KEMENTERIAN LARANG GUNA LINTAH UNTUK RAWATAN KESIHATAN

on 08 Februari 2012

KAEDAH RAWATAN MENGGUNAKAN LINTAH TIDAK DIIKTIRAF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA | BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT BERJANGKIT

Assalamualaikum & salam sejahtera

Rawatan Lintah Dilarang KKM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah. 
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

Rawatan Lintah Dilarang KKM

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan.

“Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah.

“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku, ” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil.

Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya.

“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

Mag mengatakan...

sungguh tertarik untuk membaca entry anda.. menarik sangat dan follow anda ya... tak marahkan... hehe

anyway, ini post terbaru saya

Bugatti Veyron in Malaysia (with 3 rare Picture)
Adakah anda wanita kelas bawahan??
Najwa Latif Di Panggil Oleh Cikgu Disiplin Sekolah?
Kisah 3 pontianak


8 Februari 2012 pukul 14.19
Unknown mengatakan...

nak sihat tp jd sakit lak..macam-macam hal hehe


8 Februari 2012 pukul 14.37
sstandsforsuraya mengatakan...

xde r... lintah tue boley pkai sekali jea kt sorg2... lpas tue dye mati... mne boley pndah2... kn dye melekat... org dulu2 pkai mendalah niey xde plak byk pyakit... org skrg yg ktenye mcm2 perubatan moden pon timbul mcm2 pyakit baru... hurm...


8 Februari 2012 pukul 21.53
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

entah lah.. teknologi dah canggih.. mungkin ada orang yang pakai banyak kali kot.. lintah tu x mati..


9 Februari 2012 pukul 19.37
Anonim mengatakan...

1) Rawatan Bekam Lintah tidak dapat dibuktikan secara saintifik?

Siapakah yang patut dipertanggungjawab untuk melakukan kajian saintifik ini? Adakah orang ramai atau syarikat yang tidak mampu melaksanakannya?

2) Kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah?

Ini bermakna kepada pesawah-pesawah dan petani-petani yang menjalankan kerja di sawah padi dimana selalu di gigit oleh lintah adalah orang yang berpotensi membawa penularan penyakit berbahaya ini.

3)Penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

Apakah Penyebaran penyakit berbahaya itu?

4) Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Adakah disebabkan dua pesakit sahaja dapat memberi rumusan yang tepat mengenai kenyataan ini?


13 Februari 2012 pukul 09.06

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved