KPT RAMPAS BAUCAR BUKU 1MALAYSIA JIKA SALAH GUNA | PELAJAR LELONG BAUCAR BUKU DI INTERNET | BELI BARANG YANG TIDAK BERFAEDAH
Assalamualaikum & salam sejahtera
LELONG BAUCAR BUKU |
Beliau berkata, baucar berkenaan dilengkapi ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan bagi mengelakkan disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.
Ditanya sama ada sebarang langkah pencegahan seperti mencetak nama pelajar pada baucar dapat mengekang perbuatan itu, beliau berkata ia sudah terlewat kerana baucar BB1M sudah diagihkan.
Pemberian baucar BB1M kepada semua penuntut warga negara di Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, IPTA dan IPTS, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012. Tempoh sah laku bermula 1 Januari sehingga 31 Mac 2012 dan pelajar perlu membuat perancangan rapi bagi pembelian bahan rujukan seperti buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran yang penting mengikut keutamaan.
KPT dalam satu kenyataan sebelum ini, mengesyorkan pelajar yang layak menerima BB1M supaya berbincang dengan rakan lain untuk menyenaraikan bahan akademik diperlukan bagi mengelakkan pembelian bahan sama, sekali gus membolehkan pembelian lebih banyak bahan rujukan untuk dimanfaatkan bersama bagi tujuan pembelajaran.
Tenaga pengajar pula diminta memberi cadangan mengenai kesesuaian sesuatu bahan rujukan bagi memastikan bahan yang dibeli memberikan maklumat maksimum kepada pelajar.
Sementara itu, penerbit atau kedai buku yang terpilih di bawah skim BB1M disaran memberikan potongan harga bagi merancakkan pembelian, selain menarik minat pelajar menambah kuantiti dan mempelbagaikan jenis bahan rujukan yang boleh dibeli.
Kebijaksanaan pelajar memilih bahan rujukan akademik pada harga RM200 adalah penting bagi mengelakkan pembelian yang kurang menepati kehendak kursus atau pengajian yang mereka ikuti.
Wassalam~
Sumber: Bharian
{ 5 Comments... read them below or add one }
ramai jugak yang jual voucher ni. rm160 4 keping. hahaha.
tapi den xjual la.
:)
23 Januari 2012 pukul 13.30
haha.. tu la pasal.. nak jual buat apa.. baik beli buku kan.. x bersyukur la..
23 Januari 2012 pukul 13.40
banyak kot manfaat dapat gunakan bila dapat baucer ni . lambat lagi nak dapat baucer ni , maybe dalam bulan 2 nanti , bila masuk sem 2 . insyaAllah akan menggunakan sebaik mungkin , apa2 pun thanks kerajaan atas bantuan ini :)
23 Januari 2012 pukul 14.34
memang banyak manfaat.. slalu mals je nak beli buku.. bila dapat baucar ni tetiba rajin nak beli... harap rajin la nak baca.. hehe=)
23 Januari 2012 pukul 14.51
ler..ada macam tu pulak erk.huhu=.=
23 Januari 2012 pukul 17.49
Posting Komentar