Shaheizy Sam mencuba bakat mengarahkan filem
Assalamualaikum & salam sejahtera
KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam (Sam), 29, berkata
keputusannya untuk berehat panjang daripada menerima sebarang tawaran
berlakon pada waktu ini adalah sebagai persiapan untuk dia mengarahkan
filem sulungnya yang dijangka bermula pada Februari tahun depan.
Sam berkata selepas hampir dua tahun bekerja-keras memenuhi pelbagai
tawaran berlakon filem secara berterusan, dia memilih untuk berehat
selama beberapa bulan sejak Aidilfitri lalu bagi menumpukan perhatian
pada urusan pra-produksi filem yang bakal diterbitkan syarikat produksi
keluarganya itu.
“Hampir dua tahun saya bekerja-keras dalam pelbagai filem tanpa
henti. Akhirnya saya dapat berehat panjang daripada sebarang
penggambaran sejak Hari Raya lalu.
“Namun, ia tidak bermakna saya pergi bercuti ke mana-mana, cuma lebih banyak masa dapat dihabiskan bersama keluarga di rumah.
"Jadual saya tetap terisi dengan kerja-kerja memasukkan suara untuk
filem-filem lakonan saya, sesi fotografi dan promosi filem,” katanya.
Ditanya tentang filem yang bakal diarahnya itu, Sam berkata sifat
semula jadi dia yang pendiam dan suka memerhati menjadi pendorong untuk
menggalas tanggungjawab berat tersebut.
“Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk meluaskan kebolehan dalam bidang pengarahan.
"Pengalaman dan pengamatan saya pada dunia lakonan tanah air selama
hampir 20 tahun memberi keyakinan untuk menyahut cabaran ini.
“Buat masa ini saya belum boleh berkongsi lebih lanjut tentang filem
yang akan saya arahkan itu, cuma ia sebuah filem aksi,” kata pemenang
trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 ini.
Dalam pada itu, Sam akan muncul dalam filem terbaru Songlap di samping Syafie Naswip dan Sara Ali yang memulakan tayangan umum pada 15 Disember ini.
Pada 2012, pelakon popular ini juga muncul dalam filem sekuel Adnan Semp-it 2 arahan Ismail Bob Hasim dan 8 Jam (Ahmad Idham).
Wassalam~
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar