Jumlah 3,611,323 tweet patriotik yang telah dicatatkan dalam masa sejam pada malam Perhimpunan Janji Ditepati pada 31 Ogos lalu tidak mustahil bagi dicapai kerana ia dihantar oleh pengguna laman sosial twitter dari seluruh negara.
Menafikan kerajaan menggunakan twitter bot bagi memanipulasi jumlah tweet yang direkodkan, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata, hadirin di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tersebut saja sudah mencecah 100,000, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai ratusan ribu pengikut twitter, yang kini melebihi 870,000.
“Sekiranya mereka tweet berulang kali ditambah dengan tweet daripada pengguna seluruh negara, maka jumlah tersebut tidak meragukan,” katanya setelah merasmikan Buku Kembara Merdeka Minnalfm 2012.
Mengulas laporan sebuah portal yang menyiarkan kenyataan sebuah agensi penyelidik media bebas, kononnya terdapat penggunaan ‘bot’ di laman “Tweet #Merdeka55”, D’Cruz berkata, pihak kementerian melakukan telah perancangan terperinci bagi memastikan kejayaan rekod tersebut.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar