TUNTUTAN KENAIKAN GAJI CUEPACS 2012

on 23 Februari 2012

KENAIKAN GAJI PEKERJA DI SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54 SEBANYAK RM700 HINGGA RM 2,500

Assalamualaikum & salam sejahtera

KENAIKAN GAJI SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 
Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.
Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji. "Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. "Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA. "Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya. 

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan. "Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


Ranking: 5

{ 9 Comments... read them below or add one }

Dkna Abza mengatakan...

betul tu..memang patut pon dikaji semula kalau dibandingkan dengan kenaikan orang atasan yang paling ketara...


23 Februari 2012 pukul 08.43
CIMB Loan Gov GLC mengatakan...

CIMB PERSONAL LOAN KADAR RATA: 4.48%
KHAS UTK KAKITANGAN AWAM DAN BADAN BERKANUN SHJ

KEISTIMEWAAN
TIADA penulisan wasiat AMANAHRAYA
TIADA peningkatan bayaran TAHUN KE-6
TIADA 3 bulan SECURITY DEPOSIT
JAMINAN disbursement dalam masa SEMINGGU
Pembiayaan dilindungi INSURANS
SUMBANGAN khairat kematian dan upah haji
PERCUMA khidmat nasihat selepas jualan

TAHUN [15] [16] [17] [18] [19] [20]
AMAUN
10,000 [126] [122] [119] [116] [114] [112]
20,000 [221] [214] [207] [201] [197] [192]
30,000 [316] [305] [296] [287] [280] [273]
40,000 [411] [397] [384] [373] [364] [354]
50,000 [506] [489] [473] [458] [446] [435]
60,000 [601] [580] [561] [544] [530] [516]
70,000 [697] [672] [650] [630] [612] [597]
80,000 [792] [763] [738] [715] [696] [678]
90,000 [887] [855] [827] [801] [779] [758]
100,000 [983] [945] [914] [887] [863] [840]
120,000 [1173] [1130] [1092] [1059] [1029] [1002]
140,000 [1364] [1314] [1270] [1230] [1195] [1164]
150,000 [1458] [1405] [1357] [1316] [1278] [1244]
180,000 [1744] [1680] [1623] [1573] [1528] [1487]
200,000 [1935] [1863] [1810] [1744] [1694] [1649]

Tel: 03-2279 8350
H/p: 019-285 2136
Fax: 03-2031 5134
Email: ahmadfakhrurazy.rashid@cimb.com


23 Februari 2012 pukul 14.28
Anonim mengatakan...

x pyh naik gaji ler... kerja bukan banyak pon.. orang swasta kerja diperah keringat habis upama perah air tebu smpi hampas tebu tu x boleh keluar jus dah.. x de pon nak mintak gaji..mintak itu ini.. apa majikan bagi tu ambik je.. nilai kualiti kerja sendiri dulu baru fikir layak atau tidak mintak naik gaji..


23 Februari 2012 pukul 14.32
Anonim mengatakan...

org swasta tak payah la bising2, ni bukannya cite pasal korang..hahahah


23 Februari 2012 pukul 17.27
Anonim mengatakan...

untung la staff kerajaan, gaji naek.. staff swasta macam kami ni, xda pulak kenaikan gaji.. hukhuk.. =.=


23 Februari 2012 pukul 21.11
Anonim mengatakan...

utg apa? kakitangan swasta dpt bonus yang lebih lumayan drp kakitangan awam. so, apa salahnya dpt kenaikan gaji selepas bebrapa tahun?


23 Februari 2012 pukul 23.55
Anonim mengatakan...

mmg la yg atasan ptut dpt kenaikan lebih besar dari pekerja bawahan...sesuai dgn pangkat dan tanggungjawab..tp xperlu la perbezaan kenaikan yg over sgt..kne padan2 la...lau smpi 80% kenaikan org atasan, 7% kenaikan bawahan...masak la kerajaan!


28 Februari 2012 pukul 17.10
Hanif mengatakan...

Aku kerja swasta..hehehe


29 Februari 2012 pukul 19.48
Anonim mengatakan...

aku dah kerja 29 tahun, masuk dngn kelulusan diploma .. gaji aku hampir sama dngan dia orang yg baru kerja 15 tahun.. gaji aku dah kena dinding masuk 8 tahun thun ni.. mcmana tu?? harap cpt2 kesatuan buat semakan.. bgaimanapun aku setuju dngan kenaikan yg adil 13% tu


9 Maret 2012 pukul 20.47

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved