Permohonan Maaf Ayah Kepada Remaja Tunjuk Punggung Diterima PM

on 06 September 2012

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersedia menerima permohonan maaf daripada ayah kepada seorang remaja yang dikaitkan dengan insiden menghina pemimpin ketika perhimpunan Janji Demokrasi sewaktu sambutan Ambang Merdeka di Kuala Lumpur, 30 Ogos lalu. 

"Tidak ada masalah, saya terima sesiapa pun tetapi prinsipnya proses undang-undang tak boleh dikompromi serta mesti diteruskan.


"Soal dia ingin berjumpa dengan saya itu boleh diatur bila-bila masa," katanya kepada pemberita setelah menghadiri jamuan Hari Raya Aifilfitri di Kampung Tasek Tok Lebai, dekat
sini hari ini. 

Media hari ini melaporkan permohonan maaf ayah kepada seorang pelajar lelaki kolej swasta yang menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam kejadian tersebut. 

Ayah pelajar tersebut turut menyatakan hasrat bertemu Najib bagi meminta maaf secara peribadi. 

Jelas Perdana Menteri, semua rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang negara. 

Pihak pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras dilapor mengambil keputusan memberhentikan pelajar terbabit berikutan insiden tunjuk punggung terbabit. 


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan sama ada pelajar tersebut boleh merayu bagi menyambung semula pengajiannya terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan. 
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

THE AUTHOR mengatakan...

Suruh belajar nak masuk politik...
Ikut sangat darah muda...
Siapa yang tolong kau!!


6 September 2012 pukul 22.23

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved