Assalamulaikum & salam sejahtera
Pelbagai pendapat dilontarkan |
Hukum hudud yang baru-baru ini hangat diperkatakan di pelbagai medium termasuklah akbar, internet dan televisyen telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak bukan sahaja dari pihak kerajaan malahan pihak pembangkang serta masyarakat. Mengapa hukum Allah ini mendapat pelbagai tentangan padahal hukum ini telahpun tercatat dalam Al-Quran dengan jelas yang maksudnya:
“Perempuan
yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang
dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama
Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah
disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan
orang-orang yang beriman (-percaya dan yakin pada Allah rujuk Rukun Iman
dalam Islam)” [An-Nur: 02]
Dan
orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara
kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka
sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima
persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang
yang fasik;- kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki
amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
[An-Nur: 04 & 05]
“Sepatutnya
mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu.
Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu
pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta” [An-Nur:13]
Sebenarnya hukum hudud ini bukanlah untuk semua golongan tetapi terhad untuk golongan beragama Islam sahaja. Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana hukum ini boleh dilaksanakan terhadap golongan bukan Islam. Untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut boleh rujuk video-video di bawah:
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Penjelasan Ustaz Zaharuddin
Berikut adalah keratan akbar dari ruangan karikatur yang dikatakan menghina hukum hudud. Mengapa perkara ini boleh berlaku berulang kali. Mana perginya pihak yang perlu bertanggungjawab terhadap perkara ini?
Karikatur Utusan Malaysia 26 September 2011
Keratan bertarikh 15 Jun 2011
Wassalam~
{ 7 Comments... read them below or add one }
boleh pulak dipermain2kan hukum Allah tu..faham ke tak faham? tak faham la tu..
30 September 2011 pukul 23.04
salam,pandai sangat la si najib ni..
1 Oktober 2011 pukul 17.10
@yo87
ok Thanks kerna sudi dtg dan membaca artikel dlm blog ini...^^
3 Oktober 2011 pukul 16.49
@.........cP~
Tu la pemimpin yang beragama akan membawa rakyatnya ke jalan yang benar... kalu pemimpin pun macam ni macam mana nak pimpin umah... huhu
3 Oktober 2011 pukul 16.51
@cinnamon.com
waalaikumsalam.. sanggup nak menentang hukum Allah demi kepentingan sendiri...
3 Oktober 2011 pukul 16.52
biasa le politik..
masing2 ade kepentingan..
kalau pas nak buat,kenape tak keluar je dari pakatan pembangkang ...ikut jugak buku jigga tu..
kemane hudud nye kalau ikut kate karpal sial tu....
3 Oktober 2011 pukul 19.28
@sentoi\
aku pun x paham dengan diorang ni... mcm masalah...
4 Oktober 2011 pukul 08.24
Posting Komentar