Cara memohon Baucar buku RM200 untuk pelajar IPTA, IPTS, POLITEKNIK dan Tingkatan 6.
Assalamualaikum & salam sejahtera
|
Bagaimana memohon Baucar Buku RM200 |
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS,
Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila
hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar
berkenaan.
Semua IPT telah menyediakan senarai
nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Matrik /
Nombor Pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no.
kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping
baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
Buku yang boleh dibeli menggunakan baucar RM200:
Tempoh sah baucar ialah selama tiga bulan bermula daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012
Peringatan: Pelajar tidak dibenarkan menebus baucar dengan wang tunai
Wassalam~
Ranking: 5
{ 4 Comments... read them below or add one }
Sy ni as a partime student layak tak erk?
17 Desember 2011 pukul 15.35
huhu.. yg tu xtau la kak.. tnya ngan tempat akak blajar la.. heehe
17 Desember 2011 pukul 15.58
hoho... kene pikir nk beli ape...hehe...
17 Desember 2011 pukul 23.56
beli buku laa.. hehe.. jgn pula beli benda lain..
18 Desember 2011 pukul 08.14
Posting Komentar