Aku kembali!!!....

on 03 Februari 2011

Salam blogger untuk semua pembaca. Setelah sekian lama membisu, akhirnya blog ini dapat dikemaskini. Sebenarnya bukan niat di hati tak nak memperbaharui isi blog ni tapi banyak masalah yang dihadapi sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak mengurangkan semangat saya untuk menulis entri blog. Rasanya tak perlu diceritakan segala masalah-masalah itu di sini. Tambahan pula, setelah lama tidak menulis blog, 'mood' berblogger semakin berkurang. Ini mungkin gara2 cuti semester lepas. Kalau nak surf internet terpaksa ke kedai atau perpustakaan kerana internet tiada di rumah. Satu lagi sebab yang rasanya paling tepat ialah MALAS. Ish2... Memang malas.. hehe... Entah la apa yang nak diceritakan untuk entri kali ni. Idea tak keluar2 lagi. Lupa nak baca bismillah ni... Ok dah baca pun.



Kepada para pembaca yang bijaksana, pasti anda tahu mengenai bencana yang kita alami sejak kebelakangan ini. Banjir!!.. Salah satu Rahmat Allah yang sering dipinta bukan saja para petani malah semua manusia telahpun mencurah-curah tanpa henti dalam tempoh masa yang agak panjang telah mengakibatkan bencana banjir. Kejadian ini bukan saja dirasai di negara kita malah banyak tempat di dunia. Saya ingin berkongsi video yang telah dikongsikan di dalam satu laman sosial yang amat popular (facebook) oleh Ustz. Zaharuddin. Video banjir ini berlaku d Queensland, Australia. Sama2 kita lihat video d bawah:



Selepas banjir:







Sebelum Banjir:




Sedarkah kita bahawa kejadian ini merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT. Dia mampu memusnahkan segala harta yang dipinjamkan kepada kita malah dalam sekelip mata sahaja. Dunia ini hanya pinjaman dan hanya untuk menguji keimanan manusia sebagai hamba Allah yang menumpang di Bumi CiptaanNya. Kejadian banjir ini hanyalah bencana kecil jika dibandingkan dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini. Moga-moga dengan apa yang berlaku, kita akan sentiasa dekat dengan Allah SWT dan sentiasa menjalankan tugas-tugas kita sebagai hamba Allah yang beriman.



Baru-baru ini juga, saya dikejutkan dengan krisis yang berlaku di Mesir. Ini kerana salah seorang ahli keluarga sedang menuntut ilmu di sana. Pada mulanya saya sendiri tidak tahu mengenai kejadian itu sehinggalah keluarga di kampung memberitahu melalui telifon. Mungkin disebabkan oleh kesibukan dan juga jarang mengambil tahu mengenai isu-isu semasa. Memang tak sangka negara Mesir akan bergolak. Melalui apa yang saya baca mengenai mesir hasil dari pembacaan dalam beberapa blog dan surat khabar, negara Mesir ini nampak saja aman tetapi dalam sistem pentadbiran negara tu sebenarnya ada masalah. Sistem pemerintahan di negara Mesir mengamalkan sistem diktator yang zalim. Selama lebih kurang 30 tahun rakyatnya di perintah oleh pemimpin rejim mereka iaitu Hosni Mubarak. Namum rakyatnya mula sedar dan menentang pemerintahan diktator itu serta mendesak agar pemimpin mereka Hosni Mubarak berundur. Kesannya kepada dunia, harga minyak dunia melambung naik. Bukan tu saja, nasib pelajar-pelajar kita yang dihantar belajar di sana juga dalam bahaya. Pihak tentera mula menguasai sebahagian besar Mesir dan perintah berkurung(darurat) mula dilaksanakan. Kerajaan Malaysia harus bertindak lebih pantas untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir agar tidak berlaku kejadian yg tidak diingini. Moga-moga mereka semua dalam perlindungan Allah SWT. Insyaallah....

Ok la.... Cukup la untuk entry kali ini. Walaupun tak seberapa namun cukup penat si otak memikirkan ayat-ayat untuk dimasukkan dalam entry kali ini. Kepada pembaca, berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa yang berharga untuk membaca entry kali ini.







Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

plain jane mengatakan...

Salam,

tgh berblogwalking ni...asyik je mate ni tengok video banjir tu, dashyat...mcm tsunami plak. Fasal krisis mesir tu dan pertualangan hosni mubarak tu pun mmg dah lama, die tu sekutu yahudi dan langsung x membantu pun isu perdamaian palestin di tebing barat so ini la masanye die tu patut berundur


3 Februari 2011 pukul 21.37
NaKkS mengatakan...

tq sudi melawat n bagi komen... ^^ memang dasyat tngok keadaan asal air xbesar pun... mcm air longkang sj... lepas dah banjir macam sungai besar plak... kreta pun bleh hanyut.. mesir tu memang sekutu yahudi... harap lepas hosni mbarak dijatuhkn pemimpn yg lebih baik akan menerajui pucuk pimpinan mesir....


4 Februari 2011 pukul 04.55
Faiz mengatakan...

macam2 bencana...hmmm

p/s: Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)

****KLIK ENTRI TERKINI DISINI****


4 Februari 2011 pukul 21.36

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved