Putus Cinta Dengan Shahrizal Beri Hikmah Buat Miera Leyana

on 06 September 2012



Pelakon Miera Leyana mengakui kegagalan dalam perhubungannya dengan pelakon Shahrizal Jaszle mempunyai hikmah yang besar kerana ia mengajarnya agar tidak lalai kerana cinta.

Miera, 19, berkata, pada satu fasa kehidupan dia menyangka cinta adalah segala-galanya namun akhirnya menyedari pada usia muda masih banyak perkara yang boleh dilakukan untuk memajukan diri.

"Masa bercinta dengan dia (Shahrizal Jaszle) saya rasakan dia adalah segala-galanya sehingga saya dan lupa tentang perkara lain namun kekecohan dalam perhubungan kami akhirnya memberi saya hikmah yang cukup besar.

"Saya mengakui sebagai seorang yang masih muda, saya tidak sepatutnya meletakkan soal hati dan perasaan cinta sebagai keutamaan kerana masih banyak perkara yang boleh saya lakukan selain terlalu memikirkan soal berkenaan," ujarnya.

Pelakon itu ditemui pada majlis pelancaran filem-filem terbitan Grand Brilliance 2012 di sini pada Rabu.

Tambah Miera dia bersyukur kerana tersedar daripada 'lamunan' tersebut  lebih awal kerana pada peringkat berkenaan dia dapat meningkatkan kerjayanya selepas episod percintaan dengan pelakon kacak itu berakhir.

"Saya harus berterima kasih kepada dia kerana berjaya buat saya sedar bahawa cinta bukan segala-galanya dan  kini saya gembira dengan kehidupan sekarang," ujar Miera.

Dalam pada itu, mengulas tentang keputusan Shahrizal yang bakal bertunang dengan seorang pelajar kedoktoran, Miera berkata, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka tanpa ada perasaan dendam.

"Saya tiada apa-apa perasaan dendam mahupun marah terhadap Shahrizal kerana hubungan kami telah pun menjadi sejarah dan apa juga keputusan yang dia buat adalah bagi masa depannya. Saya doakan yang terbaik buat dia.

Tambah Miera, hubungan mereka berada dalam keadaan baik dan mereka pernah diberi peluang oleh sebuah syarikat produksi untuk berlakon bersama menerusi drama berjudul Harapan selepas 3 bulan berpisah.

Sementara itu, Miera berkata dia teruja serta berdebar apabila masih menanti 4 buah filem lakonannya iaitu Pencinta, Pecah, Lebuhraya Ke Neraka dan Dendam Orang Mati yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved