Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahu apa benda kat atas tu? Hah... Tak tahu?.. Tipu la. haha.. Sebenarnya gambar atas tu remote contol. Betul tak?.. hehe
Sebenarnya entri untuk kali ini lebih sesuai dibaca untuk mereka yang menggunakan laptop dan bukannya komputer desktop. Sebabnya, belum ada lagi komputer desktop yang menggunakan bateri untuk beroperasi. Tetapi kalau nak baca untuk menambahkan pengetahuan boleh juga. Nanti boleh la kongsi dengan kawan-kawan atau saudara mara yang ada menggunakan laptop kan. Sekarang ni dah banyak jenis bateri yang dijual di pasaran. Ada yang dibuat memang mempunyai kemampuan untuk beroperasi pada jangka masa yang lama namum sebarapa lamakah bateri itu mampu bertahan? Berikut adalah tip atau langkah-langkah pengjagaan untuk memastikan bateri laptop tahan lama:
1). Paling penting, jangan lupa untuk charge bateri baru anda sebelum digunakan. Biasanya kita akan terus menggunakan laptop kita yang baru dibeli tanpa charge terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan bateri laptop anda mempunyai FCC (Full Charge Capasity) yang rendah berbanding nilai sebenar. Sebaiknya, chargelah bateri laptop anda terlebih dahulu sekurang-kurangnya 4 jam agar bateri laptop anda akan mencapai tahap maksimim charge yang boleh dimasukkan.
2). Semasa anda mengecas bateri laptop anda, apabila laptop sedang berfungsi cabut cable charger anda sekiranya bateri anda telah penuh 100% agar bateri anda lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.
3). Bateri laptop akan panas sekiranya lama digunakan. Apabila bateri ditanggalkan dari laptop, letakkan di tempat yang sejuk.
4). Sebaiknya tanggalkan bateri laptop anda semasa anda menggunakan sumber kuasa dari luar.
5). Tambahkan Ram laptop anda agar penggunaan bateri sebagai sumber daya intensif dapat dikurangkan.
6). Sering melakukan penyelenggaraan(defraging) pada hardisk anda agar penggunaan kuasa berlebihan untuk pengoperasian laptop anda dapat dikurangkan. Boleh gunakan software yang banyak dipasaran seperti TuneUp Utilities untuk buat maintenance laptop anda.
7). Kurangkan penggunaan CD/DVD drive.
8). Bersihkan logam penyambung bateri (battery contacts) dengan laptop anda sekurang-kurangnya sekali sebulan agar bateri tahan lama.
Battery Contact |
9). Gunakan software ReviverSoft Battery Optimizer untuk mengoptimumkan penggunaan bateri laptop anda. Boleh download kat SINI.
Selamat mencuba tips ini.
Wassalam~
Sumber: blogpopuler.com
{ 11 Comments... read them below or add one }
nice entry..
bateri laptop sy masih tahan lama..
leh tahan smpai 3jam kot..hehe
17 April 2011 pukul 14.52
@shahrihan
bagus la klu mcm tu... kena jaga2 btol2 tu... supaya x cepat rosak mcm bateri laptop sy yg dah rosak... huhu
17 April 2011 pukul 15.04
info yang berguna..thanx!!
haha..bad mmg x pernah pdulikan btri lptop bad skali rosak trus..skrg nk jga =)
20 April 2011 pukul 15.35
@.: noor badriah :.
sama2... sharing is caring...
kena jaga tu... bateri bukannya murah.. mahal tu... huhu
20 April 2011 pukul 20.09
terima kasih bagi tips nie
22 April 2011 pukul 10.06
@Cik Kamoo
sama-sama... ^^
22 April 2011 pukul 23.11
tq info.....
31 Mei 2011 pukul 23.15
bateri berape ye? da rosak da..huhu
17 Juli 2011 pukul 16.23
alaa... sy pun xtau la... kena g kedai la tnya... sory ya..^^
17 Juli 2011 pukul 21.07
ader org kate klau nk gna laptop jangan gna bateri semasa cas tap cabut dulu pastu guna laptop gune plug in je btul kew ade orang kate lain...thanx
5 Desember 2012 pukul 14.41
btul ke guna plug in je tanpa gna bateri bleh pnjangkn hayat bateri laptop
5 Desember 2012 pukul 14.46
Posting Komentar