Tampilkan postingan dengan label pelakon. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pelakon. Tampilkan semua postingan

Yana Samsudin Terpijak Muka Pelakon

on 01 September 2012


Terlalu menjiwai watak Manja dalam drama bersiri, ‘Bini-Bini Perkasa’, pelakon Yana Samsudin telah mencederakan dua orang pelagak aksi ngeri atau stuntman ketika menjalani penggambaran drama tersebut baru-baru ini.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh Yana ketika ditemui pada Majlis Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon ‘Bini-Bini Perkasa’, di Sri Pentas Bandar Utama, baru-baru ini.

“Dalam drama adaptasi dari filem ‘Bini-Biniku Gangster’ ini, babak berlawan lebih banyak berbanding dari filem di mana terdapat lebih kurang 26 babak gaduh dan berlawan yang perlu saya lakukan. Tidak dinafikan, babak dalam drama ini lebih berat apatah lagi ia dilakukan pada bulan puasa.

“Sewaktu penggambaran, saya juga telah mencederakan dua orang stuntman di mana seorang saya terpijak mukanya manakala lagi seorang saya tertumbuk di kepalanya,” ujar Yana menceritakan pengalaman yang membuatkannya lebih berhati-hati selepas itu.
Derma [LIKE] Anda!

Berkongsi mengenai pengalamannya berlakon di samping Fezrul Khan, Yana memberitahu, “Ada beza berlakon dengan Fezrul kali ini kerana sebelum ini saya dah biasa dengan dia untuk watak serius. Saya suka dia punya komedi di mana komedinya lebih lain dari Sam dalam filem.”

Selain Yana dan Fezrul, pelakon lain yang bakal membintangi drama bersiri ‘Bini-Bini Perkasa’ ini ialah Intan Ladyana, Fadzil Zahari, Nizam Zaidi, Alex Yanz, Epy, Along Ezendy, Zul Suphian, Ruzaidi Abd Rahman, Zaidi Omar dan Afira Liyana. 

Drama terbitan MIG Production ini bakal disiarkan bermula 3 September 2012,  setiap hari Isnin jam 9.00 malam menerusi slot Aksi TV3. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Ismail Bob Hashim. Bagi yang terlepas menonton drama ini boleh melayari laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan layari Facebook serta Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

GAMBAR KONTROVERSI HARITH ISKANDAR DAN ISTERI | TAYANG PERUT DI TWITTER

on 03 Februari 2012

GAMBAR KONTROVERSI HARITH ISKANDER DAN ISTERI | TAYANG PERUT DI TWITTER

Assalamualaikum & salam sejahtera

"My wife is 8 months on, and my tummy is STILL bigger!"

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.

"Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.


Sudah dapat restu keluarga
Sementara itu, pelawak yang bakal muncul dengan persembahan 'stand-up comedy' di Istana Budaya selama enam hari bermula Sabtu ini berkata, dia bersyukur kerana ibu dan bapa Jezamine yang sebelum ini tidak merestui perkahwinan sudah terbuka hati untuk menerimanya.

"Alhamdulillah, sudah setahun kami berdamai. Lagipun, sebelum ini saya tetap menganggap keluarga isteri macam keluarga sendiri.

"Saya faham perasaan mereka sebagai ibu bapa yang pastinya resah dan risau andai kata anak perempuan mereka tersalah pilih jodoh. Bagaimanapun, saya percaya, kehadiran cahaya mata kami nanti akan lebih mengeratkan lagi keakraban kami," ujarnya.

Harith telah mendirikan rumah tangga dengan Jezamine yang juga seorang doktor perubatan pada Julai 2010.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


HANTU KAK LIMAH KENA SAMUN | DALIMAWATI ISMAIL

on 01 Februari 2012

HANTU KAK LIMAH KENA SAMUN | DALIMAWATI ISMAIL | HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kak Limah Kena Samun

KUALA LUMPUR: Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin.


MENARIK HARI INI:



VIDEO TEMUBUAL BERSAMA DALIMAWATI @ KAK LIMAH

Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.

Menurutnya, sebaik berhenti di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil yang bertukar merah, tiba-tiba dia terdengar dentuman pada bahagian kiri keretanya.

“Pada mulanya saya sangka kereta saya dilanggar. Pada masa sama, saya melihat dua lelaki bermotosikal memecut meninggalkan kawasan itu dan seorang daripada mereka memegang beg tangan saya.


“Kemudian, lengan kiri saya terasa pedih dan mendapati ia berdarah akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan. Ketika itu baru saya sedar menjadi mangsa samun,” katanya.

Wassalam~


MENARIK HARI INI:



 
Derma [LIKE] Anda!


FAEZAH ELAI TOLAK WATAK LAKONAN AKSI RANJANG

on 27 Januari 2012

FAEZAH ELAI TOLAK BERLAKON AKSI RANJANG TAU BERKEMBAN | ARTIS MALAYSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

FAEZAH ELAI MANIS BERTUDUNG

Aktres Faezah Elai,30, tidak akan menerima mana-mana tawaran berlakon sekiranya watak yang diberi berkehendakkan dia melakukan aksi ranjang ataupun berkemban.

Faezah berkata, suaminya yang juga pengarah drama Heykal Hanafiah,39, melarang dia berbuat demikian atas kedudukannya sebagai wanita yang sudah berumah tangga.

“Suami saya ada bagi nasihat yang dia tidak mahu saya memegang mana-mana watak yang agak melampau seperti berkemban ataupun aksi-aksi di atas katil.


MENARIK HARI INI:

“Katanya, sebagai wanita yang sudah berkahwin, watak seperti itu tidak sesuai. Takut nanti saudara mara dan sesiapa sahaja akan memberi persepsi negatif,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Menurut Faezah, selain menghormati permintaan suami, hatinya sendiri tidak pernah terbuka untuk melakonkan watak itu kerana memahami kedudukannya yang sudah berumah tangga.

Sebelum ini pun jelasnya, dia tidak pernah menerima watak-watak sedemikian dan memilih untuk mengekalkan prinsip tersebut selepas berkahwin.

“Kalau nak ikutkan, sejak dulu pun saya tak pernah ambil watak yang melampaui batas. Apatah lagi selepas menjadi isteri orang.

"Saya tak nafikan suami saya akan menilai skrip terlebih dahulu sebelum membenarkan saya menerima mana-mana tawaran agar watak yang diberikan itu bersesuaian dengan status saya,” ujarnya.

Ditanya mengenai cahaya mata selepas kira-kira empat bulan mendirikan rumah tangga, Faezah berkata buat masa ini mereka belum dikurniakan rezeki walaupun sudah beberapa kali mendapatkan nasihat daripada doktor.

Bagaimanapun perkara itu tidak memberi apa-apa tekanan kepadanya kerana dia percaya terhadap rezeki daripada Allah.

“Saya tahu, orang yang berkahwin memang memerlukan anak. Tapi kalau masih belum ada, ia bukan masalah sangat. Kita tunggulah dalam masa setahun ni. Kalau tak ada rezeki juga, mungkin saya akan dapatkan rawatan dengan lebih serius,” jelasnya.

Mengenai aktiviti selepas kahwin, Faezah banyak menerima tawaran berlakon termasuklah untuk telefilem terbaru berjudul “Bukan Hanya Sedetik” terbitan Global Station Sdn Bhd dengan memegang watak utama.

Dalam drama itu dia bergandingan bersama Aqasha dalam sebuah kisah kekeluargaan.
Sementara itu jelas Faezah, dia mulai risau dengan berat badannya yang bertambah sebanyak lima kilogram berbanding 45 kilogram sebelum ini.

Atas sebab itu dia berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan hanya mengambil nasi sekali sehari.

“Saya risau badan saya naik. Bukannya apa, di televisyen, nanti kita akan nampak besar. Sebab itulah saya kena pastikan badan saya normal macam dulu,” katanya.
Wassalam~







 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: mStar

WAWA ZAINAL KINI FOKUS LAKONAN SETELAH TAMAT BERSEKOLAH

WAWA ZAINAL KINI FOKUS LAKONAN SETELAH TAMAT BERSEKOLAH | GADIS SABAH

Assalamualaikum & salam sejahtera

WAWA ZAINAL PELAKON MUDA BERBAKAT

Mungkin ramai tidak begitu mengenali Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin. Berasal dari Lahad Datu Sabah, gadis berusia 21 tahun ini merupakan artis naungan syarikat Metrowealth (MIG) bersama-sama pelakon bernama besar seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Intan Ladyana, Kamal Adli dan ramai lagi.


MENARIK HARI INI:
  • VIDEO MESTI TONTON. FLASHMOB TERBAIK !

Selepas berkecimpung dalam bidang lakonan selama lima tahun, namanya kian meniti di bibir ramai. Menurut Wawa, aktiviti lakonannya sebelum ini agak terbatas dek kerana jadual sekolah yang padat. Malah bersekolah di Sabah membuatkan gadis ini terpaksa mengambil keputusan untuk 'merehatkan' diri daripada bidang lakonan.

"Saya banyak menerima tawaran berlakon sebelum ini. Cuma terpaksa ditolak dengan cara baik kerana masih bersekolah. Selepas tamat pengajian, saya kembali fokus kepada bidang yang sememangnya saya minati sejak dulu lagi," ujar Wawa ketika ditemui di majlis kesyukuran dan sambutan Tahun Baru Cina MIG baru-baru ini.

Wawa sebelum ini pernah membintangi drama dan telefilem tempatan seperti "Ana Lulu" yang digandingkan bersama Nora Danish. Terbaru, Wawa sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya arahan Azhari Zain iaitu "Hantu Dalam Botol Kicap".

"Selepas ini insyaAllah saya akan muncul dalam beberapa buah filem terbaru terbitan MIG," tambahnya lagi yang turut berterima kasih dengan sokongan ibu bapat serta MIG yang memberinya peluang sehingga dikenali umum.

"Hantu Dalam Botol Kicap" telah menggandingkannya bersama Angah Raja Lawak, Mon Ryanti, Mikael Andre dan Zalif Sidek. Ia mengisahkan tiga orang adik-beradik yang terpaksa tinggal di kampung dan dijaga oleh nenek mereka kerana ibu bapa mereka harus menyelesaikan sesuatu yang penting. Ketika mereka di kampung tersebut, pelbagai kejadian pelik telah berlaku.

"Hantu Dalam Botol Kicap" akan menemui peminat pada 9 Februari 2012.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


TEMUBUAL BERSAMA EBI KORNELIS UNTUK FILEM GERIMIS MENGUNDANG

TEMUBUAL BERSAMA EBI KORNELIS UNTUK FILEM GERIMIS MENGUNDANG ARAHAN AHMAD IDHAM

Assalamualaikum & salam sejahtera

EBI KORNELIS BERLAKON FILEM ARAHAN AHMAD IDHAM

Firdaus bin Yamal atau lebih dikenali dengan nama Ebi Kornelis tidak pernah menghilangkan diri daripada dunia seni tahan air. Walaupun kariernya dalam bidang nyanyian dilihat agak mendatar, bekas naib juara program televisyen realiti "Akademi Fantasia" musim kelima ini tidak gentar untuk beralih kepada bidang lakonan pula.


MENARIK HARI INI:
  • VIDEO MESTI TONTON. FLASHMOB TERBAIK !


Ikuti temubual bersama jejaka berusia 30 tahun yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini.


Hai Ebi! Apa khabar? Boleh ceritakan watak anda dalam filem arahan Ahmad Idham, "Gerimis Mengundang" ini?
Hai! Saya sihat, terima kasih. Dalam filem "Gerimis Mengundang", saya hanya memegang watak kecil dan mempunyai satu babak sahaja. Saya memegang watak sebagai orang yang bergaduh dengan pelakon utamanya.


Kalau tak salah, "Gerimis Mengundang" merupakan filem kedua anda?
Ya, ia merupakan filem kedua saya. Sebelum ini, saya pernah membintangi filem arahan Bjarne Wong, "Sayang You Can Dance".

Ini adalah kali pertama anda bekerjasama dengan pengarah prolifik Ahmad Idham. Bagaimanakah bekerja dengannya?
Sangat teruja! Ini merupakan pertama kali saya bekerja di bawah arahannya. Walaupun saya hanya mempunyai satu sahaja babak dalam filem ini, namun banyak tunjuk ajar yang telah diberikan olehnya. Saya melihat beliau sebagai seorang yang sangat mudah dan cepat membuat kerja.



Boleh berkongsi perkembangan terbaru anda?
Pada tahun 2012, saya akan terlibat dengan dua buah filem yang merupakan arahan Bjarne Wong. Kedua-duanya adalah genre yang berbeza iaitu seram dan gangster atau aksi. Filem ini dijangka memulakan penggambaran sekitar Februari dan Mac. Saya juga sudah menamatkan penggambaran filem muzikal "Leftwings" yang diarahkan oleh Faisal Chal Ahmad. Ia mengisahkan empat anak muda yang ingin membina karier dalam bidang nyanyian dan menjadikan kumpulan rock terkenal, Wings sebagai idola mereka.


Sudah lama anda tidak muncul dengan lagu baru. Mengapa? Adakah kurang mendapat sambutan?
Tidak, bukan kerana itu. Saya ada membuat runut bunyi untuk drama dan terbaru adalah untuk Yusof Kelana. Alhamdulillah lagu tersebut telah diterima dan saya akan jadikan lagu tersebut sebagai single terbaru saya nanti.



Di antara bidang nyanyian dan lakonan, yang manakah menjadi pilihan anda atau paling anda gemari?
Terus-terang, saya sukakan kedua-duanya. Malah saya lebih suka sekiranya diri saya digelar sebagai seorang penghibur dan bukannya dilabel salah satu daripadanya.


Apakah harapan anda untuk filem "Gerimis Mengundang"?
Sudah tentu saya mengharapkan filem ini akan berjaya dan mendapat sambutan serta perhatian ramai.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan selamat berjaya!
Sama-sama.
Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


PELAKON TERKENAL LIAM NEESON INGIN MEMELUK ISLAM

on 26 Januari 2012

PELAKON FILEM TERKENAL LIAM NEESON INGIN MEMELUK ISLAM SELEPAS SELESAI MENDENGAR AZAN SEMASA PENGGAMBARAN FILEM DI ISTANBUL, TURKI

Assalamualaikum & salam sejahtera

Liam Neeson Memeluk Islam Selapas Dengar Azan?

Bintang filem terkenal, Liam Neeson sedang mempertimbangkan dan berfikir masak-masak untuk meninggalkan kepercayaannya terhadap Katolik dan memeluk Islam selepas menjalani penggambaran di bandar Istanbul.

Dipetik daripada The Sun, Liam mengakui azan apabila tiba waktu solat telah berjaya menarik perhatiannya sepanjang berada di sana.

"Azan untuk bersembahyang dilakukan sebanyak lima kali sehari dan pada minggu pertama, ia membuatkan saya tidak tahan. Walaubagaimanapun selepas itu ia mula menarik perhatian jiwa dan diri saya. Ia adalah satu perkara yang sangat indah.


MENARIK HARI INI:
  • VIDEO MESTI TONTON. FLASHMOB TERBAIK !


"Di sana mempunyai lebih kurang 4,000 masjid. Kebanyakannya sangat cantik dan ia membuatkan saya ingin menjadi seorang beragama Islam."
Liam yang dibesarkan di Ireland Utara sebagai seorang penganut Katolik telah dinamakan sempena nama seorang paderi tempatan di sana.

Walaupun dibesarkan dengan kepercayaan Katolik, Liam yang pernah kehilangan isteri tercinta, Natasha Richardson akibat kemalangan ski pada 2009 telah mempersoalkan kehidupannya di bumi ini.

"Untuk apa kita hidup di dunia ini tanpa sebarang arah tujuan? Kini saya seringkali membaca buku tentang Tuhan supaya lebih memahaminya."

Aktor berusia 59 tahun ini pernah dikritik pada tahun 2010 selepas mendakwa bahawa watak singa Aslan dalam filem francais terkenal "The Chronicle Of Narnia" yang menggunakan suaranya itu bukanlah berdasarkan Kristian seperti yang didakwa oleh penulis novel C.S Lewis, sebaliknya ia adalah pemimpin rohani termasuklah Nabi Muhammad.

Liam akan muncul dengan filem terbarunya berjudul "The Grey" yang akan ditayangkan di Malaysia pada 2 Februari 2012.

Wassalam~



MENARIK HARI INI:




 
Derma [LIKE] Anda!


GOSIP DAN STRESS | APA KAITANNYA?

on 19 Januari 2012

GOSIP BOLEH HILANGKAN STRESS | JAWAPAN MELALUI KAJIAN PENGKAJI BARAT, ROBB WILLER

Assalamualaikum & salam sejahtera

Gosip hilangkan stress?

Siapa sangka rupanya ada juga pengkaji barat yang terfikir untuk melakukan kajian tentang gosip. Dalam kajian itu mereka mengatakan perbuatan gosip ada kebaikkannya terutama dalam mengurangkan stress. Jom baca artikel di bawah ini yang menerangkan tentang hasil kajian mereka.

Walaupun gosip bukanlah perbuatan yang baik, namun ada yang merasakan gosip adalah perkara yang menyeronokkan. Malah, dalam kajian terbaru menyebut bergosip boleh mengurangkan stress dan mencegah orang lain dipermainkan.

Itu merupakan kesimpulan para pengkaji dari Universiti California, Berkeley, yang melakukan empat kajian yang sampelnya terdiri dari ribuan peserta.

"Gosip memang ada kesan buruknya, tetapi kami menemukan bukti bahawa bergosip berperanan penting dalam menjaga fungsi sosial," kata salah satu pengkaji, psikolog sosial Robb Willer.

Willer menyatakan bergosip boleh menjadi satu terapeutik. Ketika para peserta kajian melihat orang lain melakukan perbuatan buruk, denyut jantung mereka meningkat. Tetapi peningkatan itu hanya dalam skala sederhana jika mereka menceritakan pada orang lain apa yang mereka lihat.

"Menyebarkan informasi tentang orang lain yang mereka lihat melakukan perbuatan tidak baik ternyata membuat seseorang merasa lebih baik, serta mengurangkan rasa tidak senang yang mendorong mereka bergosip," kata Willer.

Bukan itu saja, para pengkaji juga menemui bahawa peserta kajian  juga rela mengeluarkan upaya ekstra untuk memberitahu orang lain siapa yang berlaku curang dalam sebuah simulasi permainan ekonomi. Dalam hal ini bergosip bererti mencegah orang lain dirugikan oleh orang yang curang tadi.

"Kita tidak perlu merasa bersalah jika gosip yang kita sampaikan bertujuan untuk mencegah orang lain dipermainkan," kata Matthew Feinerg, ketua pengkaji.

Kajian tentang kebiasaan bergosip pada tahun 2009 menemukan, sekitar 80 peratus isi pembicaraan kita adalah gosip. Dalam kajian yang melibatkan 300 orang itu juga ditemukan bahawa sekitar 5 peratus gosip bersifat berbahaya. - Kompas


Melalui artikel di atas, apa pandangan anda? Benarkah gosip ini dapat kurangkan stress? Sesuaikah cara ini digunakan untuk mengatasi masalah stress? Dalam Islam dinyatakan "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara". Walaupun tujuan mereka bergosip untuk hilangkan stress tetapi cara yang mereka gunakan itu salah dan banyak kesan buruknya. Gosip boleh dikatakan mengumpat jika cerita yang disebarkan itu betul tetapi fitnah jika cerita yang disebarkan tidak benar. Nak tau lebih lanjut tentang gosip? Baca sini.


 
P/s:  Entri untuk renungan kita bersama. huhu


Wassalam~




 
Derma [LIKE] Anda!


CINTA KURA KURA SELIT ELEMEN 3D | FILEM TERBITAN KRU STUDIOS

on 18 Januari 2012

FILEM CINTA KURA KURA SELIT ELEMENT 3D | KRU STUDIOS PERKENAL TEKNOLOGI 3 DIMENSI DALAM FILEM TERBITAN TERBARUNYA | FILEM ARAHAN NIZAM ZAKARIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

CINTA KURA KURA VERSI 3D

KRU Studios meneruskan tradisi untuk memberikan kelainan kepada industri perfileman apabila menyelitkan elemen tiga dimensi (3D) dalam filem fantasi romantik komedi terbaru, "Cinta Kura-Kura".

Diterajui oleh Tiz Zaqyah dan Aeril Zafrel, filem ini merupakan filem pertama arahan Nizam Zakaria.

Menurut Eksekutif Presiden KRU Studios merangkap Penerbit Eksekutif filem ini, Norman Abdul Halim memberitahu pihak mereka sentiasa mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baru tidak kira bidang seperti penulisan skrip, pengarahan, lakonan dan juga nyanyian.

"Walaupun Nizam pernah mengarah beberapa program televisyen, bakatnya lebih menyerlah untuk filem bercorak seperti "Cinta Kura-Kura" dan kami yakin penonton akan terhibur dengan filem ini."

Malah Nizam turut terharu dengan kepercayaan dan pelaburan yang diberikan oleh pihak KRU Studios untuk filem pertamanya ini.

"Saya ingin berterima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengarah filem unik sebegini yang saya pasti akan menyumbangkan kepada kepelbagaian genre dalam industri perfileman tempatan."

Filem kesepuluh terbitan KRU Studios ini juga buat julung kalinya menampilkan teknologi penjanaan imej berkomputer (CGI) untuk animasi karakter bagi watak Nico (lakonan Zizan Raja Lawak), Mira (Fara Fauzana) dan Atuk (Shy8).

"Cinta Kura-Kura" mengisahkan tentang seorang gadis ceria bernama Nani lakonan Tiz Zaqyah bersama binatang peliharaannya iaitu kura-kura bernama Nico. Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin (Bob AF). Jiran Nani, Adam lakonan Airel Zafrel telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Walaubagaimanapun Nico mempunyai calon pilihannya sendiri sebagai teman hidup Nani iaitu Fazli (lakonan Fizz Fairuz), seorang pemilik kedai binatang peliharaan yang mempunyai agendanya tersendiri.



Trailer Filem CINTA KURA KURA 3D







SINOPSIS PENUH FILEM CINTA KURA KURA 3D:

Filem ni mengisahkan Nani seorang gadis ceria (lakonan Tizz), dia berusia 21 tahun, Nani ada seekor binatang peliharaan bernama Nico seeokr kura kura yang species nya terancam. Nico ni pulak ada kelebihan buleh bercakap dgn manusia..heheh!! pulak dah.. Nani ni baru pindah le umah abang dia dan berjiran le pulak dengan Adam (lakonan Aeril Zafril) .
Adam ni jatuh cinta le dengan Nani sejak kali pertama memandang..kes cinta pandang pertama le ni..malangnya Nico kura kura kesayangan Nani tak suka di Adam. Nico merancang mensabotaj hubungan Nani dan Adam dari menjadi rapat. Zizan raja lawak la jadi suara si Nico.
Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.



Wassalam~






 
Derma [LIKE] Anda!


RUMAH WARDINA SAFIYYAH SEKELUARGA DIMASUKI PEROMPAK

on 12 Januari 2012

RUMAH WARDINA SAFIYYAH SEKELUARGA DIMASUKI PEROMPAK | SUAMI CEDERA DIPUKUL

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kediaman Wardina Safiyyah Sekeluarga Dirompak

Baru sahaja tadi mendapat khabar melalui blogger-blogger lain dan facebook Sham Kamikaze bahawa rumah pelakon dan pengacara terkenal Malaysia, Wardina Safiyyah dimasuki perompak yang bertopeng dan bersenjata parang dan tongkat. Perompak melarikan 5 buah laptop dan beg tangan milik Wardina Safiyyah kata Syam Kamikaze melalui facebooknya. Kejadian yang menyedihkan itu berlaku awal pagi tadi. Suami Wardina Safiyyah, Ikhwan cedera akibat dipukul perompak tersebut.

Sama-sama kita doakan keselematan Wardina Safiyyah sekeluarga dan cepat sembuh dari kecederaan serta tabah menerima dugaan ini. InsyaAllah~

Post Syam Kamikaze dalam facebooknya:
Takziah buat Wardina Safiyyah sekeluarga yang baru ditimpa musibah pagi tadi, rumahnya dirompak. 5 laptop dicuri, handbagnya juga. Dia dan anak2 ok tapi masih dalam trauma. Suami dipukul. Inna lillah wa inna ilaihi raji'un. Doakan kesejahteraan beliau dan keluarga, sahabatku semua.


Berikut merupakan screenshoot yang diambil dari page twitter Wardina Safiyyah:




Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved