Tampilkan postingan dengan label islam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label islam. Tampilkan semua postingan

PERMOHONAN KEMASUKAN UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR

on 22 Februari 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN UNIVERSISTI AL-AZHAR MESIR DALAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM DAN PERUBATAN SESI AKADEMIK 2012/2013

Assalamualaikum & salam sejahtera

MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI AL-AZHAR

SYARAT PERMOHONAN DAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR BAGI PENGAJIAN ISLAM SESI AKADEMIK 2012/2013
1.         Memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang kurangnya pangkat MAQBUL. Pemohon yang tidak mempunyai sijil (STAM) TIDAK LAYAK untuk memohon ke Universiti Al-Azhar.
 
PERHATIAN:
Sijil Tinggi Agama Islam (STAM) yang diterima hanya untuk tahun 2010 & 2011 sahaja. Bagi sijil (STAM) yang lewat tempoh tersebut akan dikenakan bayaran denda sebanyak LE50.00 bagi setiap tahun yang lewat.
(*Bayaran denda lewat adalah ditanggung sendiri oleh pelajar)
2.         Adalah dimaklumkan pelajar yang memohon untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam/Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar bagi sesi 2012/2013, perlu menduduki peperiksaan kelayakan (Imtihan Qabul). Peperiksaan  kelayakan tersebut    adalah bertujuan untuk memastikan tahap penguasaan Bahasa Arab pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar adalah cemerlang.
3.         Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Mesir perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
4.         Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti Al-Azhar.
5.         Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Mesir akan dikeluarkan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web jpt.mohe.gov.my.
 
6.         Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.


SYARAT PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN UNIVERSITI DI MESIR SESI AKADEMIK 2012/2013


1.            Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4(SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2011)dalam;

(Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah).
2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Mesir perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Mesir.
4. Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Mesir akan dikeluarkan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web jpt.mohe.gov.my

5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.
 


Wassalam~


Derma [LIKE] Anda!

TWITTER TENGKU SOPHIA HINA ISLAM

on 15 Februari 2012

TWITTER TENGKU SOPHIA HINA ISLAM KATA BUNYI AZAN MAGHRIB GANGGU TIDUR

Assalamualaikum & salam sejahtera

TengkuSophia
Tidak habis-habis ada sahaja pihak yang ingin mengutuk agama Islam. Kali ini seorang perempuan dalam twitternya mengutuk bunyi azan yang berkumandang sewaktu masa solat maghrib tiba. Melalui laman wtitternya, perempuan tersebut mengatakan:


Melalui apa yang dipost oleh TengkuSophia dalam twitternya, jelas menunjukkan dia mengutuk hamba Allah yang melaungkan azan tersebut. Secara tidak langsung, TengkuSophia mengutuk azan dan agama Islam. Manusia apakah seperti dia ini? Suara azan disamakan dengan babi? Lepas tu kata azan tu sial pula? Suka hati dia saja nak kutuk azan tu. Sudah la tidur di waktu magrib. Tidak mengapa, itu urusan dia dengan Allah SWT. Dia akan dapat bahagian dia nanti.  

Sebelum ini ada banyak lagi kutukan-kutukan dari perempuan tersebut dalam twitternya. Cuba tengok screenshot di bawah ini.


Dan ini:


Jika dilihat pada bahasanya, TengkuSophia ini sebenarnya orang Indonesia. Selain kutuk pasal Islam, dia juga pernah mengutuk Malaysia. Tidak mengapa, kita tak payah susah-susah kutuk dia. Biar dia sendiri jawab di depan Allah nanti. Nanum, ada juga yang mengatakan akaun twitternya telah dihack oleh orang lain dan mengeluarkan post seperti ini. Jika benar perkara itu, harap hacker tersebut segera bertaubat. Walaupun bukan TengkuSophia yang buat, namun ianya tetap kutukan terhadap Islam.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


VIDEO KLIP TERBARU HAFIZ HAMIDUN - ASTAGFIRULLAH [OFFICIAL]

on 26 Januari 2012

VIDEO KLIP TERBARU HAFIZ HAMIDUN - ASTAGFIRULLAH [OFFICIAL] | ALBUM ZIKIR TERAPI DIRI | PRODUCED BY ARTEFFECTS INTERNATIONAL

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hafiz Hamidun - Astagfirullah | VIDEO 2012

Setelah Album baru Hafiz Hamidun berjaya dikeluarkan dan sedang berada di pasaran, kini penyanyi Hafiz Hamidun telah berjaya menghasilkan video klip terbaru untuk lagu Astagfirullah dalam album barunya, Zikir Terapi Diri. Sebelum ini video klip lagu Lailaha Illallah dari album yang sama juga telah dihasilkan. Tahniah kepada Hafiz Hamidun. Moga beliau terus berjaya dalam karier seninya. InsyaAllah~


VIDEO KLIP LAGU ASTAGFIRULLAH - HAFIZ HAMIDUN








VIDEO KLIP LAGU LAILAHA ILLALLAH - HAFIZ HAMIDUN
















 
Derma [LIKE] Anda!


USTAZ HARON DIN MIMPI BERTEMU NABI | VIDEO

KISAH BENAR USTAZ HARON DIN BERTEMU NABI | VIDEO CERAMAH USTAZ HARON DIN

Assalamualaikum & salam sejahtera
Ustaz Haron Din

Kisah yang diceritakan sendiri oleh Ustaz Haron Din semasa bertemu Nabi dalam mimpinya. Satu penceritaan dan kisah mimpi yang sangat menyentuh hati sekalian pendengar dan penontonnya. Sama-sama kita hayatinya. Sollu A'la Nabiy. Ayuh Sayangi Rasulullah SAW.






Pandangan Ustaz Azhar Idrus tentang mimpi bertemu Nabi.











 
Derma [LIKE] Anda!


KONDOM HARAM DIPAKAI | AWAS !!

on 20 Januari 2012

KONDOM HARAM DIPAKAI! AWAS..

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sebelum anda baca lebih lanjut, cuba tengok IKLAN KONDOM ini atau IKLAN INI.

Apa hukumnya memakai kondom?

Apa pendapat anda? Sebenarnya apa tujuan kondom ini dihasilkan? Sudah tentu untuk mengelakkan wanita dari mengandung bukan? Nak tahu lebih lanjut, jom tengok video di bawah ini.





Kuliah Ustaz Azhar Idrus


Kesimpulannya, hukum pemakaian kondom boleh jatuh haram sekiranya niat si pemakai itu salah, seperti apa yang dikatakan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam video di atas.


P/s: Maaf. Ini bukan entri lucah.. ^^

Wassalam~





 
Derma [LIKE] Anda!


Haram Menggunakan Laman Facebook | Ulama Iran

on 09 Januari 2012

Haram Menggunakan Laman Facebook | Ulama Iran

Assalamualaikum & salam sejahtera

Facebook haram

Seorang ulama Iran menetapkan web media rangkaian sosial popular di seluruh dunia, Facebook bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral.

Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani

Ulama kanan itu, Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani memberi pandangannya mengenai Facebook dan keahlian warga negaranya dalam web berkenaan ketika sesi soal jawab dengan agensi berita ISNA, semalam.

“Pada asasnya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan Islam dan tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram. “Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada masalah,” katanya.

Di Iran, biasa bagi ulama kanannya ditanya mengenai dasar isu sosial sama ada ia sejajar dengan nilai Islam. Jawapan mereka akan dianggap sebagai satu peraturan.

Meskipun kerajaan mengenakan banyak sekatan terhadap internet, seramai 17 juta penduduk Iran ahli Facebook, lapor perangkaan rasmi pada 17 Oktober lalu.

Oleh kerana Facebook popular di kalangan generasi muda, pemerhati percaya bilangan penduduk Islam yang mempunyai akaun Facebook lebih tinggi daripada angka itu.

Iran mempunyai 70 juta penduduk, 60 peratus daripada mereka berusia di bawah 30 tahun.

Lebih lima juta laman web dikenakan sekatan di Iran tetapi warga negara itu masih mendapatkan akses menggunakan perisian proksi dan rangkaian persendirian maya (VPN). 

Wassalam~
Sumber: Bharian

Dakwah Moden Guna Pengaruh K-POP?

on 25 Desember 2011

Dakwah dengan cara bernasyid ala ala K-POP.

Assalamualaikum & salam sejahtera


Percaya atau tidak dah ada kumpulan nasyid yang berkonsepkan K-POP? Pakai songkok, kopiah, baju melayu dans sebagainya. tapi bahasa macam pelik sikit, mungkin jawa kot. jom layan!!





Wassalam~

Lagi Kes MURTAD!!!..

on 03 Mei 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Cuba baca petikan akhbar di bawah:

Klik untuk besarkan saiz gambar

Klik SINI untuk paparan lebih jelas.

MURTAD, satu perkataan yang amat ditakuti oleh umat Islam yang beriman. Dosanya amat berat dan jika mati dalam keadaan kafir, neraka la tempat kekalnya di akhirat kelak. Dalam firman Alllah yang bermaksud:

...dan barangsiapa di antara kamu murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati dalam keadaan kafir, maka mereka itu rosakklah amalan (yang baik) mereka di dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya ( selamanya).

(Surah Al-baqarah: 217)


Berbalik kepada keratan akhbar di atas seorang pelajar dari salah satu IPTA di Malaysia telah murtad masuk ke agama kristian tetapi kemudiannya insaf. Mengikut hukum Islam orang yang murtad hukumannya bunuh. Ini berdasarkan hadits shahih:

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يحل دم امرئ مسلم يشهد أن لا إله إلا الله وأني 
رسول الله إلا بإحدى ثلاث: الثيب الزاني, والنفس بالنفس, والتارك لدينه المفارق للجماعة

Dari Ibnu Mas’ud ra berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak halal darah seorang muslim yang bersyahadat bahwa tidak ada tuhan selain Allah dan bahwa Aku adalah utusan Allah, kecuali dengan salah satu dari tiga hal: [1] Seorang yang telah menikah namun berzina, [2] Membunuh nyawa dengan tidak hak dan [3] Orang yang meninggalkan agamanya (Islam) serta meninggalkan jamaah. (HR. Bukhari Muslim)

Namun sekiranya seseorang itu murtad setalah itu insaf maka hukuman tersebut tidak dikira. Firman Allah yang bermaksud:

Kemudian jika merka bertaubat dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-Taubah 9:05)

Syukurlah, pelajar tersebut sempat bertaubat. Kita Doakan dia selamat dunia akhirat. Kalau tidak peritlah seksa di akhirat kelak. Sama-sama lah kita menjaga agama kita dan sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhi dari MURTAD!!.. InsyaAllahh.

Nak Tahu lebih lanjut, klik SINI.


Klik sini kalau SUKA..^^y


Wassalam~

PentingKah Kita Bersolat?

on 05 April 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
kali ini saya nak berkongsi dengan para pembaca mengenai satu artikel menarik yang lebih berbentuk keagamaan mengenai kepentingan solat dalam kehidupan seharian kita. Seperti yang kita tahu solat adalah amalan yang pertama sekali akan dihitung di akhirat kelak. Sekiranya ibadah solat kita tidak sempurna maka segala amalan kebajikan kita di dunia akan sia-sia. Begitulah pentingnya solat yang sangat dititikberatkan untuk kita laksanakan. Artikel di bawah ini saya peroleh dari syok.org yang telah dikongsikan oleh saudara are chik. Artikel ini sangat menarik dan insyaAllah dapat menambahkan tahap keinsafan dalam diri kita.
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu@ isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah
solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni.. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra ' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".
Maknanya,
"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu"

Jadi,
sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.
Wassalam~
Sumber: 



Kite Bako!... Kite BaKO!!

on 03 April 2011

Assalamualaikum dan salam blogger.
Gambar perhiasan

Sebenarnya saya baru je ronda-ronda kat blog lain tadi. Pastu masuk la kat syok.org. Mesti korang pun kenal blog ni kan sebab website ni memang terkenal. Banyak benda boleh download kat dalam tu. Masa ronda tu terjumpa la ada post tu cerita pasal sorang pengguna facebook dari indon ni. Kutuk-kutuk pasal Islam. Dia boleh kata pula orng Islam rukuk sebab senang nak kentut. Macam-macam la yang dia ckp tu... korang tengok la sendiri kat bawah ni.

Klik untuk besarkan Saiz gambar
Ni facebook dia: http://www.facebook.com/profile.php?id=100002227536150 (dah kena remove kot facebook dia tu)

So, apa perasaan korang lepas tengok gambar kat atas tu. Geram tak? Tak apa lah kita doakan moga Allah tunjukkan kekuasaan-Nya terhadap si dia tu supaya dia bertaubat selagi masih sempat. InsyaAllah.

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved