Tampilkan postingan dengan label IPTS. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label IPTS. Tampilkan semua postingan

INFO PENTING PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK

on 11 Desember 2011

Info dari DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN mengenai pemberian boucar RM200 kepada pelajar IPTA, IPTS dan Politeknik.
Assalamualaikum & salam sejahtera 
 “PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK”


Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

1.
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.


3.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5.
Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

6.
Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7.
Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8.
Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.



Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

Disember 2011
Wassalam~ 

Sumber: FACEBOOK DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN

Boucer Buku RM200 Diberikan Pada Semester Hadapan

on 28 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Berikut merupakan keratan artikel yang diambil dari lawam web mStarOnline bertarikh 27 Nov 2011. Berita baik untuk semua penuntut IPTA, IPTS, Matrikulasi, Kolej stasta dan pelajar tingkatan 6.

KOTA BARU: Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi Pengajian tinggi, yang diumumkan dalam Belanjawan 2012, boleh mula digunakan pada awal pengajian tahun depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab Rahim Md Noor.

Beliau berkata mekanisme untuk menentukan kaedah menukarkan baucer dengan buku untuk dimanfaatkan penuntut akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin tidak lama lagi.
Kira-kira 1.2 juta pelajar akan menikmati kemudahan itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Kita Cakna Kerjaya Kolej Komuniti Malaysia 2011 di sini, malam Sabtu.
Turut hadir Ketua Pengarah Kolej Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Malaysia, Prof Madya Kamarudin Kasim.

Ab.Rahim berkata langkah kerajaan memberi peruntukan tambahan kepada penuntut membuktikan kerajaan prihatin terhadap masa depan bidang pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian baucer buku RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.

Terdahulu, dalam ucapannya Abd Rahim berkata Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi adalah bertujuan untuk menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di kalangan IPT.

"Ini selaras dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan."

"Dasar ini juga adalah usaha kementerian bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian negara maju menjelang tahun 2020," katanya.
  
Sumber - BERNAMA


Wassalam~

Tips Menjalani LATIHAN INDUSTRI !!

on 25 Oktober 2011


Assalamualaikum & salam sejahtera


Latihan industri atau nama lainnya praktikal adalah salah satu syarat yang mesti dilalui oleh seorang pelajar yang masih menuntut di institut pengajian tinggi awam dan juga swasta. Latihan industri biasanya akan dijalankan selama 3 bulan bagi pelajar universiti dan 6 bulan bagi pelajar politeknik, IKM, ILP dan sebagainya. Sebelum menjalankan latihan industri pelajar perlulah mencari tempat atau syarikat yang sesuai untuk dipilih sebagai tempat latihan industri. Tempat yang dipilih perlulah bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh pelajar.



Berikut adalah sedikit panduan yang boleh digunakan oleh pelajar yang ingin menjalani latihan industri:

1). Pastikan anda bertindak lebih awal untuk mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan latihan industri supaya persaingan anda dengan pelajar lain dapat dikurangkan.

2). Bertanya kepada pensyarah dan pelajar terdahulu(senior) yang pernah menjalani latihan industri. Minta pendapat dan tunjuk ajar bagaimana memilih tempat praktikal.

3). Senaraikan seberapa banyak syarikat atau agensi kerajaan yang bersesuaian dengan kursus yang anda ambil.

4). Tanya kepada setiap syarikat yang anda senaraikan tadi samada pihak mereka masih boleh menerima pelajar yang ingin menjalani latihan industri atau tidak. Sekiranya syarikat tersebut boleh menerima pelajar untuk menjalani latihan industri dan masih ada kekosongan segera hantar resume serta surat sokongan dari pihak universiti kepada pegawai sumber manusia (human resourses) syarikat tersebut.

5). Sentiasa follow up segala info atau jawapan balas dari pihak syarikat yang anda memohon untuk latihan industri.

6). Pastikan anda sentiasa peka (alert) terhadap tarikh-tarikh penting seperti tarikh tutup membalas jawapan terima atau tidak, tarikh menhantar maklumat syarikat dan sebagainya.

7). Jangan terlalu memilih tempat praktikal. Apa yang penting ialah pengalaman dan bukannya elaun yang tinggi.

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved