Tampilkan postingan dengan label dunia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dunia. Tampilkan semua postingan

Bas Terpanjang Di Dunia

on 29 Agustus 2012


Jerman bakal memperkenalkan bas awam terpanjang  di dunia, Autotram Extra Grand  98 kaki (32.6 meter) panjang dan mampu memuatkan 256 penumpang pada satu-satu masa.

Bas tersebut akan digunakan mulai Oktober ini selepas tamat ujian keselamatan.

Bas yang digambarkan sebagai ‘kereta api beroda’ itu diperkenalkan buat pertama kali di bandar Dresden, dan dijangka dapat memenuhi keperluan sistem pengangkutan awam negara itu.

Rekaan kenderaan yang mempunyai tiga bahagian badan itu mendapat sentuhan hasil kerjasama seorang pereka, Fraunhofer IVI dan Universiti Teknikal Dresden tidak memerlukan sebarang latihan khas untuk pemandu.

Laporan Y! Tech menyebut bahawa kenderaan terbabit turut dikatakan mudah dikendalikan seperti bas biasa dan mengaplikasikan penggunaan sistem komputer Autotram Extra Grand bagi membantu pemandu membelok.

Tujuan utama sistem tersebut digunakan adalah bagi memastikan bahagian belakang bas mengikut tepat bahagian depan dan tengah bas pada setiap masa.

Dalam pada itu, sistem pengangkutan canggih ini juga turut menggabungkan teknologi hijau dalam pengendalian enjinnya yang menggunakan gas bagi menggantikan petrol dan enjin elektrik hibrid yang boleh bergerak sejauh lima kilometer atas kuasa bateri.

Perekanya turut mengakui bahawa mereka telah menerima pertanyaan dari bandar-bandar lain di seluruh dunia bagi mendapatkan versi bas mereka sendiri kerana ia pembinaan bas gergasi itu dilihat mampu menjimatkan kos operasi.

KASUT PINTAR ADIDAS PERTAMA DUNIA | ADIZERO F50

on 16 Januari 2012

ADIDAS MALAYSIA PERTONTON KASUT BOLA SEPAK PINTAR PERTAMA DI DUNIA | ADIZERO F50 LIONEL MESSI 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera


Adidas Malaysia Sdn Bhd mempertontonkan kasut bola sepak pintar pertama di dunia, 'adizero F50' yang dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai 'miCoach Speed Cell', yang membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan.

Pelancaran kasut itu, yang diberi jolokan 'kasut dilengkapi minda' peringkat global diadakan di United Kingdom pada November tahun lepas oleh pemain terkemuka dari Argentina, Lionel Messi.


Pengurus Pemasaran Jenama dan Sukan Adidas Malaysia Bryan Gee berkata kasut itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g, namun paling pintar yang pernah dihasilkan oleh syarikat pengeluar kelengkapan sukan itu.

"miCoach menjadikan kasut ini sebagai alat latihan digital paling maju yang membolehkan pemain bola sepak mengesan dan memuat naik data prestasi mereka termasuk kepantasan, jumlah pecutan, jarak dan jarak pada tahap intensiti tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran kasut berkenaan di Pusat Sukan NPNG di Damansara Damai, dekat sini.

Turut hadir ialah pasukan Harimau Muda A dan jurulatih mereka, Ong Kim Swee. Gee berkata miCoach dilengkapi alat pengesan yang boleh ditanggalkan di bahagian dalam kasut yang membolehkan pengguna memindahkan semua maklumat semasa perlawanan bola sepak dan sesi latihan ke komputer, telefon pintar atau tablet mereka menerusi teknologi Bluetooth binaan dalam.

Beliau berkata peranti berkenaan, dengan saiz sebesar pemacu pena, diletakkan di dalam tapak kasut itu, yang juga boleh digunakan dalam kasut lain keluaran Adidas, misalnya bagi sukan bola keranjang dan larian.

Kasut yang dilengkapi dengan miCoach kini boleh didapati di semua kedai Adidas Sports Performance yang mengambil bahagian dan menawarkan lima pilihan warna pada harga RM780 sepasang.

Peranti 'miCoach' yang terdiri daripada Speed Cell dan peranti pintar dongle turut dijual berasingan dan boleh dibeli pada harga RM299 bagi platform iPod dan iPhone serta RM260 bagi platform komputer peribadi serta Mac.

Jom layan iklan komersial Adidas ADIZERO F50 - LIONEL MESSI 2012













Wassalam~







 
Derma [LIKE] Anda!



Sumber: Bernama

MALAYSIA PENGELUAR KONDOM TERBESAR DUNIA

on 14 Januari 2012

MALAYSIA PENGELUAR KONDOM UTAMA DUNIA | DAHULUNYA DIPEGANG OLEH NEGARA JIRAN, THAILAND

Assalamualaikum & salam sejahtera

MALAYSIA PENGELUAR KONDOM TERBESAR

NEW DELHI – Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

“Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom,” kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.

Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia – Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia – terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.
“Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom,” kata Low.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.
Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. – BERNAMA



Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!

Sumber: Bernama

10 Negara Paling Padat Penduduk!! Hah??

on 26 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Tahukah anda negara manakah merupakan penyumbang utama populasi penduduk dunia? Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) jumlah penduduk dunia setakat ini (Oktober 2011) dianggarkan mencecah 7 bilion. Angka ini berbeza pada 13 tahun yang lalu iaitu hanya 6 bilion penduduk direkodkan di seluruh dunia. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kadar kelahiran yang mengatasi kadar kematian penduduk. Peratusan penduduk dunia yang berumur kurang dari 25 tahun ialah 43% dari keseluruhan penduduk dunia. Fakta lain ialah benua asia merupakan kawasan yang paling padat penduduk di seluruh dunia.

Berikut merupakan 10 negara yang paling ramai penduduk di seluruh dunia:

10). Jepun






Jumlah penduduk: 127,156,000



9). Rusia

Jumlah penduduk: 140,874,000



8). Nigeria

  


Jumlah penduduk: 154,729,000



7). Bangladesh
  

Jumlah penduduk: 162,221,000



6). Pakistan



Jumlah penduduk:  180,808,000



5). Brazil



Jumlah penduduk: 193,734,000


4). Indonesia



Jumlah penduduk: 229,965,00



3). Amerika Syarikat (USA)





Jumlah penduduk: 314,659,000



2). India



Jumlah penduduk: 1,198,003,000



1). China



Jumlah penduduk: 1,345,751,000



P/s:  Mampukah bumi menampung jumlah penduduk yang semakin ramai?


Wassalam~

Taman Paling CANTIK Di DUNIA !! WOW !!

on 20 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Berikut merupakan gambar beberapa buah taman yang tercantik dan terindah di seluruh dunia. Jom layan ~

[9 gambar]






























Wassalam~


Perjalanan Roh dari alam ke alam

on 24 September 2011

Assalamulaikum & salam sejahtera

Sekadar hiasan

 
Marilah kita ingat kembali dan menyakini hakikat kematian. Mengingati MATI adalah sebijak-bijak perbuatan. Tidakkah bijak bila beringat untuk bawa bekalan? Seseorang yang ingin berjalan jauh, mesti teringat untuk membuat persediaan dan membawa bekalan.

MATI itu pasti. Dan MATI itu sangat dekat. Bagaimana mungkin kita berasa selamat dari MATI ? Sedang hari-hari kita mungkin mati di jalan raya? Untuk mati di jalan raya, tidak perlu naik kenderaan. Hanya berada di tepi jalan sudah memadai.

Bagaimana mungkin kita berasa selamat jika kita berada di dalam bangunan? Sedang bila-bila saja mungkin berlaku litar pintas, lalu kita mati terperangkap dalam api?

Tidakkah kita sering terdengar hal-hal kematian di surat khabar dan TV setiap hari? Setiap mereka yang mati tu, tidak menjangkakan mereka akan mati hari tersebut.

Jadi bagaimana pula kita boleh yakin kita tidak akan mati hari ini?

Setiap Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yang akan dilalui oleh setiap manusia iaitu:

1. Alam Roh
- Alam dimana setiap manusia berjanji menyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
- Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.

2. Alam Rahim
- Selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh)

3. Alam Dunia
- Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya.
- Hidup sehingga 65thn-75thn

4. Alam Kubur
-Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia.
- Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi’Sa’iid; Rasulullah saw bersabda :
“Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka”

5. Alam Mahsyar
- Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia.
- Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil.
- Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yg kedua menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan isinya.
- Dlm riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yg mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat utk mati ditempat yg lain.
- Rasullullah s.a.w yg pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail ” Dimana kamu tinggalkan umatku”

# Didalam Surah Al-Waaqi’ah Allah menyebutkan dipermulaan keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan :

1. Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.

2. Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua)

3. Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial).


Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu:
1. Muqarrabiin.
2. Golongan Kanan.
3. Golongan Pendusta Yang Sesat.


Peristiwa di Padang Mahsyar
Manusia dibangunkan dalam keadaan telanjang melainkan merek yang beriman. Jalan masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat, Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yang lain (para Nabi Sahabat dan mrk yg beriman).
7 golongan :

1. Pemimpin yang adil
2. Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid
3. Lelaki yg bersedekah tetapi tidak diketahui
4. Orang muda yg taat kepada perintah Allah
5. Lelaki yg diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn kata “Aku takut pada Allah”
6. Lelaki yg senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah
7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah


(Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama perempuan). Setelah 40 tahun (di Mahsyar) iaitu 1 thn bersamaan 50,000 thn didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yg beriman, kemudian terdengar suara “pergilah berjumpa dgn para Nabi”.. maka yg mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia.

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa kerana memakan buah larangan di syurga maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat
· Soal Jawab
· Membaca catatan amalan
· Hisab

*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam.
“Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam.” Surah Maryam Ayat 68

Kemudian manusia meniti Siratul Mustakim yang mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan (persamaan didunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yg meniti hanya tinggal 1 sahaja yang akan berada di titian sirat (iaitu mereka yang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman). 999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yg meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya diatas sirat).

*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha”; Yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”.(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16

*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yg masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka didunia sebaik sahaja melihat api neraka ;
Wallahuwa’lam.





Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved