Tampilkan postingan dengan label bahaya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bahaya. Tampilkan semua postingan

KEMENTERIAN LARANG GUNA LINTAH UNTUK RAWATAN KESIHATAN

on 08 Februari 2012

KAEDAH RAWATAN MENGGUNAKAN LINTAH TIDAK DIIKTIRAF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA | BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT BERJANGKIT

Assalamualaikum & salam sejahtera

Rawatan Lintah Dilarang KKM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah. 
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

Rawatan Lintah Dilarang KKM

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan.

“Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah.

“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku, ” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil.

Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya.

“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Hati-hati Dengan Minyak Masak Tiruan !

on 13 Desember 2011

Minyak tiruan atau minyak kitar semula berleluasa di Malaysia

Assalamualaikum & salam sejahtera
 
Minyak masak tiruan/ kitar semula

TANJUNG IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggesa pengguna supaya lebih berhati-hati ketika membeli produk supaya tidak menjadi mangsa penipuan.
Pegawai KPDNKK Kuala Pilah, Zulkifli Mat, berkata, pengguna perlu bijak memilih barang termasuklah minyak masak kerana pihaknya mengenal pasti terdapat minyak kitar semula yang dijual di pasaran.

“Isu minyak masak kitar semula ini berlaku di Selangor, namun sebelum ia menular di daerah ini, saya nasihatkan pengguna supaya peka dengan pembelian produk berkenaan.
“Minyak masak kitar semula ini mengandungi hanya 20 peratus kandungan minyak asli, manakala 80 peratus dicampur dengan minyak yang telah digunakan yang dipe­roleh daripada restoran dan hotel,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa taklimat kepenggunaan anjuran Lembaga Keba­jikan Perem­puan Islam Malaysia (LKPIM) Kuala Pilah di Balai Muhibbah, di sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga LKPIM Kuala Pilah, Rosnah Mohd Said.

Sementara itu, beliau turut menerangkan perbezaan antara minyak masak kitar semula dengan yang asli sekali gus menggesa pengguna supaya lebih bijak menilai.

“Kita hanya perlu lihat label daripada kilang mana ia diproses selain logo halal. Jika tiada alamat kilang dan logo tersebut, minyak itu adalah tiruan dan pengguna perlu melaporkan kepada kami.

“Bahayanya minyak masak kitar semula ialah dari segi kebersihan yang tidak terjamin. Tambahan pula, sebagai orang Islam, kesucian itu diberi keutamaan terutama dalam masakan,” katanya.

Dalam pada itu, taklimat yang diadakan adalah bagi memberi kesedaran berkaitan hak-hak pengguna dengan melaporkan kepada KPDNKK sekiranya terdapat produk yang mencurigakan termasuk peraduan gores dan menang, barangan tiruan, tamat tempoh dan lain-lain.

Dalam pada itu, katanya, taklimat yang dilaksanakan ini bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna tentang hak-hak mereka.
“Saya juga minta pengguna di luar bandar agar lebih bijak menggunakan kuasa beli mereka supaya peniaga tidak menekan harga barangan sesuka hati,” katanya

Sumber : Sinarharian
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved