Tampilkan postingan dengan label utusan malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label utusan malaysia. Tampilkan semua postingan

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Zaharuddin Terhadap Pelaksanaan HUDUD

on 30 September 2011

Assalamulaikum & salam sejahtera

Pelbagai pendapat dilontarkan

Hukum hudud yang baru-baru ini hangat diperkatakan di pelbagai medium termasuklah akbar, internet dan televisyen telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak bukan sahaja dari pihak kerajaan malahan pihak pembangkang serta masyarakat. Mengapa hukum Allah ini mendapat pelbagai tentangan padahal hukum ini telahpun tercatat dalam Al-Quran dengan jelas yang maksudnya:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman (-percaya dan yakin pada Allah rujuk Rukun Iman dalam Islam)” [An-Nur: 02] 

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;- kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [An-Nur: 04 & 05]

“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta” [An-Nur:13] 


Sebenarnya hukum hudud ini bukanlah untuk semua golongan tetapi terhad untuk golongan beragama Islam sahaja. Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana hukum ini boleh dilaksanakan terhadap golongan bukan Islam. Untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut boleh rujuk video-video di bawah:

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus



Penjelasan Ustaz Zaharuddin



Berikut adalah keratan akbar dari ruangan karikatur yang dikatakan menghina hukum hudud. Mengapa perkara ini boleh berlaku berulang kali. Mana perginya pihak yang perlu bertanggungjawab terhadap perkara ini?


Karikatur Utusan Malaysia 26 September 2011

Keratan bertarikh 15 Jun 2011





Wassalam~

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved