PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI MOROCCO SESI AKADEMIK 2012/2013 UNTUK PELAJAR MALAYSIA LEPASAN SPM TAHUN 2011
Assalamualaikum & salam sejahtera
UNIVERSITI MOROCCO |
SYARAT PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR DI UNIVERSITI MOROCCO SESI AKADEMIK 2011/2012
1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti
Morocco peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan
minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti
berikut:
i) Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2011) dengan
memperoleh lima (5) Kepujian; dan mendapat B bagi subjek Bahasa Arab.
Pemohon yang Mempunyai sijil (SPM) selain daripada tahun 2011 anda TIDAK LAYAK untuk memohon.
2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Morocco
perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang akan
dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Morocco.
4. Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke
Universiti di Morocco hanya akan dikeluarkan selepas keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun
dari laman web jpt.mohe.gov.my
5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh
menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.
Wassalam~