Tampilkan postingan dengan label Koleksi Gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Koleksi Gambar. Tampilkan semua postingan

WAJAH BINATANG YANG MENYERAMKAN | PELIK

on 15 Januari 2012

WAJAH BINATANG YANG MENYERAMKAN | PELIK TAPI BENAR | JARANG DILIHAT MANUSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

Mungkin gambar-gambar di bawah bakal menimbulkan perasaan takut dan seram anda setelah melihatnya. Namun begitu, jangan lupa setiap makhluk yang ada di alam ini juga merupakan makhluk ciptaan tuhan. Padanya pasti ada alamat dan tujuan ianya diciptakan. Jangan sesekali menghina apa-apa makhluk ciptaanNya apatah lagi sesama manusia. Sama-sama kita renungkan~

Condylura cristata

Nasalis larvatus

Hairless Dog Aileen

Warthog.

Psychrolutes marcidus

Sphynx Cats

Mitsukurina owstoni

Daubentonia madagascariensis

Mirounga leonina

Psychrolutes marcidus.

Wolf spider

Tasmanian devil.


Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


SUMBER

Ini Bukan Gambar Photoshop! [Gambar Menarik]

on 10 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

PERINGATAN!!!... Jangan tiru aksi ini di mana tempat sekalipun. BAHAYA!!

Ok kali ini saya nak kongsikan gambar-gambar yang menarik untuk anda saksikan. Apakah perasaan anda sekiranya anda berada di tempat yang sangat tinggi? Gayat, takut, seram atau nak pengsan? Cuba anda lihat gambar-gambar di bawah ini bagaimana mereka boleh mengatasi perasaan gayat malahan berada di tempat tinggi dengan aksi yang lagi menakutkan. Jom layan~

































P/s: Ada berani??... hehe




Jom klik sini untuk mengundi blog ini^^

 


Wassalam~

Jom Bergelak Ketawa [Part 1]

on 09 Oktober 2011

Assalamulaikum & salam sejahtera

Jom layan koleksi gambar-gambar lawak di bawah ini untuk hilangkan stress anda:

Pak cik ni dah buta kot??


Adui... Ni siapa pasang dinding cermin nih.. Aku tak nampak la!!

Ambik ko isap ekzoz lagi best.. haha


Memandu sambil melepas...


full safety..


Ini Messi pun boleh surender kalau main kat padang ni


Budak-budak dah pandai menipu..



Aku nak bertukar jadi jus oren.. sedap

Adoii... Sakit la budak!!

Wassalam~

Mona Lisa Sebenarnya Lelaki?...

on 06 Februari 2011

ROME: Penyelidik Itali yang pakar dalam menyelesaikan misteri seni mendakwa model potret Mona Lisa hasil lukisan Leonardo da Vinci sebenarnya seorang lelaki. 
Benarkan Mona Lisa sebenarnya seorang lelaki???

Silvano Vinceti, pengerusi jawatankuasa nasional Itali untuk warisan budaya berkata perantis lelaki pelukis Renaissance kelahiran Florence itu dan kemungkinan kekasihnya Salai menjadi inspirasi utama untuk lukisan itu. Bagaimanapun, dakwaannya segera dibantah oleh pakar di muzium Louvre di Paris, tempat lukisan itu dipamerkan. Salai, atau nama sebenarnya Gian Giacomo Caprotti, seorang artis muda lembut yang bekerja dengan da Vinci selama 25 tahun, dianggap berkhidmat sebagai model dan menjadi inspirasi beberapa lukisannya. 
Pasangan itu ada hubungan ‘samar-samar’ dan kemungkinan pasangan kekasih, kata Vinceti. Perbandingan antara kriteria wajah beberapa hasil lukisan da Vinci seperti ‘St. John the Baptist’ dan ‘Angel Incarnate’ — mendedahkan kesamaan jelas dengan hidung dan mulut Mona Lisa, katanya.
St. John the Baptist
Angel Incarnate
“Ada persamaan yang ketara,” kata Vinceti kepada media. 
Tambahan pula, kata Vinceti da Vinci meninggalkan petunjuk kepada identiti model dengan huruf kecil L dan S yang ditemui pasukannya dilukis pada mata Mona Lisa. 

“Pemeriksaan rapat salinan digital berkualiti tinggi potret itu mendedahkan L untuk Leonardo dan S untuk Salai,” katanya. 

Namun dakwaan Vinceti dibantah pegawai muzium Louvre. 

Pegawai muzium itu menegaskan, pihaknya sudah melakukan ‘semua ujian makmal’ ke atas gambar pada 2004 dan kemudian sekali lagi pada 2009, dan menegaskan ‘tiada ukiran, huruf atau nombor ditemui ketika ujian itu.’ 

“Lukisan di atas kayu sudah berusia itu menyebabkan banyak rekahan muncul yang menyebabkan banyak bentuk muncul yang mungkin di salah tafsirkan,” kata Louvre. 

Muzium itu juga menuduh Vinceti membuat dakwaan tanpa melihat lukisan itu. – AFP


Sumber: Berita Harian (Sabtu, 5 Feb 2011)

Aku kembali!!!....

on 03 Februari 2011

Salam blogger untuk semua pembaca. Setelah sekian lama membisu, akhirnya blog ini dapat dikemaskini. Sebenarnya bukan niat di hati tak nak memperbaharui isi blog ni tapi banyak masalah yang dihadapi sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak mengurangkan semangat saya untuk menulis entri blog. Rasanya tak perlu diceritakan segala masalah-masalah itu di sini. Tambahan pula, setelah lama tidak menulis blog, 'mood' berblogger semakin berkurang. Ini mungkin gara2 cuti semester lepas. Kalau nak surf internet terpaksa ke kedai atau perpustakaan kerana internet tiada di rumah. Satu lagi sebab yang rasanya paling tepat ialah MALAS. Ish2... Memang malas.. hehe... Entah la apa yang nak diceritakan untuk entri kali ni. Idea tak keluar2 lagi. Lupa nak baca bismillah ni... Ok dah baca pun.



Kepada para pembaca yang bijaksana, pasti anda tahu mengenai bencana yang kita alami sejak kebelakangan ini. Banjir!!.. Salah satu Rahmat Allah yang sering dipinta bukan saja para petani malah semua manusia telahpun mencurah-curah tanpa henti dalam tempoh masa yang agak panjang telah mengakibatkan bencana banjir. Kejadian ini bukan saja dirasai di negara kita malah banyak tempat di dunia. Saya ingin berkongsi video yang telah dikongsikan di dalam satu laman sosial yang amat popular (facebook) oleh Ustz. Zaharuddin. Video banjir ini berlaku d Queensland, Australia. Sama2 kita lihat video d bawah:



Selepas banjir:







Sebelum Banjir:




Sedarkah kita bahawa kejadian ini merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT. Dia mampu memusnahkan segala harta yang dipinjamkan kepada kita malah dalam sekelip mata sahaja. Dunia ini hanya pinjaman dan hanya untuk menguji keimanan manusia sebagai hamba Allah yang menumpang di Bumi CiptaanNya. Kejadian banjir ini hanyalah bencana kecil jika dibandingkan dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini. Moga-moga dengan apa yang berlaku, kita akan sentiasa dekat dengan Allah SWT dan sentiasa menjalankan tugas-tugas kita sebagai hamba Allah yang beriman.



Baru-baru ini juga, saya dikejutkan dengan krisis yang berlaku di Mesir. Ini kerana salah seorang ahli keluarga sedang menuntut ilmu di sana. Pada mulanya saya sendiri tidak tahu mengenai kejadian itu sehinggalah keluarga di kampung memberitahu melalui telifon. Mungkin disebabkan oleh kesibukan dan juga jarang mengambil tahu mengenai isu-isu semasa. Memang tak sangka negara Mesir akan bergolak. Melalui apa yang saya baca mengenai mesir hasil dari pembacaan dalam beberapa blog dan surat khabar, negara Mesir ini nampak saja aman tetapi dalam sistem pentadbiran negara tu sebenarnya ada masalah. Sistem pemerintahan di negara Mesir mengamalkan sistem diktator yang zalim. Selama lebih kurang 30 tahun rakyatnya di perintah oleh pemimpin rejim mereka iaitu Hosni Mubarak. Namum rakyatnya mula sedar dan menentang pemerintahan diktator itu serta mendesak agar pemimpin mereka Hosni Mubarak berundur. Kesannya kepada dunia, harga minyak dunia melambung naik. Bukan tu saja, nasib pelajar-pelajar kita yang dihantar belajar di sana juga dalam bahaya. Pihak tentera mula menguasai sebahagian besar Mesir dan perintah berkurung(darurat) mula dilaksanakan. Kerajaan Malaysia harus bertindak lebih pantas untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir agar tidak berlaku kejadian yg tidak diingini. Moga-moga mereka semua dalam perlindungan Allah SWT. Insyaallah....

Ok la.... Cukup la untuk entry kali ini. Walaupun tak seberapa namun cukup penat si otak memikirkan ayat-ayat untuk dimasukkan dalam entry kali ini. Kepada pembaca, berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa yang berharga untuk membaca entry kali ini.







Keindahan Bumi Iran

on 01 November 2010

Izeh – South-Western Iran

Cottage in northern Iran Pondok di utara Iran

Uramanat – North-Western Iran -Uramanat - Iran Barat Laut

Layalestan – Gilan, Northern Iran

Bagh-e Eram Palace & Gardens – Shiraz


Oroomieh Lake – North-Western Iran -Oroomieh Danau - Iran Barat Laut

Winter night in Isfahan

Vank Cathedral – Isfahan , Iran


Museum of Fine Arts – Tehran , Iran

Shahzadeh Gardens -Mahan – Kerman

Waterfalls near Shiraz – Iran -Air terjun dekat Shiraz - Iran


Chehel Sotoun Palace Pavilion – Isfahan


Aali Gaapou - Isfahan, Iran

Lahijan – Guilan Province , Iran

Asalem - Khalkhal - Northern Iran


Pear Orchard – Shiraz Pear Orchard - Shiraz

Oroumieh Lake - NW Iran

Oroumieh Lake - NW Iran

White Bridge - Ahwaz, Iran Selatan-Barat

Saayeh khosh - Iran Selatan

Sobatan Village - Ardebil

Margoon air terjun


 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved