Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pernahkan anda bercakap di hadapan orang ramai, membuat pembentangan ataupun penerangan mengenai sesuatu topik? Sebagai pembentang, pasti anda inginkan respon dari pendengar-pendengar anda tak kiralah respon itu positif ataupun negatif. Begitu juga dengan blog anda. Sebagai seorang blogger anda pastinya inginkan komen-komen dari para pembaca terhadap entri anda. Komen-komen yang anda peroleh itu dapat digunakan untuk menambahkan lagi pengetahuan. Selain itu gaya penulisan blog kita juga dapat diperbaiki sekiranya ramai yang memberi komen serta idea-idea baru yang boleh digunakan untuk entri-entri seterusnya. Oleh itu respon dari para pembaca adalah sangat penting. Namum sebagai pemilik blog, anda haruslah rajin untuk membalas komen-komen dari pembaca blog anda. Luangkanlah sedikit masa untuk membalas komen-komen mereka. Anda akan memperoleh banyak kebaikan sekiranya rajin membalas komen yang datang ke blog anda.
Antara kebaikan yang akan anda peroleh ialah:
Mendorong para pembaca untuk sentiasa memberi komen dalam blog anda
Sekiranya anda rajin untuk membalas setiap komen yang masuk ke blog anda, para pembaca blog anda akan rasa dihargai. Dengan itu mereka akan sentiasa mengikuti perkembangan blog anda dan tidak segan untuk memberi komen terhadap entri-entri seterusnya.
Memperbaiki kualiti penulisan blog anda
Dengan membalas komen-komen di blog anda, kualiti serta idea penulisan dalam blog anda akan dapat diperbaiki. Biasanya perbincangan yang dilakukan di ruangan komen anda akan memudahkan lagi penghasilan idea-idea baru. Malah para pembaca blog anda juga akan mendapat kebaikan dari perbincangan tersebut.
Membantu meningkatkan SEO blog anda
Seperti yang kita tahu, SEO adalah penting untuk meningkatkan traffik sesuatu blog. Sekiranya kita rajin untuk membalas komen-komen yang masuk ke dalam blog kita, secara tidak langsung akan menghasilkan satu perbincangan kecil mengenai topik entri kita. Dalam perbincangan itu, sudah tentu banyak perkataan-perkataan baru yang akan muncul dan ini akan memudahkan lagi agen carian untuk mengesan entri dalam blog anda.
Menambah kepercayaan orang lain kepada anda
Membalas komen dalam blog anda akan membuatkan orang lain memberi tanggapan positif terhadap anda. Mereka akan menganggap anda adalah seorang yang banyak pengetahuan dan boleh berkongsi maklumat dengan mereka. Selain itu, jumlah komen dalam blog anda akan bertambah. Contohnya, jika dalam entri anda ada 10 komen yang masuk dan anda telah membalas semua komen-komen tersebut, maka jumlah komen dalam entri tersebut akan 2 kali ganda. Dengan ini enri tersebut nampak lebih menarik dan ini akan dapat menarik lebih banyak pembaca untuk blog anda.
P/s: Sebagai penulis blog CKK, Saya minta maaf sekiranya tidak membalas komen-komen dari anda. Saya akan cuba untuk membalas setiap komen anda selepas ini.
Wassalam~
{ 7 Comments... read them below or add one }
Info yg sgt berguna, trima ksh sdra..akan sy cuba amalkan :)
7 April 2011 pukul 17.49
sama2.. sy pun tau benda ni lepas baca blog otai2.. pastu sy share gak kat blog sy... tq sudi komen...^^
7 April 2011 pukul 18.34
betul jugak kan??good luck semua~
7 April 2011 pukul 18.58
memang btol... kita mesti rajin2 kan reply komen pembaca... bnyk faedah...
7 April 2011 pukul 19.43
Nice post N manfaat..Ia benar... komentar berarti sama saja peduli dan aplikasi silaturahim....sukses sobat.. salam :)
8 Juni 2011 pukul 10.48
mmg banyak faedah membalas semua komen reader yg membaca n3 yg kita hasilkan.
mak tambah 1 lg kebaikan yg blh kita dpt dgn membalas komen adalah ia membina persahabatan dan kemesraan antara tuan blog dan penghantar komen.
15 Juni 2011 pukul 19.50
mencerna minda yang kreatif....logik
14 Januari 2012 pukul 12.58
Posting Komentar