MALAYSIA PENGELUAR KONDOM UTAMA DUNIA | DAHULUNYA DIPEGANG OLEH NEGARA JIRAN, THAILAND
Assalamualaikum & salam sejahtera
![]() |
MALAYSIA PENGELUAR KONDOM TERBESAR |
NEW DELHI – Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di
dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai
peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia
(MREPC).
MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.
“Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan
banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka
satu bilion kondom,” kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu,
Low Yoke Kiew kepada Bernama.
Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia,
telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu
hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.
Pengeluar utama Asia – Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia –
terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping,
yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang
konservatif seperti India.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.
Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta
setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.
“Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami
kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan
yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk
kondom,” kata Low.
Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus
daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala
usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri
itu.
Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai
ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah
menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. – BERNAMA
Wassalam~
Sumber: Bernama
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar