Tampilkan postingan dengan label zizan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label zizan. Tampilkan semua postingan

ZIZAN BERLAGAK TOLAK TAWARAN AHMAD IDHAM?

on 02 Februari 2012

ZIZAN BESAR SUDAH BESAR KEPALA, TOLAK TAWARAN BINTANGI TEATER MUZIKAL MAEL LAMBONG

Assalamualaikum & salam sejahtera

ZIZAN BERLAGAK? TOLAK TAWARAN AHMAD IDHAM

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyangkal dakwaan dia berkecil hati dengan pelakon dan pengacara Zizan Razak kerana menolak tawaran membintangi teater muzikal Mael Lambong yang dijadualkan berlangsung pada Mac depan di Istana Budaya (IB).

Ahmad Idham berkata sebagai individu yang mengenali Zizan sebelum pelawak itu menyertai bidang seni lagi, dia berasa terkejut kerana penolakan tersebut tidak disampaikan secara terus oleh Zizan tetapi menerusi pihak pengurusannya.

“Sebagai pengarah profesional, tidak timbul isu saya berkecil hati atau marah dengan keputusan Zizan yang enggan menerima pelawaan saya untuk teater Mael Lambong yang dirancang pada hujung tahun lalu.

“Itu adalah hak dia cuma dia menolak tawaran tersebut pada saat-saat akhir selepas memberi persetujuan secara lisan ketika perbincangan diadakan sebelum ini.

“Itu pun, bukan datang daripada mulutnya sendiri tetapi menerusi pihak pengurusan,” katanya yang ditemui mStar Online, baru-baru ini.


Zizan Sudah Besar Kepala?
Enggan merumitkan keadaan, Ahmad Idham berkata apa yang lebih membimbangkannya jika Zizan sudah berubah sikap seperti yang didakwa segelintir pihak kerana ia boleh menjejaskan kerjayanya seperti sebelum ini.

“Dia pernah didakwa berlagak, besar kepala dan tiada komitmen dalam kerja sebelum ini sehingga menyebabkan kerjayanya terumbang-ambing seketika.

“Mujurlah selepas dia bekerjasama dengan saya dalam filem Hantu Bonceng, populariti dan namanya kembali meningkat pada tahap dia berada sekarang.

“Saya sayangkan dia seperti seorang adik. Saya bimbang jika kesilapan pihak pengurusannya membuat keputusan dan percaturan jadual seni Zizan akan membawa dia ke ambang kejatuhan semula,” katanya dalam nada kesal.

Apabila ditanya adakah susulan penolakan Zizan itu memaksa pihaknya menggantikan teater muzikal itu kepada Gerimis Mengundang pada saat-saat akhir, Ahmad Idham berkata ia tiada kaitan kerana pementasan teater Mael Lambong hanya dirancang secara lisan tanpa ada hitam dan putih.

“Slot untuk pementasan teater muzikal di IB pada Mac depan memang sudah disediakan untuk kami. Namun, tiada pengesahan dan hitam putih bahawa kami akan mementaskan Mael Lambong di sana.

“Tidak timbul isu pementasan Gerimis Mengundang adalah sebagai ganti selepas Zizan enggan menyertai Mael Lambong,” katanya.


Reaksi Zizan Terhadap Tuduhan Negatif Keatasnya
Sementara itu, pengacara program Raja Lawak itu pula berkata keengganannya untuk menyertai pementasan muzikal berkenaan tiada kena-mengena dengan dakwaan dia sudah berubah sikap dan besar kepala.

“Saya menolak pelawaan tersebut kerana tidak boleh memberikan komitmen pada tarikh yang dirancang itu. Daripada saya paksa diri untuk bersetuju tetapi akhirnya tidak dapat beri komitmen, lebih baik saya tolak daripada awal.

“Adalah tidak adil untuk menuduh saya sudah berubah sikap hanya kerana saya menolak tawaran projek itu,” luahnya.

Zizan berkata penolakan tawaran tersebut tidak dilakukannya secara terus kerana dia sudah menyerahkan segala urusan kerja kepada pihak pengurusan.
“Saya tidak pernah memberikan persetujuan dan tiada hitam dan putih dalam perjanjian itu. Ia hanya perancangan secara lisan semata-mata.

“Apabila membabitkan urusan kerja, saya lebih selesa serahkan ia pada pengurusan kerana saya membayar mereka untuk mengawal selia jadual seni saya,” luahnya.

Menjawab dakwaan hubungan mereka menjadi dingin selepas insiden tersebut, Zizan berkata berdasarkan pengamatannya perkara itu tidak berlaku kerana mereka masih berbual mesra apabila bertemu khususnya pada pentas Raja Lawak musim keenam yang kini berlangsung pada setiap malam Jumaat di Pusat Penyinaran Asia (Astro).

“Saya tidak tahu pula kalau ada orang kata kami sedang berperang dingin. Apa yang saya lihat Idham bersikap seperti biasa setiap kali kami bertemu. Mungkin itu hanya dakwaan kosong,” katanya.

Selain Hantu Bonceng, Zizan akan muncul dalam dua lagi filem arahan Ahmad Idham iaitu Jangan Pandang-Pandang dan Mael Lambong.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


WAWA ZAINAL KINI FOKUS LAKONAN SETELAH TAMAT BERSEKOLAH

on 27 Januari 2012

WAWA ZAINAL KINI FOKUS LAKONAN SETELAH TAMAT BERSEKOLAH | GADIS SABAH

Assalamualaikum & salam sejahtera

WAWA ZAINAL PELAKON MUDA BERBAKAT

Mungkin ramai tidak begitu mengenali Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin. Berasal dari Lahad Datu Sabah, gadis berusia 21 tahun ini merupakan artis naungan syarikat Metrowealth (MIG) bersama-sama pelakon bernama besar seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Intan Ladyana, Kamal Adli dan ramai lagi.


MENARIK HARI INI:
  • VIDEO MESTI TONTON. FLASHMOB TERBAIK !

Selepas berkecimpung dalam bidang lakonan selama lima tahun, namanya kian meniti di bibir ramai. Menurut Wawa, aktiviti lakonannya sebelum ini agak terbatas dek kerana jadual sekolah yang padat. Malah bersekolah di Sabah membuatkan gadis ini terpaksa mengambil keputusan untuk 'merehatkan' diri daripada bidang lakonan.

"Saya banyak menerima tawaran berlakon sebelum ini. Cuma terpaksa ditolak dengan cara baik kerana masih bersekolah. Selepas tamat pengajian, saya kembali fokus kepada bidang yang sememangnya saya minati sejak dulu lagi," ujar Wawa ketika ditemui di majlis kesyukuran dan sambutan Tahun Baru Cina MIG baru-baru ini.

Wawa sebelum ini pernah membintangi drama dan telefilem tempatan seperti "Ana Lulu" yang digandingkan bersama Nora Danish. Terbaru, Wawa sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya arahan Azhari Zain iaitu "Hantu Dalam Botol Kicap".

"Selepas ini insyaAllah saya akan muncul dalam beberapa buah filem terbaru terbitan MIG," tambahnya lagi yang turut berterima kasih dengan sokongan ibu bapat serta MIG yang memberinya peluang sehingga dikenali umum.

"Hantu Dalam Botol Kicap" telah menggandingkannya bersama Angah Raja Lawak, Mon Ryanti, Mikael Andre dan Zalif Sidek. Ia mengisahkan tiga orang adik-beradik yang terpaksa tinggal di kampung dan dijaga oleh nenek mereka kerana ibu bapa mereka harus menyelesaikan sesuatu yang penting. Ketika mereka di kampung tersebut, pelbagai kejadian pelik telah berlaku.

"Hantu Dalam Botol Kicap" akan menemui peminat pada 9 Februari 2012.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


LAGU BAWAKU PERGI - KAKA FEAT ZIZAN RAJA LAWAK 2012

on 22 Januari 2012

LAGU BAWAKU PERGI - KAKA FEAT ZIZAN RAJA LAWAK 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kaka Feat Zizan - Bawaku Pergi


Lagu terbaru dari Zizan Maharaja Lawak bergandingan dengan Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff.




VIDEO WITH LYRIC 'BAWAKU PERGI'







Full Lyric 'Bawaku Pergi':


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti

bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali



Wassalam~








 
Derma [LIKE] Anda!


DOWNLOAD GELANGGANG RAJA LAWAK MUSIM KE-6 FULL MEDIAFIRE

on 13 Januari 2012

DOWNLOAD GELANGGANG RAJA LAWAK MUSIM KE-6 FULL MEDIAFIRE | MINGGU PENGENALAN PARA PELAWAK MUSIM KE-6 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

RAJA LAWAK MUSIM KE-6


Mengikut tentatif rancangan Raja Lawak Musim ke-6, hari ini merupakan hari pertama para peserta akan membuat persembahan pembukaan untuk musim kali ini. Mereka akan diperkenalkan secara terbuka kepada semua penonton. Rancangan ini boleh ditonton di Astro Warna pada pukul 10 malam. 

Jika anda tidak berkesempatan untuk menontonnya di TV, jangan lupa tunggu link siaran ulangan di sini sebentar lagi. Terima kasih. 

UPDATED UNTIL PART 12*



RAJA LAWAK MUSIM KE-6 2012 (GELANGGANG RAJA LAWAK)


PART 1




PART 2



PART 3

 

PART 4





PART 5




PART 6




PART 7




PART 8




PART 9




PART 10




PART 11




PART 12






Kumpulan SELAK




Kumpulan SKEMA




Kumpulan SHIRO




Kumpulan KODAN





Kumpulan KING




Kumpulan RIKI




Kumpulan CUIT




Kumpulan 2YOL




Kumpulan GMAN




Kumpulan ALBOB




Kumpulan KETUPAT



Kumpulan ZERO





Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!

Tentatif Rancangan Raja Lawak Musim Ke-6 2012 | ASTRO

on 03 Januari 2012

Jadual Rancangan RAJA LAWAK Musim Ke-6 2012 | Tentatif Rancangan Setiap Minggu | Gelanggang RAJA LAWAK Musim Baru

Tentatif Raja Lawak 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Program Tarikh Siaran Hari Masa Siaran
Al Kisah Raja Lawak 11hb Januari 2012 Rabu 9mlm - 10pm
Al Kisah Raja Lawak 12hb,Januari 2012 Khamis 9pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 13hb Januari 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 16hb Januari 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 17hb Januari 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 18hb Januari 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 19hb Junuari 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 20hb Januari 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 23hb Januari 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 24hb Januari 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 25hb Januari 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 26hb Januari 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 27hb Januari 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 30hb Januari 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 31hb Januari 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 1hb Februari 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 2hb Februari 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 3hb Februari 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 6hb Februari 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 7hb Februari 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 8hb Februari 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 9hb februari 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 10hb Februari 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 11hb Februari 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 14hb Februari 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 15hb Februari 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 16hb Februari 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 17hb Februari 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 20hb Februari 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 21hb Februari 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 22hb Februari 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 23hb Februari 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 24hb Februari 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 27hb Februari 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 28th Februari 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 29hb Mac 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 1hb mac 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 2hb Mac 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 5hb Mac 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 6hb Mac 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 7hb Mac 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 8hb Mac 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 9hb Mac 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 12hb Mac 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 13hb Mac 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 14hb Mac 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 15hb Mac 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 16hb Mac 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)


Wassalam~


Sumber: Astro/Raja Lawak

Video Ustaz Azhar Ditanya Soalan Lawak - Countdown 2012

on 01 Januari 2012

Video Ustaz Azhar Ditanya Soalan Lawak - Countdown 2012 Dataran Merdeka Shah Alam, Selangor, 1hb Januari 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Gandingan Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Maharaja Lawak

Kemeriahan Countdown 2012 malam tadi yang diadakan di Dataran Merdeka Shah Alam, Selangor memuncak apabila acara tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua ikon utama negara iaitu Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Maharaja lawak. Memang jarang berlaku adabila seorang ustaz digandingkan dengan seorang artis dan pelawak popular dalam satu acara. Kehadiran penonton dalam Countdown 2012 adalah luar biasa.

Sempoi.. Ustaz Azhar Idrus dengan Zizan Maharaja Lawak


Jom layan video di bawah ini. Soalan-soalan pelik dan lawak ditanyakan kepada ustaz membuatkan suasana meriah dengan gelak ketawa para penonton yang datang.

Barisan artis dan Ustaz yang hadir memeriahkan acara


Soalan berapa kelajuan meter kereta Ustaz Azhar Idrus dibacakan oleh Zizan Maharaja lawak.


Wassalam~

Koleksi Lawak ZIZAN Di Festival Filem Maysia Ke-23 [FFM23]

on 21 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Zizan Maharaja Lawak!

Malam tadi telah berlangsung Festival Filem Malaysia yang ke-24 dan pelbagai anugerah telah diberikan kepada penggiat seni tanah air demi menghargai jasa mereka dalam memajukan industri filem di negara. Walaupun saya tidak berpeluang untuk menonton rancangan tersebut secara langsung di kaca televisyen malam tadi, namun saya tidak merasa rugi tidak dapat menonton kerana ramai yang mengatakan FFM24 malam tadi agak membosankan. Mengapa? Saya sendiri pun tak tahu apa sebabnya. Korang yang tengok tu tolong la ulas. Apa yang saya tahu setelah melihat keputusan penuh pemenang FFM24, banyak anugerah malam tadi didominasi oleh dua filem iaitu KL Gangster dan Hikayat Merong Mahawangsa. Tahniah kepada pemenang!

Apa yang ingin saya kongsikan di sini sebenarnya bukanlah mengenai pemenang-pemenang dalam FFM24 tetapi pasal sorang mamat ni, ZIZAN!! Mungkin inilah sebabnya FFM24 malam tadi agak membosankan. Zizan tak jadi pengacara malam tadi. Cuba korang tengok video-video di bawah ni.



















Terbaik la Zizan!!

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved