PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI JORDAN SESI AKADEMIK 2012/2013 UNTUK PELAJAR MALAYSIA
Assalamualaikum & salam sejahtera
MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSISTI JORDAN |
SYARAT PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN UNIVERSITI DI JORDAN SESI AKADEMIK 2012/2013
1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti
Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan
minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti
berikut:
i. Perubatan dan Pergigian
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan atau pergigian
di universiti Jordan hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang
telah ditetapkan iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan
memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi
keseluruhan mata pelajaran SPM termasuk lima (5) mata pelajaran sains
(Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan) ATAU
Memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM
ii. Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kepujian
bagi semua mata pelajaran ( khusus mata pelajaran Bahasa Arab )
berkaitan bagi semua bidang pengajian di peringkat SPM.
2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Jordan
perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang akan
dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Jordan.
4. Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti
di Jordan akan dikeluarkan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web jpt.mohe.gov.my
5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi
Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.
Wassalam~