Hafiz AF disaman RM200 ribu

on 01 Agustus 2012




Bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan Astro, Nur Haniza Mohd Azhar, 25, menfailkan saman terhadap juara Akademi Fantasia musim ke 7, Hafiz atas dakwaan telah mengakibatkan kecederaan kepadanya.

Menurut sumber daripada Bernama, plaintif telah menamakan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Awan Nano’ Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, sebagai defenden bagi menuntut ganti rugi melebihi RM200,000.

Nur Haniza menfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen melalui Tetuan Boestaman Ahmad & Co.

Dalam tuntutan tersebut yang dibuat oleh plaintif, Nur Haniza mendakwa dia didatangi Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang lalu menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika dia sedang menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan ‘Salih Yaacob Show’ di Studio Filem Negara (FINAS) pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Nur Haniza memberitahu dia telah menolak pelawaan itu secara baik disebabkan sedang sibuk melakukan tugasnya tetapi tetap didesak defenden untuk berbincang mengenai suatu perkara.

Nur Haniza mendakwa ketika sedang menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.

Disamping itu, Haniza mendakwa beliau juga telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas untuk penyanyi ini memohon maaf dan membayar ganti rugi, akan tetapi Hafiz nafi telah mencederakan beliau.

Akibat insiden tersebut, Haniza turut mendakwa beliau kini masih lagi merasa sakit di bahagian kaki kanan serta beliau juga telah hilang mata pencarian kerana namanya telah disenarai hitamkan daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro.

Dengan yang demikian, Nur Haniza telah menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. 
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

Anonim mengatakan...

macam2 hal..


1 Agustus 2012 pukul 21.53

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved