Apakah Itu DIET Sebenarnya?

on 23 Mei 2011

Assalamulaikum & salam sejahtera.


Sebenarnya apa yang korang faham dengan perkataan DIET? Bagi saya, diet membawa maksud amalan yang dilakukan untuk memastikan berat badan kita akan menurun ataupun dapat dikekalkan. Ia akan dapat memastikan tubuh badan kita berada dalam keadaan sihat dan terhindar dari penyakit seperti obesiti dan kegemukan. Namun ramai diantara kita yang menyalahgunakan amalan diet ini semata-mata untuk menlangsingkan dan menguruskan badan agar tubuh nampak lebih menarik. Mereka tidak menyedari amalan mereka itu membuatkan tubuh badan mereka terseksa.

Di bawah ini saya jelaskan beberapa jenis diet dan reaksi tubuh sekiranya kita mengamalkan diet tersebut.

DIET DETOKS
Diet ini diperkenalkan oleh Dr. Paula Baillie Haminton, pakar pemakanan dari Amerika Syarikat. Diet ini diperkenalkan bertujuan untuk membersihkan usus dari toksin yang masuk ke dalam tubuh melalui makanan, dan minuman serta membaiki sistem pencernaan. Namun pengamal diet ini cenderung melakukan amalan ini untuk menurunkan berat badan. Ini telah menyimpang dari tujuan asal diet ini diamalkan. Biasanya orang yang mengamalkan diet ini hanya akan memakan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam jangka masa tertentu (2 minggu atau sebulan).

Reaksi Tubuh: Pening, lemah, wajah lesu & tidak bermaya, serta kehilangan fokus.
DIET ATKINS
Diet ini diperkenalkan oleh Dr. Robert Atkins. Diet jenis ini akan meminimumkan karbohidrat dan gula, serta menggantikannya dengan protein dan lemak. Menurut Dr. Atkins individu yang mempunyai berat badan yang tinggi cenderung untuk memakan sumber karbohidrat dengan banyak. Oleh itu dengan mengurangkan kandungan karbohidrat dalam diet harian kita, lemak yang tesimpan dalam badan akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan membantu meningkatkan metabolisma badan. Hasilnya berat badan akan menurun dengan mendadak.

Reaksi tubuh: Tubuh akan berasa letih, sakit kepala, dan tidak selesa. namun sekiranya diet ini dilakukan secara salah kandungan kolestrol dalam badah akan meningkat dan begitu juga tekanan darah.

DIET SOUTH BEACH
Untuk diet ini, ia mula-mula diperkenalkan oleh Dr. Athur Agatston dari Amerika Syarikat. Pada awalnya ia dicipta untuk penderita penyumbatan pembuluh darah, namun lama kelamaan ia telah popular dikalangan mereka-mereka yang ingin menurunkan berat bada. Diet ini mempunyai 3 peringkat iaitu:

Peringkat pertama: Menghindari makanan berkarbohidrat selama 2 minggu, namun makanan seperti daging, susu dan gula dibenarkan tetapi dalam jumlah yang sedikit.

Peringkat kedua: Makanan berkarbohidrat dibenarkan untuk dimakan sehingga mencapai berat badan yang kamu idamkan.

Peringkat ketiga: Pada ketika ini ialah tahap mengawal berat badan. Makanan bergandun, roti dan beberapa potong buah-buahan dibenarkan untuk dimakan pada kadar yang sedikit.

Reaksi Tubuh: Mengalami masalah membuang air besar. Namun pengamal dinasihatkan untuk meminun banyak air putih untuk mengatasi masalah tersebut.

p/s: Untuk kali ini saya hanya dapat kongsikan 3 jenis diet yang boleh kita amalkan. Lain kali saya akan kongsikan lagi.

Wassalam~


Sunber: Pembacaan Majalah REMAJA
Ranking: 5

{ 8 Comments... read them below or add one }

Firdaus Life mengatakan...

bg aku diet tu kene jaga pemakanan dan kuatkan bersenam. huhu

Let the Pictures Fool You


23 Mei 2011 pukul 00.21
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

btol2... tp bagi yang malas nak bersenam tu diet makanan la diorang buat,,. sibuk dengan kerja kot... haha


23 Mei 2011 pukul 01.02
Unknown mengatakan...

diet tu maksudnya makanan dan minuman yang diambil.tapi bagi org malaysia; diet=nak kurus.dan bila sebut diet=tak makan. Hehehe..

weight management tips


23 Mei 2011 pukul 15.43
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

tu la masalahnya... salah tafsiran & tanggapan


23 Mei 2011 pukul 17.57
sobri yaacob mengatakan...

DIet..
per.. rupanya
ada byak maksud.. definasi..:)


15 Agustus 2011 pukul 00.14
look before you leap mengatakan...

hehehe..D.I.E.T.....1 word describes so many things..opss..terase kite..:)


13 Oktober 2011 pukul 11.43
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

@sobri yaacob

jangan salah fahaman dengan diet... bukan kurangkan makan.. atau x makan langsung


13 Oktober 2011 pukul 12.32
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

@ekin..

haha... nape kak terase...??


13 Oktober 2011 pukul 12.32

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved