Bayi Mati Dalam Mangkuk Tandas

on 06 September 2012


Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan telah dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kira-kira jam 4.45 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, berkata berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut ditahan di hospital berkenaan. 


"Bayi lelaki berkenaan dijumpai mati di dalam mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi tersebut terperosok ke dalam mangkuk tandas. 


"Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu," katanya. 

Beliau berkata, sebelum itu pihaknya telah menerima panggilan dari pihak hospital mengenai perkara itu setelah dimaklumkan oleh petugasnya. 

Mohd Jasmani berkata, pelajar berkenaan berada di hospital itu kerana menemani ibunya yang menerima rawatan di situ. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. 
Pengarah HTAA, Datuk Dr Marlia Muhammed Salleh mengesahkan penemuan mayat bayi itu. 

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved