Tampilkan postingan dengan label kementerian pengajian tinggi Malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kementerian pengajian tinggi Malaysia. Tampilkan semua postingan

KPT RAMPAS BAUCAR BUKU 1MALAYSIA JIKA SALAH GUNA

on 23 Januari 2012

KPT RAMPAS BAUCAR BUKU 1MALAYSIA JIKA SALAH GUNA | PELAJAR LELONG BAUCAR BUKU DI INTERNET | BELI BARANG YANG TIDAK BERFAEDAH

Assalamualaikum & salam sejahtera
LELONG BAUCAR BUKU

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi amaran akan merampas Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) daripada pelajar yang cuba menyalahgunakan baucar berkenaan termasuk menjualnya dengan potongan harga tertentu.


Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memanfaatkan BB1M bernilai RM200 untuk membeli buku ilmiah, sebaliknya menjualnya kepada pihak ketiga.
"Namun, agak sukar kita memantau kes seumpama ini kerana bilangan yang melakukan kesalahan terbabit adalah kecil berbanding 1.3 juta yang layak menerima insentif berkenaan. Bagaimanapun, jika dapat kesan mereka, kita akan rampas baucar kerana tidak dimanfaatkan untuk tujuan yang dimaksudkan." katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, baucar berkenaan dilengkapi ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan bagi mengelakkan disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.

Ditanya sama ada sebarang langkah pencegahan seperti mencetak nama pelajar pada baucar dapat mengekang perbuatan itu, beliau berkata ia sudah terlewat kerana baucar BB1M sudah diagihkan.

Pemberian baucar BB1M kepada semua penuntut warga negara di Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, IPTA dan IPTS, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012. Tempoh sah laku bermula 1 Januari sehingga 31 Mac 2012 dan pelajar perlu membuat perancangan rapi bagi pembelian bahan rujukan seperti buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran yang penting mengikut keutamaan.

KPT dalam satu kenyataan sebelum ini, mengesyorkan pelajar yang layak menerima BB1M supaya berbincang dengan rakan lain untuk menyenaraikan bahan akademik diperlukan bagi mengelakkan pembelian bahan sama, sekali gus membolehkan pembelian lebih banyak bahan rujukan untuk dimanfaatkan bersama bagi tujuan pembelajaran.

Tenaga pengajar pula diminta memberi cadangan mengenai kesesuaian sesuatu bahan rujukan bagi memastikan bahan yang dibeli memberikan maklumat maksimum kepada pelajar.

Sementara itu, penerbit atau kedai buku yang terpilih di bawah skim BB1M disaran memberikan potongan harga bagi merancakkan pembelian, selain menarik minat pelajar menambah kuantiti dan mempelbagaikan jenis bahan rujukan yang boleh dibeli.

Kebijaksanaan pelajar memilih bahan rujukan akademik pada harga RM200 adalah penting bagi mengelakkan pembelian yang kurang menepati kehendak kursus atau pengajian yang mereka ikuti.

Wassalam~





 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: Bharian

Cara Memohon Baucar Buku RM200

on 17 Desember 2011

Cara memohon Baucar buku RM200 untuk pelajar IPTA, IPTS, POLITEKNIK dan Tingkatan 6.

Assalamualaikum & salam sejahtera

Bagaimana memohon Baucar Buku RM200
Maklumat berikut diambil dari Facebook Menteri Pengajian Tinggi Malaysia (Klik SINI).
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Matrik / Nombor Pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
Buku yang boleh dibeli menggunakan baucar RM200:
  • Buku akademik
  • Jurnal
  • Majalah Ilmiah
  • Peralatan pembelajaran
Tempoh sah baucar ialah selama tiga bulan bermula daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012
Peringatan: Pelajar tidak dibenarkan menebus baucar dengan wang tunai
Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved