam cerita yang sengaja diheboh-hebohkan oleh pengutuk beliau termasuklah isu panasnya bersama Ummi Hafilda yang dikatakan diugut olehnya melalui laman twitter. 

Dan beberapa hari yang lalu keluar beberapa video Azwan Ali sedang meluahkan isi hatinya yang ditujukan khas buat peminat dan juga individu yang sering mengutuknya termasuklah wartawan dan para artis lain. Dalam video tersebut Azwan Ali sedang menunggu masa penerbangan untuk ke suatu destinasi yang dirahsiahkannya. Melalui permakaian dan kata-kata yang diluahkannya, berkemungkinan besar video tersebut diambil sebelum Azwan Ali berlepas untuk mengerjakan umrah. Kalaulah betul, mari kita sama-sama doakan moga dengan terlaksananya umrah kali ini Azwan Ali akan mendapat hidayah untuk berubah kepada yang lebih baik. InsyaAllah~ 


LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH





LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


GAMBAR KONTROVERSI HARITH ISKANDAR DAN ISTERI | TAYANG PERUT DI TWITTER

on 03 Februari 2012

GAMBAR KONTROVERSI HARITH ISKANDER DAN ISTERI | TAYANG PERUT DI TWITTER

Assalamualaikum & salam sejahtera

"My wife is 8 months on, and my tummy is STILL bigger!"

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.

"Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.


Sudah dapat restu keluarga
Sementara itu, pelawak yang bakal muncul dengan persembahan 'stand-up comedy' di Istana Budaya selama enam hari bermula Sabtu ini berkata, dia bersyukur kerana ibu dan bapa Jezamine yang sebelum ini tidak merestui perkahwinan sudah terbuka hati untuk menerimanya.

"Alhamdulillah, sudah setahun kami berdamai. Lagipun, sebelum ini saya tetap menganggap keluarga isteri macam keluarga sendiri.

"Saya faham perasaan mereka sebagai ibu bapa yang pastinya resah dan risau andai kata anak perempuan mereka tersalah pilih jodoh. Bagaimanapun, saya percaya, kehadiran cahaya mata kami nanti akan lebih mengeratkan lagi keakraban kami," ujarnya.

Harith telah mendirikan rumah tangga dengan Jezamine yang juga seorang doktor perubatan pada Julai 2010.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Polis Mencederakan Mahasiswa UPSI Satu Fitnah !

on 01 Januari 2012

Polis nafi guna kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram di UPSI 1hb Januari 2012

 

Assalamualaikum & salam sejahtera 

Polis FRU tidak masuk campur

Artikel yang dipetik dari Akhbar Berita Harian (1 Jan 2012)

TANJUNG MALIM: Polis menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan satu fitnah.
"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.
"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri dan bukan dipukul polis seperti didakwa.

Mohd Shukri berkata, pada awalnya, polis cuba menasihati kumpulan itu dan memberi masa selama 30 minit untuk bersurai, namun mereka tidak menghiraukannya malah bertindak lebih agresif.

"Mereka kemudian mara dan berbaring di atas jalan raya, mengganggu lalu lintas... polis terpaksa bertindak demi keselamatan awam menghalang perlakuan berkenaan, namun ia masih dilakukan dengan berhemah.
"Mereka terus lari lalu merempuh pula klinik berdekatan sehingga berlaku kerosakan pada premis itu dan kemudian polis menahan 17 penuntut pada masa tersebut," katanya.

Beliau berkata, tiga laporan polis diterima hari ini, iaitu satu laporan daripada seorang penuntut perhimpunan berkenaan yang melihat rakannya dipukul polis, manakala seorang lagi membuat laporan mengenai kecederaannya akibat rempuhan di klinik dan satu daripada pekerja klinik berkenaan yang dirempuh.

Katanya, perhimpunan itu adalah haram kerana tidak mempunyai permit manakala SMM adalah sebuah persatuan yang tidak berdaftar.

Mohd Shukri juga meminta semua penuntut agar tidak terbabit dengan sebarang aktiviti perhimpunan haram serta tidak sewenang-wenangnya memfitnah PDRM tanpa usul periksa kerana pihaknya akan bertindak tegas demi menjaga ketenteraman awam.

Semua 17 penuntut yang ditahan berusia antara 19 dan 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 186, 145 dan 147 Kanun Keseksaan serta Seksyen 27(5) Akta Polis, namun dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi setelah diambil keterangan.

Awal pagi tadi, kira-kira 70 penuntut beberapa universiti berhimpun secara haram di pekarangan UPSI selepas sambutan Ambang Tahun Baru bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI Adam Adli, yang menurunkan bendera tertera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Ibu Pejabat UMNO sewaktu demonstrasi 17 Disember lalu, tidak dikenakan tindakan tata tertib oleh pentadbiran universiti berkenaan. - BERNAMA


P/s: Moga dengan penjelasan dari pihak Polis ini akan menjawab kekeliruan yang berlaku semasa kejadian perhimpunan haram mahasiswa UPSI malam tadi. Sekiranya ada terdapat kenyataan yang dikeluarkan dari blog ini berunsur fitnah, saya ingin meminta maaf. Terima kasih.

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved