Tampilkan postingan dengan label pengarah filem. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pengarah filem. Tampilkan semua postingan

TEMUBUAL BERSAMA EBI KORNELIS UNTUK FILEM GERIMIS MENGUNDANG

on 27 Januari 2012

TEMUBUAL BERSAMA EBI KORNELIS UNTUK FILEM GERIMIS MENGUNDANG ARAHAN AHMAD IDHAM

Assalamualaikum & salam sejahtera

EBI KORNELIS BERLAKON FILEM ARAHAN AHMAD IDHAM

Firdaus bin Yamal atau lebih dikenali dengan nama Ebi Kornelis tidak pernah menghilangkan diri daripada dunia seni tahan air. Walaupun kariernya dalam bidang nyanyian dilihat agak mendatar, bekas naib juara program televisyen realiti "Akademi Fantasia" musim kelima ini tidak gentar untuk beralih kepada bidang lakonan pula.


MENARIK HARI INI:
  • VIDEO MESTI TONTON. FLASHMOB TERBAIK !


Ikuti temubual bersama jejaka berusia 30 tahun yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini.


Hai Ebi! Apa khabar? Boleh ceritakan watak anda dalam filem arahan Ahmad Idham, "Gerimis Mengundang" ini?
Hai! Saya sihat, terima kasih. Dalam filem "Gerimis Mengundang", saya hanya memegang watak kecil dan mempunyai satu babak sahaja. Saya memegang watak sebagai orang yang bergaduh dengan pelakon utamanya.


Kalau tak salah, "Gerimis Mengundang" merupakan filem kedua anda?
Ya, ia merupakan filem kedua saya. Sebelum ini, saya pernah membintangi filem arahan Bjarne Wong, "Sayang You Can Dance".

Ini adalah kali pertama anda bekerjasama dengan pengarah prolifik Ahmad Idham. Bagaimanakah bekerja dengannya?
Sangat teruja! Ini merupakan pertama kali saya bekerja di bawah arahannya. Walaupun saya hanya mempunyai satu sahaja babak dalam filem ini, namun banyak tunjuk ajar yang telah diberikan olehnya. Saya melihat beliau sebagai seorang yang sangat mudah dan cepat membuat kerja.



Boleh berkongsi perkembangan terbaru anda?
Pada tahun 2012, saya akan terlibat dengan dua buah filem yang merupakan arahan Bjarne Wong. Kedua-duanya adalah genre yang berbeza iaitu seram dan gangster atau aksi. Filem ini dijangka memulakan penggambaran sekitar Februari dan Mac. Saya juga sudah menamatkan penggambaran filem muzikal "Leftwings" yang diarahkan oleh Faisal Chal Ahmad. Ia mengisahkan empat anak muda yang ingin membina karier dalam bidang nyanyian dan menjadikan kumpulan rock terkenal, Wings sebagai idola mereka.


Sudah lama anda tidak muncul dengan lagu baru. Mengapa? Adakah kurang mendapat sambutan?
Tidak, bukan kerana itu. Saya ada membuat runut bunyi untuk drama dan terbaru adalah untuk Yusof Kelana. Alhamdulillah lagu tersebut telah diterima dan saya akan jadikan lagu tersebut sebagai single terbaru saya nanti.



Di antara bidang nyanyian dan lakonan, yang manakah menjadi pilihan anda atau paling anda gemari?
Terus-terang, saya sukakan kedua-duanya. Malah saya lebih suka sekiranya diri saya digelar sebagai seorang penghibur dan bukannya dilabel salah satu daripadanya.


Apakah harapan anda untuk filem "Gerimis Mengundang"?
Sudah tentu saya mengharapkan filem ini akan berjaya dan mendapat sambutan serta perhatian ramai.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan selamat berjaya!
Sama-sama.
Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


FILEM APPALAM ARAHAN AFDLIN MENANG FILEM TERBAIK INDIA 2012

on 18 Januari 2012

FILEM TAMIL PERTAMA AFDLIN, APPALAM DIIKTIRAF MELALUI FESTIVAL FILEM INDIA MALAYSIA 2012 SETELAH MENANG FILEM TERBAIK 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

FILEM PERTAMA ARAHAN AFDLIN SHAUKI MENANG ANUGERAH FILEM TAMIL TERBAIK 2012

Pengarah filem Afdlin Shauki berasa bangga dan dihargai apabila filem pertamanya dalam bahasa Tamil, "Appalam" telah diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem India Malaysia yang julung kali diadakan baru-baru ini.

Diadaptasi daripada filem bahasa Melayu berjudul "Papadom" yang turut diarah olehnya, "Appalam" mengalahkan sembilan filem Tamil lain antaranya adalah "Undercover Rascals", "Uttrachai Kali", "Aathma", "Ethirkaalam", "Aandal", "Uruvam", "Panjamuni" dan "Yantra".

Kejayaan di festival filem yang diadakan di Chennai, India pada 9 sehingga 12 Januari 2012 ini merupakan yang terbesar dalam karier Afdlin selaku pengarah dan juga Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Selaku penerbit dan pengedar filem.


Menampilkan pelakon yang terdiri daripada Gana Pragasam, Raja Ilya, Jaclyn Victor, Haani Shivraj, Shashitharan, Sharifah Amani, Vassantha Kumaran, Iman Wan, Sathia, Gunseh, Maimon Talib dan Afdlin sendiri, filem ini mengisahkan seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan keselamatan anak perempuannya terjaga.

Sashitharan turut memenangi Pelakon Lelaki Terbaik tetapi bukan untuk filem "Appalam", sebaliknya untuk filemnya yang lain, "Aathma".

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: yahoo.com

Shaheizy Sam Ingin Mengarah Filem !

on 14 Desember 2011

Shaheizy Sam mencuba bakat mengarahkan filem

Assalamualaikum & salam sejahtera


KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam (Sam), 29, berkata keputusannya untuk berehat panjang daripada menerima sebarang tawaran berlakon pada waktu ini adalah sebagai persiapan untuk dia mengarahkan filem sulungnya yang dijangka bermula pada Februari tahun depan.

Sam berkata selepas hampir dua tahun bekerja-keras memenuhi pelbagai tawaran berlakon filem secara berterusan, dia memilih untuk berehat selama beberapa bulan sejak Aidilfitri lalu bagi menumpukan perhatian pada urusan pra-produksi filem yang bakal diterbitkan syarikat produksi keluarganya itu.
“Hampir dua tahun saya bekerja-keras dalam pelbagai filem tanpa henti. Akhirnya saya dapat berehat panjang daripada sebarang penggambaran sejak Hari Raya lalu.

“Namun, ia tidak bermakna saya pergi bercuti ke mana-mana, cuma lebih banyak masa dapat dihabiskan bersama keluarga di rumah.

"Jadual saya tetap terisi dengan kerja-kerja memasukkan suara untuk filem-filem lakonan saya, sesi fotografi dan promosi filem,” katanya.

Ditanya tentang filem yang bakal diarahnya itu, Sam berkata sifat semula jadi dia yang pendiam dan suka memerhati menjadi pendorong untuk menggalas tanggungjawab berat tersebut.

“Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk meluaskan kebolehan dalam bidang pengarahan.

"Pengalaman dan pengamatan saya pada dunia lakonan tanah air selama hampir 20 tahun memberi keyakinan untuk menyahut cabaran ini.

“Buat masa ini saya belum boleh berkongsi lebih lanjut tentang filem yang akan saya arahkan itu, cuma ia sebuah filem aksi,” kata pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 ini.

Dalam pada itu, Sam akan muncul dalam filem terbaru Songlap di samping Syafie Naswip dan Sara Ali yang memulakan tayangan umum pada 15 Disember ini.
Pada 2012, pelakon popular ini juga muncul dalam filem sekuel Adnan Semp-it 2 arahan Ismail Bob Hasim dan 8 Jam (Ahmad Idham).

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved