Tampilkan postingan dengan label Ulama Iran. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ulama Iran. Tampilkan semua postingan

HUKUM MENGGUNAKAN FACEBOOK | BERDOSA BESAR !

on 12 Januari 2012

Hukum mempunyai laman sosial facebook adalah dosa besar dan dilarang dalam Islam, jika digunakan atas tujuan yang mendatangkan mudarat termasuk melemparkan fitnah, mencaci serta memburukkan orang lain.

Assalamualaikum & salam sejahtera

BERDOSA BESAR MENGGUNAKAN FACEBOOK UNTUK SEBAR FITNAH!
Sebelum ini Ulama Iran ada mengeluarkan Pendapat bahawa Facebook Haram!

KUALA LUMPUR: Hukum mempunyai laman sosial facebook adalah dosa besar dan dilarang dalam Islam, jika digunakan atas tujuan yang mendatangkan mudarat termasuk melemparkan fitnah, mencaci serta memburukkan orang lain.

Sebaliknya, jika laman sosial itu digunakan menyampaikan maklumat benar dan berinteraksi dengan orang lain secara berhemah adalah diharuskan.
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini juga pernah melakukan sekatan terhadap pemegang akaun facebook yang dilihat memaparkan unsur dan bahan lucah selain kandungannya boleh menggugat ketenteraman awam. - Jurucakap SKMM 
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, tidak menjadi masalah bagi seseorang mempunyai akuan laman sosial itu, malah facebook sendiri sebahagian daripada lambang kemajuan manusia dalam dunia penerokaan ilmu teknologi maklumat (ICT).

“Facebook satu rangkaian sistem dibangunkan atas tujuan komunikasi menyalur dan mendapatkan maklumat, kita tidak boleh sekat atau haramkan terus penggunaannya kerana ia memberi manfaat jika diguna atas kehendak yang baik.

“Selain itu, ia tidak mempunyai nyawa dan akal, sebaliknya digerakkan sendiri oleh manusia yang menggunakannya, apa pun hukumnya bergantung pada si pengguna bukan sistem itu, ” katanya ketika dihubungi semalam.

Kini, lebih 12 juta rakyat di negara ini pemegang akaun facebook, majoritinya berusia antara 16 hingga 35 tahun.
Laman SocialBakers.com sebelum ini melaporkan Malaysia kini pengguna facebook ke-17 ramai di dunia.

Selain itu, Abdul Syukur berkata, menjadi tanggungjawab pengguna memanfaatkan laman sosial berkenaan dengan perkara berfaedah, selain mengelakkan diri daripada terdedah dengan sebarang bentuk fitnah, cacian, provokasi yang boleh memudaratkan dan merosakkan ummah.

Sementara itu, jurucakap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, sehingga kini, pihaknya tidak diperuntukkan undang-undang khusus untuk menyekat pemegang akaun facebook yang melanggar norma disebabkan laman itu dibina dan dimiliki oleh firma di luar negara.

Katanya, pihaknya sekadar memaklumkan dan melapor kepada pemilik facebook supaya membuat sekatan terhadap laman sosial itu jika terdapat unsur yang mengancam keselamatan negara.

“SKMM sebelum ini juga pernah melakukan sekatan terhadap pemegang akaun facebook yang dilihat memaparkan unsur dan bahan lucah selain kandungannya boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!

Haram Menggunakan Laman Facebook | Ulama Iran

on 09 Januari 2012

Haram Menggunakan Laman Facebook | Ulama Iran

Assalamualaikum & salam sejahtera

Facebook haram

Seorang ulama Iran menetapkan web media rangkaian sosial popular di seluruh dunia, Facebook bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral.

Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani

Ulama kanan itu, Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani memberi pandangannya mengenai Facebook dan keahlian warga negaranya dalam web berkenaan ketika sesi soal jawab dengan agensi berita ISNA, semalam.

“Pada asasnya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan Islam dan tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram. “Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada masalah,” katanya.

Di Iran, biasa bagi ulama kanannya ditanya mengenai dasar isu sosial sama ada ia sejajar dengan nilai Islam. Jawapan mereka akan dianggap sebagai satu peraturan.

Meskipun kerajaan mengenakan banyak sekatan terhadap internet, seramai 17 juta penduduk Iran ahli Facebook, lapor perangkaan rasmi pada 17 Oktober lalu.

Oleh kerana Facebook popular di kalangan generasi muda, pemerhati percaya bilangan penduduk Islam yang mempunyai akaun Facebook lebih tinggi daripada angka itu.

Iran mempunyai 70 juta penduduk, 60 peratus daripada mereka berusia di bawah 30 tahun.

Lebih lima juta laman web dikenakan sekatan di Iran tetapi warga negara itu masih mendapatkan akses menggunakan perisian proksi dan rangkaian persendirian maya (VPN). 

Wassalam~
Sumber: Bharian

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved