Novel Ombak Rindu PDF Online

on 09 Desember 2011

Download Novel Ombak Rindu Online PDF

Assalamualaikum & salam sejahtera


Mesti ramai yang telah mencari novel Ombak Rindu kan? Saya sendiri pun dah puas mencari novel OMBAK RINDU yang boleh dimuat turun secara percuma melalui internet tetapi tidak ditemui juga. Namun begitu, novel ini boleh dibeli di kedai buku berdekatan tempat anda atau secara online melalui kedai online dengan harga yang berpatutan. Harganya cuma RM19.90.
Klik sini untuk membeli novel ini secara online



Sinopsis Novel Ombak rindu:

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.


Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

Anonim mengatakan...

novel nieyh memg terbaek!!!way to go fauziah ashaari!!!


22 Januari 2012 pukul 14.51

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved