Tiket Murah Airasia!!!...

on 06 April 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar anda semua. Semoga masih dalam keadaan sihat la ye. Saya??.. Hmm.. Saya sihat alhamdulillah. Masih sihat, cegas dan mampu berfikir secara waras. Sebagai peringatan kepada diri sendiri dan para pembaca, gunakanlah nikmat tubuh badan sihat yang dipinjamkan kepada kita ini untuk kita terus melakukan perkara bermanfaat. Jangan lupa untuk melaksanakan segala ibadah yang telah disyariatkan kepada kita. Ingatlah tujuan kita diciptakan di atas muka bumi ini adalah untuk memperhambakan diri kepadaNya. Kepada yang sedang sakit tu, banyak-banyakkan bersabar. Semoga cepat sembuh.


Sebenarnya tujuan entri kali ini bukanlah untuk membuat tazkirah. Huhu.. Tetapi saya ingin berkongsi info dengan anda mengenai promosi tiket kapal terbang  Airasia yang sedang berjalan sekarang ini. Promosi  itu bermula hari ini, 6 April sehingga 8 April 2011. Kepada mereka yang masih belum membeli tiket kapal terbang tu boleh la membeli sekarang ini. Ada masa 3 hari lagi tau. Cepat-cepat nanti terlepas!!!.. Saya tahu pasal promosi ini pun sebab saya dah daftar dalam website Airasia. Segala promosi meraka akan diberitahu melalui emel.

Mesti ada diantara pembaca blog ini yang tak kesah pun pasal promosi tiket kapal terbang ni kan?.. Mungkin sebab korang tak guna pun perkhidmatan penerbangan ini. Tetapi bagi orang-orang seperti saya yang tinggal di luar dari semenanjung Malaysia (Sabah & Sarawak), promosi-promosi macam ni amat ditunggu-tunggu kerana cuti semester tak lama lagi akan bermula. Mesti ada diantara kita yang tengah kering kontang & risau nak bajet2 duit sebab baki duit semester ini pun dah nak kurang. Tak nak lah susahkan keluarga di kampung kan.

Ini dia promosi yang saya terima melalui e-mel tu:

Saya pun dah check sendiri kat website Airasia. Memang betol ada promosi.

Ok la.. Kepada mereka yang belum membeli tiket kapal terbang tu boleh la membelinya secepat yang mungkin. Jangan sampai terlambat pula. Promosi ni bukan boleh dapat selalu.Itu sahaja untuk entri kali ini.

Wassalam~
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

kyo_9 mengatakan...

thanks for sharing..
dengan cepat ak usha harga tiket sebab plan nk g UK cuti raya tahun nih.. x perasan plak travel period dia sampai bulan 5 jer.. -_-"


6 April 2011 pukul 21.58
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

huhu... xper.. pasni ada lagi tu...
jauhnya nk g uk... buat per..


6 April 2011 pukul 22.02

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved