Sinopsis Filem BUJANG TERLAJAK BELUM TERLANJUR Tidak Persenda OKU

on 13 Desember 2011

Sinopsis dan trailer filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur 2012, bukan tujuan menyinggung perasaan orang-orang kurang upaya, OKU.

Assalamualaikum & salam sejahtera
Pengarah filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur, Prof. Madya A. Razak Mohaideen menolak pendapat pihak yang mengatakan filem arahannya itu bertujuan untuk mempersendakan orang yang kurang upaya sebaliknya untuk menceritakan 3 orang pemuda yang sanggup menyamar sebagai orang yang kurang upaya hanya untuk memikat hati seorang gadis pujaan mereka. Dalam filem Bujang Terlajak ini watak utamanya ialah Johan maharaja lawak, Nabil maharaja lawak, Saiful Apek dan Fazura. Filem bujang terlajak akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 19 Januari tahun hadapan.

Bujang terlajak belum terlanjur

Sinopsis Filem Bujang Terlajak:
Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.


Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain.



Trailer Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur:




Wassalam~
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

Ed mengatakan...

klu bodoh tu bodoh jgk la...tada film lain ka na buat..


13 Desember 2011 pukul 19.59
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

entah la bro.. Prof. Madya A. Razak Mohaideen punya filem skrng ni dah mcm ketinggalan zmn dah.. dulu best la kot tp skrng bnyk2 pengarah filem muda yg ada idea lagi digemari buat masa skarang. huhu


13 Desember 2011 pukul 20.07
KakiWayang.com mengatakan...

Kitorang dah tengok filem ni (dan ada buat review)
Kurang lawak, namun ada part2 yang memang betul2 lawak.
Thumbs up kepada barisan pelakon.


23 Februari 2012 pukul 09.06
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

KakiWayang: Aku pun dah tengok.. disebabkan pelakonnya ynag best sbb tu tengok.. hehe


23 Februari 2012 pukul 13.17

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved