PENYANYI TERNAMA MALAYSIA, DATUK SITI NURHALIZA TARUDIN DILAMAR SEBUAH SYARIKAT PENERBITAN FILEM DARI INDONESIA UNTUK BERLAKON FILEM 'KEKUATAN CINTA'
Assalamualaikum & salam sejahtera
JAKARTA: Sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia menyatakan minat untuk menawarkan kepada diva tanah air Datuk Siti Nurhaliza Taruddin untuk muncul dalam filem berjudul 'Kekuatan Cinta'.
PT Kentfilms Production mahu menggandingkan Siti Nurhaliza dengan pelakon top Indonesia Nicholas Saputra dalam filem yang dirancang akan dimulakan penggambaran tidak lama lagi dan siap untuk tayangan di pawagam Indonesia pada tahun ini.
Beberapa bintang dari Malaysia seperti Fasha Sandha, Melissa Saila dan Raja Emma akan juga diundang berlakon dalam filem itu, yang turut menyenaraikan bintang Indonesia seperti Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo.
Sutradara Iwan Sardi, yang bakal mengarahkan filem itu, berharap Siti Nurhaliza sudi menerima tawaran itu nanti memandangkan populariti Siti Nurhaliza di Indonesia masih bertahan sehingga kini.
Penampilan Siti Nurhaliza dalam filem Kekuatan Cinta itu ialah sebagai bintang undangan, katanya di sini kelmarin.
Filem Kekuatan Cinta, kata Iwan adalah adaptasi daripada novel
popular tulisan Sastri Y Bakri dan akan menjalani penggambaran di
beberapa lokasi menarik di Malaysia.
Ia mengisahkan kesetiaan seorang isteri kepada suami yang menderita
sakit yang akhirnya membawa maut kepada suaminya itu. Keunikan filem ini
ialah pemaparan adegan percintaan antara lelaki Indonesia dengan wanita
Malaysia.
Iwan dan Pengarah Utama PT Kentfilms Production, Edy AS sebelumnya
mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Syed
Munshe Afdzaruddin Syed Hassan di pejabatnya di sini bagi meminta
pandangan mengenai kemungkinan menjalinkan kerjasama dalam penerbitan
filem itu dengan syarikat penerbitan dan karyawan filem dari Malaysia.
Iwan berkata pihaknya menyambut baik jika ada syarikat penerbitan
filem atau mana-mana pengarah Malaysia yang mahu bekerjasama dengannya
untuk menghasilkan filem itu, demi faedah kedua-dua negara. - BERNAMA
Wassalam~
Sumber: mStar
Sumber: mStar
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar