Mati Selepas Tersedak Susu

on 06 September 2012



Seorang bayi lelaki berusia 17 hari telah dipercayai mati  akibat tersedak susu di rumahnya di Desa Indah, Relau di sini, awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira 6 pagi apabila ibunya mendapati anaknya Ng Kian Weng menjadi pucat dan tidak bergerak setelah  diberi minum susu botol. 

Mangsa lalu dibawa ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru dan telah disahkan meninggal dunia.

Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi dibedah siasat.



Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng mengesahkan perkara itu dan berkata hasil bedah siasat mendapati bayi berkenaan tersedak susu di saluran pernafasannya.

Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved