Tampilkan postingan dengan label datuk k. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label datuk k. Tampilkan semua postingan

DATUK SITI NURHALIZA DILAMAR?

on 11 Januari 2012

PENYANYI TERNAMA MALAYSIA, DATUK SITI NURHALIZA TARUDIN DILAMAR SEBUAH SYARIKAT PENERBITAN FILEM DARI INDONESIA UNTUK BERLAKON FILEM 'KEKUATAN CINTA'

Assalamualaikum & salam sejahtera


JAKARTA: Sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia menyatakan minat untuk menawarkan kepada diva tanah air Datuk Siti Nurhaliza Taruddin untuk muncul dalam filem berjudul 'Kekuatan Cinta'.

PT Kentfilms Production mahu menggandingkan Siti Nurhaliza dengan pelakon top Indonesia Nicholas Saputra dalam filem yang dirancang akan dimulakan penggambaran tidak lama lagi dan siap untuk tayangan di pawagam Indonesia pada tahun ini.

Beberapa bintang dari Malaysia seperti Fasha Sandha, Melissa Saila dan Raja Emma akan juga diundang berlakon dalam filem itu, yang turut menyenaraikan bintang Indonesia seperti Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo.

Sutradara Iwan Sardi, yang bakal mengarahkan filem itu, berharap Siti Nurhaliza sudi menerima tawaran itu nanti memandangkan populariti Siti Nurhaliza di Indonesia masih bertahan sehingga kini.

Penampilan Siti Nurhaliza dalam filem Kekuatan Cinta itu ialah sebagai bintang undangan, katanya di sini kelmarin.


 
Derma [LIKE] Anda!


Filem Kekuatan Cinta, kata Iwan adalah adaptasi daripada novel popular tulisan Sastri Y Bakri dan akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Malaysia.

Ia mengisahkan kesetiaan seorang isteri kepada suami yang menderita sakit yang akhirnya membawa maut kepada suaminya itu. Keunikan filem ini ialah pemaparan adegan percintaan antara lelaki Indonesia dengan wanita Malaysia.

Iwan dan Pengarah Utama PT Kentfilms Production, Edy AS sebelumnya mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan di pejabatnya di sini bagi meminta pandangan mengenai kemungkinan menjalinkan kerjasama dalam penerbitan filem itu dengan syarikat penerbitan dan karyawan filem dari Malaysia.

Iwan berkata pihaknya menyambut baik jika ada syarikat penerbitan filem atau mana-mana pengarah Malaysia yang mahu bekerjasama dengannya untuk menghasilkan filem itu, demi faedah kedua-dua negara. - BERNAMA 


Wassalam~


Sumber: mStar

DATO SITI NURHALIZA TARUDIN SAH MENGANDUNG 2012

on 01 Januari 2012

DATO SITI NURHALIZA TARUDIN MENGUMUMKAN SAH SEDANG MENGANDUNG DI SINGAPURA PADA 1/1/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dato Siti Nurhaliza bakal menimang cahaya mata

Mengikut salah satu website iaitu illustrasiaku.com, Dato Siti Nurhaliza Tarudin sedang  mengandung. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh beliau semasa menghadiri persembahan ambang tahun 2012 yang diadakan di Singapura pada tarikh 1hb Januari 2012. Berikut merupakan gambar screenshoot yang diambil melalui laman twitter Malay.cari.com.my.


Jika perkara ini benar, ucapan tahniah dihulurkan buat Dato Siti Nurhaliza dan suami, Datuk K. Moga dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka akan membuatkan keluarga mereka lebih harmoni dan berkekalan. InsyaAllah~

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved