Tampilkan postingan dengan label Safwan Anang Talib. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Safwan Anang Talib. Tampilkan semua postingan

Pendapat Ustaz Fathul Bari Terhadap Demo UPSI 2012

on 04 Januari 2012

Pendapat Ustaz Fathul Bari Mat Jaya mengenai demonstasi yang dilakukan oleh pelajar UPSI pada malam 1hb Januari 2012

Pendapat Ustaz Fathul Bari Mat Jaya

Assalamualaikum & salam sejahtera



Pendapat Ustaz Fathul Bari Mat Jaya

Pelbagai pendapat telah dilontarkan oleh pelbagai pihak tentang tragedi berdarah 1hb Januari 2012 yang lalu dari pelbagai pihak termasuklah ustaz dan ulama. Sebelum ini, Ustaz Zaharuddin dan Dr. Maza (Ustaz Asri) telah melontarkan pendapat mereka tentang kejadian ini. Kali ini, mari kita lihat pendapat seorang lagi ustaz iaitu Ustaz Fathul Bari Mat Jaya tentang demonstrasi tersebut.

Di bawah ini adalah antara isi-isi penting apa yang tersemat dalam komen mengenai demo di UPSI dalam video di atas :

1. Islam tak mengajar kita bertindak secara beremosi dan bercakap kasar dengan orang lain sama ada sesama Islam mahupun bukan Islam...

2. Nabi Muhammad SAW mengajar kita bercakap lembut dan tidak mencaci cerca...

3. Agama Islam tidak mengajar demonstrasi dan tiada sebarang faedah...

4. Jangan menuduh secara melulu bahawa pihak Polis atau pihak mahasiswa yang salah dalam isu kekasaran semasa demo UPSI 2012 lalu...

5. Tetapi sudah pasti bahawa tindakan mahasiswa berdemo di hadapan pintu masuk UPSI tersebut adalah salah dan tidak beradab serta tidak beretika...

6. Nabi SAW lebih utama untuk buat demo kerana Nabi SAW berhadapan dengan para Yahudi, Munafik dan pelbagai. Tetapi Nabi SAW TIDAK PERNAH BUAT DEMO kerana bukan kemaslahatan...

7. 1.5 juta pelajar di universiti yang ada sekarang, berapa yang pergi buat demo tersebut? 1 juta? Bukan suara majoriti, sudah terang bahawa suara kalian adalah suara minoriti...

8. Sikap berdemo tidak memberi manfaat kepada sesiapa, malah ia membuang masa sahaja...

9. Bandingkan keputusan peperiksaan pelajar yang terlibat dalam politik sebelum dan selepas AUKU dipinda. Jika peratusan semakin tinggi, maka baguslah pelajar berpolitik, tetapi jika sebaliknya itu bermakna ia tak memberi manfaat...

10. Ibu bapa bagi atau tidak anak-anak turut join politik semasa masih belajar? Sedangkan jika anak-anak nak menikah semasa masih belajar pun masih mendapat tentangan ibu bapa, inikan pula nak memberi untuk join politik. Sedangkan menikah itu adalah suatu perkara yang baik dan dituntut...

11. Hak kebebasan sejauh mana? Kita tak boleh beri hak kebebasan sebebas-bebasnya kepada rakyat.

12. Kita tidak boleh 'buka' kepada semua (kebebasan) dalam semua perkara...

13. Kaedah dalam Islam cukup jelas, iaitu "sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata baik atau berdiam diri."

14. Bukan suruh luah, luah, luah ketidakpuashatian...

15. Jika tak setuju kepada sesiapa atau apa-apa sekalipun, buatlah dengan cara lain yang lebih bermanfaat. Contohnya berdoa meminta kehadrat Allah SWT...

16. Para akademik, guru serta ilmuan diminta menasihati dan melarang para pelajar agar tidak turun berdemo...

17. Ahli ilmu perlu bersepakat dalam isu ini untuk melarang para pelajar turun berdemo dan menggunakan pendekatan lain untuk menyatakan hasrat dan pandangan masing-masing...

18. Maka elakkanlah perkara seperti ini


P/s: Sebenarnya banyak lagi Ustaz yang memberikan pendapat mengenai demonstasi yang dilakukan oleh pelajar UPSI seperti Ustaz Azri (Dr. Maza) dan Ustaz. Zaharuddin. Anda Nilai la sendiri.


Wassalam~



Sumber: sarfarizmalsaad.blogspot.com

Polis Mencederakan Mahasiswa UPSI Satu Fitnah !

on 01 Januari 2012

Polis nafi guna kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram di UPSI 1hb Januari 2012

 

Assalamualaikum & salam sejahtera 

Polis FRU tidak masuk campur

Artikel yang dipetik dari Akhbar Berita Harian (1 Jan 2012)

TANJUNG MALIM: Polis menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan satu fitnah.
"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.
"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri dan bukan dipukul polis seperti didakwa.

Mohd Shukri berkata, pada awalnya, polis cuba menasihati kumpulan itu dan memberi masa selama 30 minit untuk bersurai, namun mereka tidak menghiraukannya malah bertindak lebih agresif.

"Mereka kemudian mara dan berbaring di atas jalan raya, mengganggu lalu lintas... polis terpaksa bertindak demi keselamatan awam menghalang perlakuan berkenaan, namun ia masih dilakukan dengan berhemah.
"Mereka terus lari lalu merempuh pula klinik berdekatan sehingga berlaku kerosakan pada premis itu dan kemudian polis menahan 17 penuntut pada masa tersebut," katanya.

Beliau berkata, tiga laporan polis diterima hari ini, iaitu satu laporan daripada seorang penuntut perhimpunan berkenaan yang melihat rakannya dipukul polis, manakala seorang lagi membuat laporan mengenai kecederaannya akibat rempuhan di klinik dan satu daripada pekerja klinik berkenaan yang dirempuh.

Katanya, perhimpunan itu adalah haram kerana tidak mempunyai permit manakala SMM adalah sebuah persatuan yang tidak berdaftar.

Mohd Shukri juga meminta semua penuntut agar tidak terbabit dengan sebarang aktiviti perhimpunan haram serta tidak sewenang-wenangnya memfitnah PDRM tanpa usul periksa kerana pihaknya akan bertindak tegas demi menjaga ketenteraman awam.

Semua 17 penuntut yang ditahan berusia antara 19 dan 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 186, 145 dan 147 Kanun Keseksaan serta Seksyen 27(5) Akta Polis, namun dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi setelah diambil keterangan.

Awal pagi tadi, kira-kira 70 penuntut beberapa universiti berhimpun secara haram di pekarangan UPSI selepas sambutan Ambang Tahun Baru bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI Adam Adli, yang menurunkan bendera tertera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Ibu Pejabat UMNO sewaktu demonstrasi 17 Disember lalu, tidak dikenakan tindakan tata tertib oleh pentadbiran universiti berkenaan. - BERNAMA


P/s: Moga dengan penjelasan dari pihak Polis ini akan menjawab kekeliruan yang berlaku semasa kejadian perhimpunan haram mahasiswa UPSI malam tadi. Sekiranya ada terdapat kenyataan yang dikeluarkan dari blog ini berunsur fitnah, saya ingin meminta maaf. Terima kasih.

Wassalam~

Video Detik Cemas Perhimpunan Mahasiswa UPSI 1 Januari 2012

Video Detik Cemas Perhimpunan Mahasiswa UPSI 1 Januari 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Perhimpunan mahasiswa UPSI 2012

Berikut merupakan video yang sempat dirakam semasa perhimpunan mahasiswa UPSI pada tengah malam 1hb Januari 2012. Pihak polis PRU bertindak ganas untuk meleraikan perhimpunan. Dikhabarkan ada mahasiswa yang cedera parah sehingga patah tulang belakang. Seramai 17 orang lagi dibawa di balai polis.






Sumber berita: Safwan Anang cedera parah dan sedang dirawat di unit kecemasan Hospital Slim River dan beberapa mahasiswa lain termasuk Adam Adli ditahan di Balai Polis Tanjung Malim.

Wassalam~

Pelajar Dibelasah Polis - Tragedi Tahun Baru 2012

Tragedi tahun baru 2012, Safwan Anang Talib dibelasah polis dengan teruk sehingga cedera parah, Adam Adli masuk lokap.

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pelajar dibelasah Polis FRU
Petikan artikel di bawah diambil dari laman web MyNewHub & GazeboDaily

KUALA LUMPUR – Seramai 17 mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan pihak polis tengah malam tadi apabila mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.

Kekecohan yang berlaku antara pihak berkuasa dan kumpulan mahasiswa menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.

Adam Adli masuk lokap

Ada laporan awal menyebut beliau patah tulang rusuk dalam kejadian itu namun versi berkenaan masih belum dapat disahkan sepenuhnya.
Safwan Anang yang cedera parah

Antara yang ditahan pula adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menurunkan gambar bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO.

Kesemua mereka telah dibawa dan ditahan di lokap Ibupejabat Polis Daerah Tanjung Malim.

Perhimpunan pejalar Gamis dan Bebas

Kejadian malam tadi dipercayai berpunca apabila kumpulan mahasiswa yang berhimpun itu merempuh barisan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengawal kawasan perhimpunan berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dalam reaksi segeranya yang disiarkan di Facebook membantah dan mengutuk keras kejadian yang berlaku itu.

Beliau memberikan masa lima jam atau sehinggah 12 tengah hari ini untuk polis membebaskan kesemua 17 mahasiswa yang ditahan itu.

“Jika tidak satu perhimpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas,” katanya.

Beliau juga mendesak  pihak polis bertanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa-mahasiswa berkenaan terutama Safwan Anang.


Jom baca Warkah dari Dr. Maza mengenai Tragedi ini.



Wassalam~



Sumber: MynewHub & Gazebodaily
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved