Tampilkan postingan dengan label isu semasa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isu semasa. Tampilkan semua postingan

PERKHIDMATAN GRO ARAB DI MALAYSIA | DICEKUP POLIS

on 20 Januari 2012

SUDAH ADA PIHAK YANG MENAWARKAN GRO WARGA ARAB, PELANGGAN UBAH CITARASA | POLIS MENYERBU PUSAT HIBURAN TAWAR KHIDMAT PELACUR ARAB

Assalamualaikum & salam sejahtera

GRO BERBANGSA ARAB DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan haram di Bukit Bintang, di sini, dikesan menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) dari Asia Barat bagi mengubah cita rasa pelanggan yang sebelum ini disogokkan dengan GRO dari China, Vietnam dan Indonesia.

Gadis berkulit gebu dan berpakaian seksi serta berhidung mancung itu dijadikan tarikan baru ke pusat hiburan terbabit sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), awal pagi semalam.

Pusat hiburan yang terletak di kawasan strategik itu turut dikunjungi pelancong dari wilayah Arab untuk berhibur dan faktor itu dipercayai punca utama pemilik premis terbabit menawarkan GRO dari rantau itu.

Dalam serbuan jam 12.30 tengah malam itu, seramai 15 GRO warga Iran, Yaman, Uzbekistan dan Tajikistan berusia 20 hingga 27 tahun ditahan. Turut ditahan seorang pondan warga tempatan. Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Md Isa berkata, pemeriksaan awal mendapati sebahagian GRO warga asing terbabit gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan ada yang mendakwa pelajar.

“Pengurus pusat hiburan terbabit ditahan bagi membantu siasatan selepas premis itu gagal menunjukkan lesen perniagaan,” katanya.

Menurutnya, serbuan dibuat berdasarkan intipan pihaknya sejak sebulan lalu.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


MALAYSIA PENGELUAR KONDOM TERBESAR DUNIA

on 14 Januari 2012

MALAYSIA PENGELUAR KONDOM UTAMA DUNIA | DAHULUNYA DIPEGANG OLEH NEGARA JIRAN, THAILAND

Assalamualaikum & salam sejahtera

MALAYSIA PENGELUAR KONDOM TERBESAR

NEW DELHI – Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

“Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom,” kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.

Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia – Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia – terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.
“Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom,” kata Low.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.
Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. – BERNAMA



Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!

Sumber: Bernama

REMAJA PEREMPUAN DIJUAL JADI PELACUR | SINDIKET PELACURAN

AWAS ! TAKTIK SINDIKET PELACURAN | MENJUAL RAKAN SENDIRI UNTUK DIJADIKAN PELACUR | REMAJA BELASAN TAHUN JADI MANGSA SINDIKET

Assalamualaikum & salam sejahtera

AWAS! SINDIKET PELACURAN

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan saja ‘dijual’ rakan baiknya, malah dipaksa melacur sejak empat bulan lalu.

Jika mangsa enggan melakukan perbuatan keji itu, dia akan dipukul ibu ayam berusia awal 40-an selain dikurung dan tidak diberi makan serta minum.

Mangsa yang tidak tahan menanggung derita seksaan itu terpaksa akur arahan sindiket pelacuran terbabit selain menanti peluang melarikan diri.

Remaja itu mendakwa dia dibawa ke hotel di seluruh negara mengikut permintaan pelanggan selain dibayar RM200 hingga RM500 mengikut perkhidmatan diberikannya. Selain hotel di ibu kota, mangsa pernah dibawa ke hotel di Pulau Pinang, Genting Highlands dan Johor, oleh sindiket pelacuran yang mengawasi setiap pergerakannya.

Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri daripada sindiket pelacuran itu pada jam 7 pagi, 8 Januari lalu, sebelum membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini, Rabu lalu.

Menceritakan semula kejadian berkenaan, sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Melaka meninggalkan rumahnya pada jam 8 malam, 18 Ogos tahun lalu, selepas diperdaya rakan perempuannya untuk ke ibu kota.

“Rakan baik mangsa yang berusia 20-an menawarkan pekerjaan kepada mangsa selain berjanji mengahwinkannya.

“Lelaki yang dijanjikan untuk dikahwinkan dengan mangsa dikenali mangsa kerana mereka pernah berjumpa pada majlis kenduri di Ayer Keroh, Melaka, Ogos tahun lalu,” katanya. Menurutnya, mangsa kemudian dibawa menaiki sebuah Proton Wira bersama lima wanita lain yang tidak dikenali.

“Mangsa dan beberapa wanita itu dihantar ke sebuah flet di Damansara Damai. Tiga hari kemudian, mangsa dibawa ke sebuah hotel di Jalan Ipoh sebelum diarahkan melacur.

“Tersentak dengan itu, mangsa berkeras dan cuba melawan menyebabkan dia dipukul seorang wanita dipercayai ibu ayam. Dia juga tidak diberi makanan mahupun minuman,” katanya.

Sumber itu berkata, difahamkan, selepas dua kali cubaan melarikan diri gagal, remaja terbabit mencuba sekali lagi pada 8 Januari lalu dan berjaya.

Katanya, mangsa membuat laporan polis mengenai nasib itu dan difahamkan, dia kini berlindung di rumah keluarganya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!



 
 
Sumber: Bharian
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved