Tampilkan postingan dengan label india. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label india. Tampilkan semua postingan

FILEM APPALAM ARAHAN AFDLIN MENANG FILEM TERBAIK INDIA 2012

on 18 Januari 2012

FILEM TAMIL PERTAMA AFDLIN, APPALAM DIIKTIRAF MELALUI FESTIVAL FILEM INDIA MALAYSIA 2012 SETELAH MENANG FILEM TERBAIK 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

FILEM PERTAMA ARAHAN AFDLIN SHAUKI MENANG ANUGERAH FILEM TAMIL TERBAIK 2012

Pengarah filem Afdlin Shauki berasa bangga dan dihargai apabila filem pertamanya dalam bahasa Tamil, "Appalam" telah diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem India Malaysia yang julung kali diadakan baru-baru ini.

Diadaptasi daripada filem bahasa Melayu berjudul "Papadom" yang turut diarah olehnya, "Appalam" mengalahkan sembilan filem Tamil lain antaranya adalah "Undercover Rascals", "Uttrachai Kali", "Aathma", "Ethirkaalam", "Aandal", "Uruvam", "Panjamuni" dan "Yantra".

Kejayaan di festival filem yang diadakan di Chennai, India pada 9 sehingga 12 Januari 2012 ini merupakan yang terbesar dalam karier Afdlin selaku pengarah dan juga Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Selaku penerbit dan pengedar filem.


Menampilkan pelakon yang terdiri daripada Gana Pragasam, Raja Ilya, Jaclyn Victor, Haani Shivraj, Shashitharan, Sharifah Amani, Vassantha Kumaran, Iman Wan, Sathia, Gunseh, Maimon Talib dan Afdlin sendiri, filem ini mengisahkan seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan keselamatan anak perempuannya terjaga.

Sashitharan turut memenangi Pelakon Lelaki Terbaik tetapi bukan untuk filem "Appalam", sebaliknya untuk filemnya yang lain, "Aathma".

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: yahoo.com

Taj Mahal Dibina Dengan Batang Mancis?? WOW !!

on 01 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Taj Mahal

Mampukah manusia zaman sekarang membina sebuah Taj Mahal baru yang sama seperti binaan Taj Mahal yang terletak di India yang dibina pada tahun 1632 dahulu? Mungkin mampu dan mungkin juga tidak. Tetapi di India, seorang pemuda telah membina sebuah Taj Mahal hanya dengan menggunakan batang mancis. Biar Betul!! Haha. Sebenarnya pemuda yang bernama Shaikh Salimbhai telah membina sebuah model Taj Mahal yang sangat serupa dengan struktur binaan asal bangunan ajaib tersebut dengan menggunakan batang-batang mancis. Namun untuk menghasilkan model tersebut bukanlah mudah. Pemuda tersebut mengambil masa setahun 19 hari dan 75000 batang mancis untuk menyiapkan model Taj Mahal tersebut.










Jap!!.. Jangan blah dulu sebab masih ada entri yang best:

Cuba klik sini atau sini dan di sini.. Mesti tak menyesal punya. tq



Wassalam~

10 Negara Paling Padat Penduduk!! Hah??

on 26 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Tahukah anda negara manakah merupakan penyumbang utama populasi penduduk dunia? Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) jumlah penduduk dunia setakat ini (Oktober 2011) dianggarkan mencecah 7 bilion. Angka ini berbeza pada 13 tahun yang lalu iaitu hanya 6 bilion penduduk direkodkan di seluruh dunia. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kadar kelahiran yang mengatasi kadar kematian penduduk. Peratusan penduduk dunia yang berumur kurang dari 25 tahun ialah 43% dari keseluruhan penduduk dunia. Fakta lain ialah benua asia merupakan kawasan yang paling padat penduduk di seluruh dunia.

Berikut merupakan 10 negara yang paling ramai penduduk di seluruh dunia:

10). Jepun






Jumlah penduduk: 127,156,000



9). Rusia

Jumlah penduduk: 140,874,000



8). Nigeria

  


Jumlah penduduk: 154,729,000



7). Bangladesh
  

Jumlah penduduk: 162,221,000



6). Pakistan



Jumlah penduduk:  180,808,000



5). Brazil



Jumlah penduduk: 193,734,000


4). Indonesia



Jumlah penduduk: 229,965,00



3). Amerika Syarikat (USA)





Jumlah penduduk: 314,659,000



2). India



Jumlah penduduk: 1,198,003,000



1). China



Jumlah penduduk: 1,345,751,000



P/s:  Mampukah bumi menampung jumlah penduduk yang semakin ramai?


Wassalam~

Lelaki Kawin Dengan Seekor ANJING!! LOL !!

on 20 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

WOo !! Bunyi tajuk entri yang sangat pelik. Seorang lelaki dari Selatan India yang bekerja sebagai seorang petani telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan seekor anjing betina kerana ingin menebus dosanya yang lalu. 15 tahun yang lalu, pemuda tersebut pernah merejam 2 ekor anjing sehingga mati dan menggantungnya di sebuah pokok.




Kesian anjing tu !! haha 


Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved