Hukum mempunyai laman sosial facebook adalah dosa besar dan dilarang
dalam Islam, jika digunakan atas tujuan yang mendatangkan mudarat
termasuk melemparkan fitnah, mencaci serta memburukkan orang lain.
Assalamualaikum & salam sejahtera
BERDOSA BESAR MENGGUNAKAN FACEBOOK UNTUK SEBAR FITNAH! |
KUALA LUMPUR: Hukum mempunyai laman sosial facebook adalah dosa besar dan dilarang dalam Islam, jika digunakan atas tujuan yang mendatangkan mudarat termasuk melemparkan fitnah, mencaci serta memburukkan orang lain.
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini juga pernah
melakukan sekatan terhadap pemegang akaun facebook yang dilihat
memaparkan unsur dan bahan lucah selain kandungannya boleh menggugat
ketenteraman awam. - Jurucakap SKMM
“Facebook satu rangkaian sistem dibangunkan atas tujuan komunikasi menyalur dan mendapatkan maklumat, kita tidak boleh sekat atau haramkan terus penggunaannya kerana ia memberi manfaat jika diguna atas kehendak yang baik.
“Selain itu, ia tidak mempunyai nyawa dan akal, sebaliknya digerakkan sendiri oleh manusia yang menggunakannya, apa pun hukumnya bergantung pada si pengguna bukan sistem itu, ” katanya ketika dihubungi semalam.
Kini, lebih 12 juta rakyat di negara ini pemegang akaun facebook, majoritinya berusia antara 16 hingga 35 tahun.
Laman SocialBakers.com sebelum ini melaporkan Malaysia kini pengguna facebook ke-17 ramai di dunia.
Selain itu, Abdul Syukur berkata, menjadi tanggungjawab pengguna memanfaatkan laman sosial berkenaan dengan perkara berfaedah, selain mengelakkan diri daripada terdedah dengan sebarang bentuk fitnah, cacian, provokasi yang boleh memudaratkan dan merosakkan ummah.
Sementara itu, jurucakap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, sehingga kini, pihaknya tidak diperuntukkan undang-undang khusus untuk menyekat pemegang akaun facebook yang melanggar norma disebabkan laman itu dibina dan dimiliki oleh firma di luar negara.
Katanya, pihaknya sekadar memaklumkan dan melapor kepada pemilik facebook supaya membuat sekatan terhadap laman sosial itu jika terdapat unsur yang mengancam keselamatan negara.
“SKMM sebelum ini juga pernah melakukan sekatan terhadap pemegang akaun facebook yang dilihat memaparkan unsur dan bahan lucah selain kandungannya boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya.
Wassalam~
{ 6 Comments... read them below or add one }
tulah keburukan fesbuk kalau salah guna.
12 Januari 2012 pukul 11.18
FITNAH TERSEBAR SANA SINI KAN... SAHAM DOSA PUN MAKIN TINNGI.. HUHU
12 Januari 2012 pukul 11.20
saham dosa yang terus naik tak turun2 facebook nie... jadi hati2 la bila mengunakan nya.... hheheheh
12 Januari 2012 pukul 11.51
cerita rumah tangga pun tersemat hebat dalam tu. perli-perli, buka aib orang..macam-macam.. bab gambar seksi, ramai LIKE2.. xtau nak cakap macam mana..
(semoga kita dijauhkan dari perkara macam tu...insyaAllah..)
12 Januari 2012 pukul 11.57
Ada jugak yg selalu update status mengunakan kata2 kasar... bila tak suka sesuatu... lepas tu mesti update kat fb... hmmm...
tak pasal2 dpt dosa kering...
12 Januari 2012 pukul 12.23
untuk mereka yg menyalahgunakan .. mmg haram ..
12 Januari 2012 pukul 12.32
Posting Komentar