Tampilkan postingan dengan label sah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sah. Tampilkan semua postingan

YUNA Kecewa Anugerah Lagu Terbaik AIM18 Sah Ditarik Balik

on 24 November 2011

YUNA Kecewa Anugerah Lagu Terbaik AIM18 Sah Ditarik Balik

Assalamualaikum & salam sejahtera


Yuna, penyanyi dan komposer muda berbakat besar meluahkan rasa terkilan dan kecewanya terhadap tindakan penganjur AIM18 kerana menarik balik anugerah yang telah dimilikinya. Walaupun begitu beliau akur dan meminta agar pihak penganjur segera membuat sidang akhbar bagi menjelaskan bagaimana perkara tersebut terjadi. 
Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan - Yuna

Namun begitu, Yuna tidak bercadang untuk membuat sebarang tindakan undang-undang terhadap pihak penganjur iaitu Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Semasa menerima anugerah lagu terbaik AIM18 yang lepas, Yuna sudah merasakan ada perkara yang tidak kena dengan anugerah yang diperolehnya kerana syarat anugerah lagu utama perlulah diberikan kepada lagu yang menang dalam setiap kategory lagu yang dipertandingkan. 
Saya akur dengan setiap syarat diberikan, tetapi apabila kemenangan ditarik balik sudah tentu timbul kekeliruan. Bukan saja kepada saya, tetapi seluruh penggiat industri muzik tempatan - Yuna

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved