Benarkah Sekolah Harapan Menggalakkan Lagi Zina?

on 24 April 2011

Assalamualikum & salam sejahtera.


Entri kali saya ingin mengungkapkan persoalan adakah sekolah harapan yang ditubuhkan di Melaka akan menggalakkan lagi kegiatan zina di kalangan remaja? Persoalan ini timbul selepas saya terbaca satu artikel dari laman sesawang MalaysiaKini.com. Artikel itu bertajuk '49 remaja hamil dapat manfaat sekolah harapan'. Kalau anda belum membaca artikel tu boleh klik sini dan komen sekali. pada ketika ini, sejumlah besar wang telah disalurkan ke sekolah ini agar kemudahan untuk menampung jumlah remaja hamil yang semakin meningkat mencukupi.

Persoalannya adakah dengan tertubuhnya sekolah harapan ini akan lebih menyumbang kearah kebaikan atupun keburukan? Seolah-olah pihak kerajaan Melaka menubuhkan sekolah ini untuk memberi lagi kemudahan kepada remaja yang telah terlanjur berzina agar lebih senang sewaktu mereka ingin bersalin kelak. Kepada mereka yang mempunyai pendapat, sila bincangkan di ruangan komen.

Wassalam~
Ranking: 5

{ 11 Comments... read them below or add one }

Maya mengatakan...

haha. bodoh betullah ! kadang2 maya pun terfikir juga. Diorang ni tubuhkan isntitusi2 mcm tu,macam nak menggalakkan lagi je zina ni. hmmmmm.. ~ teruklah !


24 April 2011 pukul 20.54
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

@Maya
tu la pasal... tak tau la apa motif diorang buat macam tu.. tp kalau untuk mereka yang menjadi mangsa rogol tu x apa la jugak... kalu untuk mereka yng memang rela melakukan zina sehingga melahirkan anak tu patut xpayah masuk la tempat mcm tu.. sebab ini bukan nak menyedarkan diorang.. mungkin mereka akan buat lagi kot... sapa tau..^^


24 April 2011 pukul 21.10
akufakhrul mengatakan...

hurmmm..spatutnya kite kne pikir balik..siapa yg ptt dipersalahkan dr awalnya bnda ni? msti dr ibubapa atau diri sendiri kan..tu je yg puncanya..ble ibubapa sibuk mencari kekayaan dunia ni..maka, ilmu didikan agama itu kurg diberi kpd anak2 mereka..so, dorang pun dah takleh pikir bnda2 cmtu..tu yg sng kne shock culture zaman skg ni..


24 April 2011 pukul 23.09
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

@Fakhrul1409

betul jugak tu.. apa2 pun parent kena kuatkan didikan agama pada anak2 mereka.. so kemana pun anak2 tu pegi dia akan ingat Allah dan pasti akan ada rasa takut untuk buat benda2 yang tak elok lagi2 zina.. Lagi 1 remaja skrng ni suka sngt nak couple2 ni.. sebenarnya benda ni boleh membawa zina jugak.. So ingatan untuk diri sy juga, jauhi zina.


24 April 2011 pukul 23.21
Wafiy Suzly mengatakan...

no komen..huhu


25 April 2011 pukul 00.07
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

@Wafiy Suzly

no komen tp dah komen... haha^^

tq singgah sini..


25 April 2011 pukul 00.13
cunndaa mengatakan...

kdg2 depend on person la...kalau die btul2 nak berubah..xperlu masuk sekolah harapan pun die akan berubah..tp msyarakat skliling mst support die spy die tidak rs tersisih...
Namun, kalau yg niatnye p sek harapan tu sbb terpaksa n xde niat utk berubah....mcm tu la gayenye...kes zina makin bertambah..<a href="http://ertihidup-dindaa.blogspot.com/2011/04/sapo-rasa-nak-tidokelikkelikkelikkelikk.html><b>Sape rasa nak tido..KELIK..KELIK..KELIK..</b></a>


25 April 2011 pukul 18.16
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

@cunndaa

betul2... masyarakat kena tlong bantu mereka2 yg dah terlajur tu untuk berubah.. kalau tak macam2 lagi masalah akan timbul.. tu yang ada smpai bunuh diri tu.. x tahan dengan tekanan hidup.. masyarakat menyisihkan mereka2 ni... huhu


25 April 2011 pukul 20.33
cik sakura mengatakan...

hmm..mungkin dilihat dari sudut positif rumah ini dianggap dapat melindungi mereka daripada tersisih oleh mata masyarakat dan bayi yang dilahirkan selamat..maksudnya tiada kes pembuangan atau pembunuhan kejam bayi..tapi dari sudut lain banyak faktor yg terlibat..macam komen2 di atas..mmg betul juga..sbnrnya kita manusia diberi akal untuk berfikir..ke mana arah untuk berfikir kita sendiri yg tentukan..sekadar pandangan cik sakura..


26 April 2011 pukul 00.22
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

@cik sakura

trima ksih kerna sudi bagi pendapat... sebenarnya ini lah sebab sy nak kongsikan entri ni. nak tau pendapat orng lain supaya pemikiran akan berkembang... perlu fikir dari sudut positif & negatif..^^


26 April 2011 pukul 01.42
Anonim mengatakan...

80% betul menyumbang kepada zina. Sepatunya, zina patut dicegah dari awal. Kalau dah tubuhkan sekolah ni alamatnya, lagi banyak perlakuan zina, sebab tak payah fikir pasal tanggungjawab,pelajaran dan masa depan.


3 Agustus 2011 pukul 10.42

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved