Assalamualaikum & salam sejahtera
Latihan industri atau nama lainnya praktikal adalah salah satu syarat yang mesti dilalui oleh seorang pelajar yang masih menuntut di institut pengajian tinggi awam dan juga swasta. Latihan industri biasanya akan dijalankan selama 3 bulan bagi pelajar universiti dan 6 bulan bagi pelajar politeknik, IKM, ILP dan sebagainya. Sebelum menjalankan latihan industri pelajar perlulah mencari tempat atau syarikat yang sesuai untuk dipilih sebagai tempat latihan industri. Tempat yang dipilih perlulah bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh pelajar.
Berikut adalah sedikit panduan yang boleh digunakan oleh pelajar yang ingin menjalani latihan industri:
1). Pastikan anda bertindak lebih awal untuk mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan latihan industri supaya persaingan anda dengan pelajar lain dapat dikurangkan.
2). Bertanya kepada pensyarah dan pelajar terdahulu(senior) yang pernah menjalani latihan industri. Minta pendapat dan tunjuk ajar bagaimana memilih tempat praktikal.
3). Senaraikan seberapa banyak syarikat atau agensi kerajaan yang bersesuaian dengan kursus yang anda ambil.
4). Tanya kepada setiap syarikat yang anda senaraikan tadi samada pihak mereka masih boleh menerima pelajar yang ingin menjalani latihan industri atau tidak. Sekiranya syarikat tersebut boleh menerima pelajar untuk menjalani latihan industri dan masih ada kekosongan segera hantar resume serta surat sokongan dari pihak universiti kepada pegawai sumber manusia (human resourses) syarikat tersebut.
5). Sentiasa follow up segala info atau jawapan balas dari pihak syarikat yang anda memohon untuk latihan industri.
6). Pastikan anda sentiasa peka (alert) terhadap tarikh-tarikh penting seperti tarikh tutup membalas jawapan terima atau tidak, tarikh menhantar maklumat syarikat dan sebagainya.
7). Jangan terlalu memilih tempat praktikal. Apa yang penting ialah pengalaman dan bukannya elaun yang tinggi.
Wassalam~
{ 5 Comments... read them below or add one }
sape2 nak praktikal kat PICC Putrajaya sangat2 dialukan..Course yang terlibat lebih kepada management dan juga tourism..elaun diberikan ikut hari..so, sape2 yg duduk area putrajaya, kajang, bangi, serdang dan puchong tu boleh lah apply kalau masih belum ada tempat..
25 Oktober 2011 pukul 18.40
@aKSARAfENDI
thanks... kalau ada iklan lagi share je... ^^
25 Oktober 2011 pukul 18.54
en. aKSARAfENDI...
so memang boleh la student praktikal kt PICC tu??
5 Februari 2012 pukul 04.22
ambil student dip electrical power tak?
3 Oktober 2012 pukul 11.21
mcmane nak apply?
22 November 2012 pukul 09.00
Posting Komentar