Tragedi tahun baru 2012, Safwan Anang Talib dibelasah polis dengan teruk sehingga cedera parah, Adam Adli masuk lokap.
Assalamualaikum & salam sejahtera
Pelajar dibelasah Polis FRU |
Petikan artikel di bawah diambil dari laman web MyNewHub & GazeboDaily
KUALA LUMPUR – Seramai 17 mahasiswa dipercayai dari Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan pihak polis tengah malam tadi
apabila mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.
Kekecohan yang berlaku antara pihak berkuasa dan kumpulan mahasiswa
menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas)
yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia
(Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan
Hospital Slim River.
Ada laporan awal menyebut beliau patah tulang rusuk dalam kejadian
itu namun versi berkenaan masih belum dapat disahkan sepenuhnya.
Safwan Anang yang cedera parah |
Antara yang ditahan pula adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menurunkan gambar bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO.
Kesemua mereka telah dibawa dan ditahan di lokap Ibupejabat Polis Daerah Tanjung Malim.
Perhimpunan pejalar Gamis dan Bebas |
Kejadian malam tadi dipercayai berpunca apabila kumpulan
mahasiswa yang berhimpun itu merempuh barisan Pasukan Simpanan
Persekutuan (FRU) yang mengawal kawasan perhimpunan berkenaan.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dalam reaksi segeranya yang
disiarkan di Facebook membantah dan mengutuk keras kejadian yang berlaku
itu.
Beliau memberikan masa lima jam atau sehinggah 12 tengah hari ini untuk polis membebaskan kesemua 17 mahasiswa yang ditahan itu.
“Jika tidak satu perhimpunan besar anak muda akan diadakan
bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat
melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas,”
katanya.
Beliau juga mendesak pihak polis bertanggungjawab jika sesuatu yang
buruk berlaku kepada mahasiswa-mahasiswa berkenaan terutama Safwan
Anang.
Wassalam~
Sumber: MynewHub & Gazebodaily
{ 4 Comments... read them below or add one }
kalu ingat belasah pelajar nie bleh selesaikan masalah @ takutkan golongan2 pelajar nie>>>>silap besar lerr derrr!!!!...revolusi tetap akan berlaku, but this time trough pain and blood
1 Januari 2012 pukul 12.53
benda ni buat lagi ramai yg xpuas hati dan fikir negatif terhadap kerajaan...
1 Januari 2012 pukul 16.53
kalau tengok video tu, pelajar2 tu yang lebih2...siap mencabar polis...tu luka sebab langgar cermin klinik tu...pastu kata polis pukul...biasa la....cari sokongan...
2 Januari 2012 pukul 00.42
Mmm.. xtau la bro... aku x brani nak bagi komen.. dlm fb dah banyak orng komen pasal video nih... cuba tengok kat sini..: http://www.facebook.com/2dayblogger/posts/339269129417847
2 Januari 2012 pukul 00.55
Posting Komentar